Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
berbuka puasa dengan merokok
Gambar: Hello Doktor

Berbuka Puasa Dengan Merokok, Boleh Atau Berbahaya?

Zahirah

Berbuka puasa dengan rokok bukanlah satu perkara yang pelik lagi mustahil bagi sesetengah mereka yang gemar merokok.

Menyentuh tentang puasa, kita semua sudah maklum bahawa ia adalah ibadah yang memerlukan kita untuk menahan diri daripada lapar, dahaga dan hal-hal lain yang boleh membatalkannya.

Namun apabila selepas berbuka puasa dengan makanan, lalu dituruti dengan sebatang rokok, sebenarnya ia mengundang pelbagai risiko kesihatan yang lain.

Tidak mustahil, golongan ini dipercayai berbuka dengan rokok disebabkan mahu ‘melepas hajat’ dek kerana langsung tidak boleh merokok di siang hari.

Adakah merokok ketika berbuka puasa ini berbahaya? Sejauh manakah risiko kesihatan yang bakal menjemput? Mari ikuti penjelasan oleh Hello Doktor di bawah ini.

Bahaya merokok semasa buka puasa

Rokok mengandungi banyak bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan anda. Bahan kimia utama yang terkandung dalam rokok adalah karbon monoksida, nikotin dan tar. Bahan kimia ini akan lebih berbahaya jika masuk ke dalam tubuh anda ketika keadaan perut kosong selepas berjam-jam anda puasa.

Karbon monoksida

Apabila berbuka puasa, tubuh anda memerlukan nutrisi dan cecair untuk mengganti tenaga yang hilang sepanjang puasa. Jika anda terus merokok ketika berbuka puasa dalam keadaan perut kosong, risiko anda untuk mengalami mual, muntah, keletihan, dan pening akan meningkat.

Kandungan karbon monoksida dalam asap rokok boleh masuk ke dalam aliran darah dan menurunkan kadar oksigen dalam darah. Ini menyebabkan sel-sel dalam tubuh anda kekurangan oksigen, sehingga anda merasa letih dan pening. Gas ini juga boleh menurunkan fungsi otot dan jantung.

Karbon monoksida dalam darah juga dapat meningkatkan kadar kolesterol jahat dalam darah. Lama-kelamaan, ini boleh menyebabkan pengumpulan plak di pembuluh darah arteri anda serta membuatkan pembuluh darah arteri mengeras, kaku, dan kurang elastik. Ini kemudiannya mengakibatkan pembuluh darah menyempit dan akhirnya cenderung kepada penyakit jantung dan strok.

Nikotin

Merokok dalam keadaan perut kosong juga boleh meningkatkan risiko anda mendapat kanser paru-paru. Nikotin yang diserap tubuh dalam keadaan perut kosong lebih besar berbanding dalam keadaan perut sudah terisi. Seterusnya, semakin besar risiko terkena kanser paru-paru.

Nikotin dalam rokok juga boleh menimbulkan banyak kesan buruk bagi kesihatan, seperti peningkatan tekanan darah, degupan jantung, dan aliran darah ke jantung, serta menyebabkan penyempitan dan pengerasan pembuluh darah. Semua ini kemudiannya boleh meningkatkan risiko serangan jantung.Nikotin juga merupakan zat adiktif yang membuatkan pergantungan anda dengan merokok. Zat ini boleh tinggal dalam tubuh anda selama 6-8 jam bergantung kekerapan anda merokok.

Puasa boleh menjadi masa latihan untuk berhenti merokok

Puasa adalah masa di mana anda harus menahan segala nafsu, seperti nafsu makan dan minum, termasuk nafsu untuk merokok. Seterusnya, puasa boleh menjadi waktu yang tepat bagi anda untuk melatih diri mengurangkan jumlah pengambilan rokok sehari. Tidak merokok selama puasa lebih kurang 13 jam sehari mungkin adalah suatu kejayaan bagi perokok.

Masa merokok anda ketika puasa sudah pasti berkurang. Sebelum ini anda boleh merokok pada bila-bila saja, namun sepanjang bulan puasa anda hanya boleh merokok semasa berbuka puasa hingga sahur. Pada masa yang terhad ini, kurangkan jumlah rokok yang anda “bakar” sedikit demi sedikit, sehingga anda akan terbiasa merokok dengan jumlah yang lebih sedikit. Masa merokok yang lebih terhad semasa bulan puasa mungkin dapat membantu anda mengurangkan tabiat merokok.

Mulakan dengan mengurangkan satu batang rokok sehari, lakukannya sehingga anda terbiasa dan kemudiannya cuba untuk mengurangkan satu batang rokok lagi dari jumlah sebelumnya. Lakukan perkara ini secara berterusan sehingga anda mungkin tidak merokok lagi. Walaupun bulan puasa telah selesai, anda boleh meneruskan usaha anda untuk berhenti merokok. Kuncinya adalah konsisten.

Sumber:

Hello Doktor