Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kerajaan Sasar Semua Tabika Kemas
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Kerajaan Sasar Semua Tabika Kemas Laksana Program Tabika Pra Tahfiz Menjelang 2030

Athirah

Kerajaan Sasar Semua Tabika Kemas Laksana Program Tabika Pra Tahfiz Menjelang 2030

LIPIS, 29 Jun (Bernama) — Kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan melaksanakan Program Tabika Pra Tahfiz menjelang 2030.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata program itu yang bertujuan memperkasa pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak akan menggunakan modul Yayasan Pahang, Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR) dan KEMAS.

“Saya persembahkan (cadangan tersebut) kepada Sultan Pahang (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) yang ketika itu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku telah menyarankan pra tahfiz KEMAS yang dilaksanakan oleh Yayasan Pahang dapat digunakan oleh KEMAS.

“Mudah-mudahan ini (tabika KEMAS program pra tahfiz) akan dapat dilaksanakan. Bagi kaedah (mereka) yang bukan Islam, ada kaedah lain untuk anak-anak ini. Namun, untuk ini, saya fikir anak-anak orang Islam khususnya desa dan luar bandar, sangat memerlukan pengajaran ini, kita akan teruskan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap pada Program Sembang Santai Bersama Komuniti Daerah Lipis di Dewan Residen, Kuala Lipis, di sini hari ini.

Beliau berkata bagi tujuan itu, kerajaan akan menjalinkan kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mengajar guru-guru yang tidak ada latar belakang pendidikan agama untuk mengajar al-Quran dan agama Islam.

“Ertinya, kita melakukan usaha serampang dua mata iaitu untuk mengajar, pengajar mesti tahu kerana ilmu ialah tentang bagaimana input ilmu itu diberikan. Oleh sebab itu, guru-guru KEMAS ini kita lakukan latihan yang begitu iaitu kerjasama menerusi Yayasan Pahang, Yayasan PINTAR, UPSI dan melalui modul KEMAS.

“Saya juga akan mengusahakan guru KEMAS N29 dan kategori yang lain, kita tahulah nak minta dengan tidak mendesak tetapi memujuk supaya guru KEMAS diambil kepedulian dari segi skim gaji oleh kerajaan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata pendidikan agama Islam yang betul mengikut al-Quran penting memandangkan banyak kelas taska atau tadika yang telah menyeleweng daripada asas pendidikan prasekolah yang disuntik dengan doktrin pemikiran ketaasuban.

“Maka, kita mesti mencari jalan supaya tidak berlaku penyelewengan dari segi pedagogi pendidikan atau kaedah pengajaran supaya pengajaran agama Islam dan pengajaran al-Quran itu mesti mengikut apa yang ada di dalam pengajaran kita.

“Sumber hukum berkenaan, yang pertama, pengajaran mesti yang ada di dalam al-Quran, kedua apa yang ada dalam hadith dan ketiga qias dan keempat ijmak ulamak.

“Oleh itu, kerajaan menerusi KKDW dan KEMAS mencari jalan supaya pendidikan Islam khususnya untuk anak-anak prasekolah dapat diajar dengan kaedah yang benar iaitu menerusi Yayasan Pahang dan yayasan PINTAR,” katanya.

BACA: Gajah Borneo Diklasifikasikan Sebagai Terancam Dalam Senarai Merah IUCN

Sumber: Bernama