Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Kenapa Tayar Kapal Terbang Lagi Sikit Dari Lori Tapi Boleh Tanggung Berat Berkali Ganda?

Amira

Kenapa Tayar Kapal Terbang Lagi Sikit Dari Lori Tapi Boleh Tanggung Berat Berkali Ganda?

Pernah tak korang terfikir, kenapa lori kat jalan raya ada lebih banyak tayar berbanding kapal terbang yang jauh lebih besar dan berat?

Lori treler dengan muatan 100 tan boleh memiliki hingga 24 tayar, tapi kapal terbang boeing 747 dengan berat 400 tan boleh berfungsi dengan hanya 18 tayar sahaja walaupun beratnya berkali ganda.

Inilah bukti sebalik kebijaksanaan jurutera aeroangkasa yang mereka bentuk pesawat sekaligus membolehkan jentera ini berfungsi dengan selamat.

Biarpun jumlah tayarnya lebih sedikit berbanding lori, tayar kapal terbang dicipta dengan reka bentuk dan bahan tahan lasak serta tekanan angin lebih tinggi.

Jika sebiji tayar lori dengan tekanan angin 120psi boleh menampung berat 4 tan (4,000 kilogram), sebiji tayar kapal terbang dengan tekanan angin 220 psi pula mampu menampung bebanan 27 tan (27,000 kilogram), hampir tujuh kali ganda!

Kredit: Aircraft Nerds

Bukan itu sahaja, tempoh sentuhan tayar kapal terbang dengan tanah juga lebih pendek berbanding lori yang beroperasi 100 peratus di atas darat dengan pelbagai bentuk permukaan jalan.

Malah, kapal terbang beroperasi di landasan khusus yang lurus dan tidak berlubang, menjadikannya kurang bergantung pada tayar untuk menyerap hentakan mahupun mengambil selekoh.

Sebaliknya, jumlah tayar yang banyak pula akan menambah berat kapal terbang sekaligus menghalangnya beroperasi pada kecekapan optimum.

Jadi lepasni, kalau tiba-tiba anak korang tanya, “Ayah, kenapa lori ada lagi banyak tayar dari kapal terbang?” Bolehlah korang jawab dengan confident nanti.

Dan kalau anak korang minat bidang kejuruteraan aeroangkasa, korang patut bangga dan tarik nafas lega. Sebabnya, kerajaan dalam rancangan untuk jadikan negara kita hub aeroangkasa terbesar di Asia Tenggara menjelang 2030 nanti.

Indoor Airgames 2025 menghimpunkan lebih 600 peserta dari 6 negara, daripada peringkat prasekolah hingga pelajar STEM dan TVET. Melalui National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia), kerajaan memanfaatkan platform ini untuk mencungkil bakat dan memupuk kreativiti dalam bidang aeroangkasa. (Kredit: NAICO Malaysia)

Malaysia sasar jadi hub aeroangkasa terbesar Asia Tenggara

Kalau nak tahu, pada tahun 2024, Malaysia memperoleh RM25.1 bilion daripada industri aeroangkasa.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pendapatan industri aeroangkasa negara kita dijangka meningkat dari 20 hingga 25 peratus berbanding tahun 2024.

Atas dasar inilah, kerajaan giat mengatur strategi untuk menjadikan negara kita hub aeroangkasa terbesar di Asia Negara dengan lima fokus utama;

  • Maintenance, Repair and Overhaul (MRO)

  • Pembuatan komponen dan sistem aeroangkasa

  • Integrasi sistem dan komponen untuk membentuk sistem aeroangkasa yang lengkap

  • Kejuruteraan dan reka bentuk

  • Melahirkan tenaga kerja mahir

jurutera aeroangkasa
Gambar hiasan. (Kredit: Penn State)

Jadi, kalau anak korang masuk aliran TVET dengan pengkhususan dalam bidang aeroangkasa, insyaAllah cerah masa depannya.

Ramai tak tahu, walaupun negara kita kecil, Malaysia mendapat kepercayaan antarabangsa untuk mengubah suai pesawat. Bukan sekadar modifikasi biasa, tapi jurutera kita boleh tukar pesawat tentera lama jadi pesawat pengawasan laut lengkap dengan radar, kamera canggih dan sistem taktikal.

Contohnya, Aircraft Inspection, Repair & Overhaul Depot (AIROD) SDN BHD milik anak tempatan telah berpengalaman menyelenggara pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Ecuador Air Force, Kuwait Air Force, Libya dan Amerika Syarikat.

Daripada membaiki komponen mekanikal hingga overhaul enjin pesawat, syarikat ini turut diberi kepercayaan sejak 1997 untuk mengubahsuai pesawat C-130 Hercules milik TUDM agar mampu mengisi bahan api udara ke udara. Modifikasi ini membolehkan pesawat tersebut berfungsi sebagai tanker dan pesawat pengangkut biasa pada satu masa.

Bahkan, syarikat tempatan ini juga telah memberi perkhidmatan kepada pelanggan dari lebih 33 buah negara termasuk pesawat tentera dari Timur Tengah dan Afrika.

AIROD juga pernah menandatangani kontrak bernilai 25 juta USD untuk menyelenggara 15 pesawat Lockheed Martin KC-130J Super Hercules milik Tentera Laut Amerika Syarikat.

Pendek kata, Malaysia bukan setakat ‘repair’ kapal terbang. Kita dah sampai level ubah bentuk, tambah teknologi dan boleh buat servis ni untuk pelanggan luar. Tak mustahil satu hari nanti kita jadi pusat modifikasi kapal terbang utama Asia Tenggara.

aeroangkasa
Pelajar berpeluang mempelajari asas kejuruteraan songsang (reverse engineering) menggunakan aeromodel sebenar dari LIMA’25 di MyAERO Centre of Excellence, bawah naungan National Aerospace Industry Corporation Malaysia (NAICO Malaysia).

Gaji permulaan tinggi

Dengan adanya kepercayaan negara luar terhadap negara kita, maka cerahlah masa depan anak muda dalam industri aeroangkasa.

Bermula dengan purata gaji sekitar RM6,000, seorang jurutera aeroangkasa boleh mendapat gaji sehingga RM10,000 sebulan berdasarkan pengalaman masing-masing.

Bagi menjadikan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia (2030) satu kenyataan, kerajaan telah memperkukuh bimbingan menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di institut seperti UniKL MIAT atau Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC).

Di sini, pelajar boleh memilih program seperti penyelenggaraan pesawat, pembuatan komponen dan sistem avionik. Bagi anak muda yang berminat mengambil diploma atau ijazah pula boleh mengambil kejuruteraan aeroangkasa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

aeroangkasa malaysia
NAICO Malaysia bekerjasama dengan rakan strategik aeroangkasa bagi memacu pembangunan modal insan melalui TVET. (Kredit: NAICO Malaysia)

Graduan boleh menyertai syarikat tempatan seperti AIROD, Malaysia Airlines Berhad Engineering Services (MABES) di bawah Malaysia Aviation Group (MAG) yang aktif dalam modifikasi pesawat.

Dengan adanya tenaga kerja mahir dalam industri ini, tak mustahil negara kita mampu menjadi hub aeroangkasa terbesar di Asia Tenggara menjelang 2030 nanti.