Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Ipar adalah maut hadis Nabi
Gambar Hiasan

Bukan Sekadar Filem, Ipar Adalah Maut Disebut Dalam Hadis Nabi SAW

Hannah

Bukan Sekadar Filem Dramatik, “al-hamwu al-maut” (Ipar Adalah Maut) Disebut Dalam Hadis Nabi SAW

Baru-baru ini, filem Indonesia “Ipar Adalah Maut” menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat, khususnya di media sosial.

Kredit: GSC

Berkisarkan tentang perkahwinan Nisa dan Aris yang kelihatan seperti kisah dongeng yang sempurna, terutama selepas kelahiran anak pertama mereka, Raya.

Namun, keadaan berubah apabila adik Nisa, Rani, yang masih seorang pelajar, berpindah masuk ke rumah mereka.

Pada mulanya, Rani menjaga jarak dengan Aris, tetapi tidak lama kemudian terbuka peluang untuk hubungan terlarang.

Di belakang Nisa, Aris menjalinkan hubungan sulit dengan adik isterinya yang lebih muda.

Menariknya, filem ini bukan sekadar filem dramatik semata-mata, judul filem ini, “Ipar Adalah Maut” ternyata disebutkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW.

Persoalannya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan “ipar adalah maut”, dan bagaimana hukumnya terkait dengan hubungan ipar-duai berlainan jantina yang tinggal serumah?

Mari kita telusuri penjelasan daripada Mufti Wilayah Persekutuan.

“Ipar Adalah Maut” disebutkan dalam hadis Nabi SAW

Soalan

Saya mempunyai adik beradik lelaki yang tinggal serumah untuk menumpang atas faktor kewangan. Sementara isteri saya suri rumah sepenuh masa.

Persoalannya, bolehkah ipar-duai tinggal sebumbung namun berlainan bilik ketika ketiadaan saya untuk keluar bekerja? Mohon pencerahan SS Mufti, terima kasih.

Ringkasan jawapan:

Hukum ipar-duai tinggal serumah yang ketiadaan mahram adalah dilarang oleh syarak dan perlu dijauhi bagi menutup pintu fitnah (sadd al-dzari’ah).

Larangan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga daripada timbulnya sebarang kerosakan (mafsadah) yang besar pada masa akan datang.

Adapun, tidak mengapa ipar-duai tumpang tidur bermalam yang berasingan bilik selagi adanya mahram di sisi ipar duai dan aman daripada fitnah. Mahram yang wajib ada ialah mahram dari pihak perempuan bukan lelaki.

Huraian jawapan:

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Status antara ipar-duai adalah haram muaqqat iaitu haram untuk dinikahi dalam tempoh waktu tertentu. Implikasinya, mereka perlulah memelihara batasan aurat dan adab pergaulan ketika berinteraksi antara satu sama lain bukan seperti mahram yang lain. Mereka turut tidak dibenarkan berkhalwat (berdua-duaan) apatah tidak lagi bersentuhan kulit.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

إِيَّاكُمْ وَالدُّخُولَ عَلَى النِّسَاءِ» فَقَالَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَفَرَأَيْتَ الحَمْوَ؟ قَالَ: «الحَمْوُ المَوْتُ

Maksudnya: Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita, lalu seorang lelaki Ansar berkata : Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang ipar? Baginda bersabda: Ipar adalah maut.

Riwayat al-Bukhari (5232) Riwayat al-Muslim (2172)

Rasulullah SAW menyatakan makna ipar adalah maut (al-hamwu al-maut) dalam hadis tersebut ialah tentang kebimbangan fitnah yang bakal muncul dari ipar duai lebih besar bahayanya daripada orang lain.

Tidak dinafikan kebarangkalian berlaku khalwat dengan ipar duai walaupun hukum ipar berbeza dengan ajnabi, iaitu ipar merupakan mahram sementara yang haram dinikahi manakala wanita ajnabi tidak haram untuk dinikahi.

Maksud ipar ialah kerabat suami selain bapa, datuk dan anak-anaknya. Adapun bapa dan anak-anak suami hukumnya sudah menjadi mahram untuk isterinya. Bahkan mereka dibenarkan untuk berdua-duaan di tempat yang sunyi.

Sementara adik-beradik lelaki suami, anak sedara, pak cik sedara sebelah suami dan seumpamanya tidak dikira sebagai mahram.

Maksud al-Maut di dalam hadis ialah kebinasaan dan kemusnahan dalam kehidupan yang mana ipar duai lebih utama dilarang dan dijauhi berkhalwat.

Ini kerana berdua-duaan dengan ipar-duai membawa kepada fitnah dan kebinasaan di dalam agama. (Rujuk Sahih Muslim 4/1711, Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim 14/154)

Syariat Islam melarang perbuatan khalwat antara lelaki dan perempuan yang tiada hubungan mahram melainkan si wanita ditemani oleh mahramnya, seperti abang, bapa atau datuk.

Perkara ini ditekankan dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلَّا وَمَعَهَا ذُو مَحْرَمٍ

Maksudnya: Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan mahram perempuan itu ada bersamanya.

Riwayat Muslim (1341)

Menurut Imam Ibn Battal, seseorang lelaki diharamkan khalwat dengan iparnya yang mana perbuatan ini mampu membawa ke arah kebinasaan melalui perasaan curiga orang lain dan membuka ruang fitnah yang terhasil dari bisikan syaitan seperti zina dan sumpamanya.

Oleh yang demikian, Rasulullah SAW hanya membenarkan seseorang lelaki bertemu atau bersama-sama dengan seorang wanita yang ditemani oleh mahramnya (Rujuk Syarah Sahih al-Bukhari, Ibn Battal (7/357).

Berbalik kepada soalan yang diajukan berkaitan keberadaan adik beradik suami di rumah bersama isteri tersebut ketika suami keluar bekerja, maka perbuatan berdua-duaan antara ipar duai yang berlainan jantina dalam serumah tanpa ditemani orang ketiga atau mahram adalah haram kerana boleh menimbulkan syak dan fitnah seperti hadis yang dikemukakan dengan menyebutkan ipar sebagai al-maut.

Sehubungan itu, pihak suami perlu mengasingkan tempat tinggal saudara lelakinya daripada duduk serumah memandangkan rutin harian suami akan keluar berkerja dan isteri sebagai suri rumah.

Tidak dinafikan menyewa rumah bergantung kepada kemampuan individu masing-masing. Namun begitu, individu tersebut perlu sedaya upaya mencari bilik sewa mampu milik berbanding duduk menumpang bersama ipar demi menutup ruangan fitnah.

Justeru, umat Islam perlu sedaya upaya mengelakkan diri daripada menimbulkan sebarang fitnah terhadap dirinya.

Penutup

Hukum ipar-duai tinggal serumah yang ketiadaan mahram adalah dilarang oleh syarak dan perlu dijauhi bagi menutup pintu fitnah (sadd al-dzari’ah).

Namun, ipar-duai menziarahi dan menumpang rumah bermalam yang berasingan bilik dibolehkan selagi adanya mahram disisi ipar duai dan aman daripada fitnah.

BACA: Mufti Wilayah Jelaskan Hukum Pakai ‘Lipstick’ Semasa Puasa

BACA: Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Suntikan “Vampire” Untuk Tujuan Kecantikan

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan