Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Keliru Ikut Aplikasi Navigasi, Kereta Terjunam Dari Jejambat Belum Siap
Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki dilaporkan terjunam dari sebuah jejambat yang belum siap setinggi 12 meter di Indonesia, lapor Daily Mail.
Kejadian berkenaan berlaku apabila lelaki tersebut keliru melihat paparan aplikasi sistem navigasi sebelum melakukan pendaratan ‘ajaib’.
Difahamkan, lelaki berusia 61 tahun itu menggunakan aplikasi navigasi dalam telefon pintarnya yang diletakkan pada papan pemuka kereta BMW 3 Series ketika dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya di Gresik, wilayah Jawa Timur, Indonesia.
Walaupun aplikasi tersebut telah memetakan jalan baharu di Jawa Timur dan mengalihkannya dari lebuh raya yang tidak lengkap, namun dia menjadi keliru dengan perubahan arah yang diberikan.
Pada waktu yang sama, lelaki itu terus memandu melalui celah penghadang konkrit daripada mencari jalan keluar.
Daily Mail melaporkan dia dan seorang penumpang wanita, 47, hanya cedera ringan selepas kereta itu terjatuh di atas jalan raya tanpa melanggar kenderaan lain ketika kejadian.
“Jalan menjadi gelap secara tiba-tiba dan saya tidak melihat kenderaan lain. Kemudian saya menyedari kereta terjunam dan terhempas di atas tanah.
“Saya cuba mengikuti panduan aplikasi navigasi pada telefon saya tetapi ia mengelirukan,” jelas lelaki terbabit.
Ketua Unit Penguatkuasaan Undang-undang Unit Trafik Polis Gresik, Inspektor Aswoko berkata, pemandu kereta itu terlalu fokus melihat aplikasi tersebut sehingga tidak sedar telah melepasi penghadang yang menghalang akses ke jalan belum siap.
“Terdapat lorong di kedua-dua belah untuk keluar dari lebuh raya bertingkat yang sepatutnya diambil oleh pemandu berkenaan, namun dia terus memandu lurus yang membawanya ke arah jejambat yang belum siap,” ujar Aswoko.
Susulan insiden terbabit, pihak berkuasa telah menutup celah penghadang konkrit yang dilalui oleh pemandu tersebut.
Dalam pada itu, mereka turut memasang tanda amaran untuk menghalang pemandu lain daripada melakukan kesilapan yang sama.
“Pegawai trafik telah mengambil langkah untuk mencegah insiden ini daripada berulang, manakala syarikat pembinaan juga akan disoal bagi mengetahui mengapa jambatan itu tidak ditutup sepenuhnya.” maklum beliau lagi.
BACA: Lobi PPR Sungai Bonus Jadi Perhatian, Penduduk “Makeover” Macam Hotel Mewah
Sumber: Daily Mail