Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kereta Baru Launch

Kereta Baru Launch Je Mesti Ada Komen ‘Baik Beli’, Dari Mana Asalnya Fenomena Ini

Adib Mohd

Kereta Baru Launch Je Mesti Ada Komen ‘Baik Beli’, Dari Mana Asalnya Fenomena Ini

Setiap kali ada kereta baru launch di Malaysia, belum sempat habis baca spesifikasi atau harga pun, mesti akan muncul satu komen wajib di ruangan komen iaitu “Baik beli…”

Fenomena ini sudah menjadi seperti satu ritual dalam dunia automotif tempatan. Sama ada kereta segmen mewah atau bajet, pasti ada komen membanding seperti “Baik beli kereta ni, siap boleh redah banjir” atau “Baik beli yang ni, anak bini selesa”.

Apa yang dulu kita anggap lawak netizen, kini makin ramai sedar bahawa ayat ini bukan sekadar punchline, tapi kadang-kadang memang masuk akal.

Dari Mana Datangnya ‘Baik Beli’?

Walaupun tiada catatan rasmi tentang asal-usul ayat ini, dipercayai ia mula tular sekitar era Facebook awal 2010-an. Ketika itu, rakyat Malaysia mula memberikan reaksi terhadap harga kereta yang dianggap “overpriced”.

Apa yang bermula sebagai luahan ikhlas pengguna, lama-kelamaan berubah menjadi meme dan bahan gurauan. “Baik beli…” menjadi satu bentuk perbandingan sarkastik, mengundang gelak, like dan share yang beribu.

Kenapa Netizen Suka Buat Komen ‘Baik Beli’?

Walaupun selalunya komen ini bukan dari pakar, ia sebenarnya suara spontan rakyat yang mewakili sindiran, pemerhatian, dan perbandingan logik yang kadang-kadang kelakar, kadang-kadang menyentuh realiti ekonomi.

Dari segi logik akalnya, ayat ini seolah-olah ingin menunjukkan bahawa mereka tahu nilai sesuatu pembelian, “value for money”. Dalam masa yang sama, ia juga satu bentuk kritikan halus terhadap harga kereta, cukai yang tinggi, atau strategi pemasaran yang tidak masuk akal.

Kini, ayat tersebut bukan saja jadi komen, tetapi satu trend untuk dapatkan tanda ‘likes’ dan reaksi lucu daripada warga maya.

Contoh tipikal?

  • “Baik beli kereta ni, boleh redah banjir”

  • “Baik beli kereta tu, anak bini selesa”

  • “Baik beli kereta lama, maintenance senang”

Tapi, dalam banyak-banyak “baik beli”, baik beli apa yang sebenar-benarnya?

Bila ‘Baik Beli’ Jadi Realiti? Kenali JAECOO J8

Kereta Baru Launch

Terbaru, pelancaran JAECOO J8 di Malaysia telah mencuri perhatian. Bukan sekadar kerana reka bentuk SUV-nya yang elegan dan bergaya, tetapi kerana harga dan spesifikasinya yang jauh lebih ‘masuk akal’ berbanding pesaing dalam segmennya.

Harga? Bermula dari RM178,800 untuk versi 2WD dan RM198,800 untuk versi AWD dengan 6 tempat duduk, kerusi Nappa Leather dan fungsi premium lain.

Lagi menarik, model ini dipasang (CKD) di Shah Alam, dengan jaminan 7 tahun / 150,000 km dan waranti powertrain 10 tahun untuk pembeli awal.

Di bawah bonet, JAECOO J8 dipacu oleh enjin 2.0L turbo dengan 249PS dan 385Nm, bersama transmisi automatik 8-kelajuan. Versi AWD hadir dengan adaptive dampers, pelbagai mod pemanduan (Lumpur, Pasir, Off-road) dan torque vectoring, sesuai untuk yang suka cabaran jalan tak rata.

Interior Macam SUV Eropah, Tapi Harga Masih Logik

Bahagian dalamannya pun bukan calang-calang. Antara ciri utama:

  • Paparan digital berkembar 12.3 inci

  • Kerusi urut elektrik

  • Penyaman udara zon berganda

  • 14 pembesar suara dari Sony

  • Panoramic sunroofd

  • Apple CarPlay & Android Auto tanpa wayar

  • Kamera 540° dengan paparan lutsinar

Nak masuk kampung? Masuk hutan? Semua boleh, sebab paparan ni buat korang rasa macam ada mata helang dari atas.

Ruang simpanan? 738 liter untuk versi 2WD, dan hingga 2,021 liter bila kerusi belakang dilipat. Pendek kata, nak simpan durian, stroller anak, joran pancing, beg hiking pun tiada masalah.

Dulu Troll, Sekarang Betul-Betul

Fenomena ayat ini mungkin bermula sebagai jenaka netizen, tapi realitinya, ia sudah jadi refleksi pengguna moden yang lebih bijak, tahu nilai, dan tahu menilai perbandingan antara satu produk dengan yang lain.

Dalam situasi ekonomi sekarang, pengguna tak hanya cari jenama, mereka cari sesuatu yang praktikal, cantik, berkuasa dan berbaloi. Dan JAECOO J8 terbukti memenuhi semua kriteria tersebut.

Jadi kalau lepas ini ada yang komen:
“Baik beli JAECOO J8!” Kali ini, mungkin tak perlu balas dengan gelak, sebab memang betul pun.