Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
ITC
ITC Angkat Visi Malaysia Mesra Muslim Di ATF 2026

Syamimi

ITC Angkat Visi Malaysia Mesra Muslim Di ATF 2026

Pusat Pelancongan Islam (Islamic Tourism Centre, ITC) terus menyerlahkan kehadiran antarabangsa Malaysia sebagai destinasi mesra Muslim di Forum Pelancongan ASEAN (ASEAN Tourism Forum, ATF) serta platform perniagaannya, ASEAN Travel Exchange (TRAVEX), yang berlangsung di Cebu, Filipina, dari 28 hingga 30 Januari.

Mengulas sambutan hangat yang diterima di Cebu, Ketua Pengarah ITC yang baharu dilantik, Encik Mohammad Faisal Abu Suaib Khan berkata, “Kami amat berbesar hati mewakili Malaysia di platform berprestij ini, selari dengan permulaan kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026). 

Penawaran Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (Muslim-Friendly Tourism and Hospitality, MFTH) Malaysia yang pelbagai amat bertepatan dengan keperluan pelancong moden.

Kami juga sangat teruja dengan minat tulus yang ditunjukkan terhadap inisiatif utama kami tahun ini, iaitu Persidangan Pelancongan Islam Sedunia ke-5 (World Islamic Tourism Conference, WITC) dan Inisiatif Hab Umrah.”

Melalui penglibatan bersama pemain industri utama dari rantau ASEAN dan antarabangsa, ITC telah mengadakan perbincangan bermakna berkaitan pasaran pelancongan Muslim global bernilai RM1 trilion.

Perbincangan ini meneruskan semangat kesepaduan serantau dan kemakmuran bersama yang telah dipelopori Malaysia semasa memegang Kepengerusian ASEAN tahun lalu, sekali gus mengukuhkan momentum kerjasama di seluruh rantau ini.

Salah satu sorotan utama ialah perbincangan bersama Jabatan Pelancongan Filipina, khususnya Bahagian Pelancongan Halal dan Hal Ehwal Muslim.

Pertemuan ini merupakan langkah positif ke arah meneroka potensi kerjasama, yang mencerminkan komitmen bersama untuk memajukan sektor MFTH melalui pendekatan perkongsian strategik dan pembangunan kapasiti.

ITC turut mencatatkan minat yang tinggi terhadap piawaian MFTH yang dibangunkannya, iaitu Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) serta Muslim-Friendly Tourist Guide (MFTG). Ini mencerminkan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan khusus di rantau ASEAN yang menempatkan seramai 274 juta umat Islam.

“ITC sentiasa bersedia untuk bekerjasama erat dengan organisasi antarabangsa bagi menyelaraskan piawaian demi manfaat sosioekonomi bersama,” tambah Ketua Pengarah ITC. “Matlamat utama kami adalah untuk memastikan destinasi, khususnya negara jiran, dapat membangunkan sektor MFTH yang kukuh berasaskan garis panduan Malaysia yang telah terbukti berkesan, agar seluruh rantau dapat berkembang maju bersama.”

Peranan Malaysia sebagai rakan strategik yang menyokong rantau ini diperkukuhkan melalui pencapaiannya yang konsisten apabila menduduki tempat teratas dalam Laporan Global Muslim Travel Index (GMTI) oleh CrescentRating dan Mastercard bagi kategori Destinasi Mesra Muslim (Negara OIC) dari tahun 2015 hingga 2025.

Dengan berkongsi kepakaran yang menjadi asas kejayaan ini, ITC terus komited dalam menggalakkan industri pelancongan global yang inklusif, menghormati kepelbagaian dan mesra kepada semua.

ATF 2026 di Cebu, Filipina turut menandakan penampilan pertama ITC di persidangan dan acara perdagangan antarabangsa bersempena VM2026.

Sepanjang tahun ini, ITC akan terus memperluaskan jangkauan Malaysia bagi memastikan pengalaman pelancongan yang selesa, selamat dan bermakna untuk setiap pelancong.

Persidangan Pelancongan Islam Sedunia ke-5 (WITC)

WITC merupakan persidangan dwitahunan Pelancongan Islam terulung di rantau ini, yang menghimpunkan pakar tempatan dan antarabangsa bagi meneliti pandangan serta trend semasa dalam sektor MFTH.

Diperkenalkan pada tahun 2017, persidangan ini mengangkat kepimpinan pemikiran serta membincangkan isu-isu penting seperti kelestarian, peranan wanita dalam pelancongan, pemerkasaan komuniti, pemasaran MFTH dan kesejahteraan, antara lain.

Edisi kelima WITC dijadualkan berlangsung pada September 2026.

Inisiatif Hab Umrah

Inisiatif ini meletakkan Malaysia sebagai pintu masuk strategik serantau yang mengukuhkan kedudukan ASEAN dalam ekonomi Islam global melalui pewujudan laluan yang lancar bagi jemaah dari Asia Tenggara, Asia Timur dan Oceania.

Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR)

MFAR ialah satu program pengiktirafan yang menilai produk pelancongan mesra Muslim berdasarkan piawaian yang diterima secara global dan dibangunkan oleh Malaysia.

Program ini menyokong perniagaan yang menawarkan nilai tambah kepada pelancong Muslim melalui produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan berasaskan kepercayaan mereka.

Pada masa ini, MFAR meliputi sektor penginapan dan pengendali pelancongan, dan akan diperluaskan ke lebih banyak bidang termasuk spa dan kesejahteraan.

Muslim-Friendly Tourist Guide (MFTG)

MFTG merupakan satu pengiktirafan yang diberikan kepada pemandu pelancong yang telah diakreditasi oleh pihak berkuasa berkaitan (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya – MOTAC) di Malaysia serta telah menamatkan Kursus MFTG.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan kualiti perkhidmatan pemanduan pelancong untuk pelancong Muslim dengan mengambil kira keperluan dan keutamaan berasaskan agama mereka.