Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
penutupan selat hormuz
Gambar: NASA

Ketahui ‘Padah’ Penutupan Selat Hormuz 

Hannah

Ketahui ‘Padah’ Penutupan Selat Hormuz

Dunia kembali ‘kecoh’ apabila Parlimen Iran akhirnya memutuskan untuk meluluskan penutupan Selat Hormuz kepada laluan trafik tentera laut sebagai tindak balas terhadap serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas tiga tapak nuklearnya.

Namun, persoalan penting yang bermain di fikiran ramai adalah, apa akan terjadi sekiranya Selat Hormuz benar-benar ditutup?

Apa itu Selat Hormuz dan kenapa ia penting?

Selat Hormuz ialah laluan laut sempit yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Laut Arab melalui Teluk Oman.

Pada titik tersempitnya, lebar selat ini hanya sekitar 33 kilometer, dengan lorong pelayaran utama yang hanya 3 kilometer lebar bagi setiap arah.

Setiap hari, antara 17 hingga 21 juta tong minyak mentah dan produk petroleum melalui selat ini. Ini bersamaan dengan kira-kira 20 peratus daripada penggunaan minyak global.

Negara-negara pengeluar utama minyak OPEC seperti Arab Saudi, Iran, UAE, Kuwait dan Iraq amat bergantung kepada laluan ini untuk mengeksport minyak mereka ke Asia, pasaran utama mereka.

Qatar pula, sebagai salah satu pengeksport gas asli cecair (LNG) terbesar dunia, juga menghantar hampir kesemua LNG-nya melalui Selat Hormuz.

Mengapa dunia ‘panik’ jika Selat Hormuz ditutup?

Penutupan Selat Hormuz bukan sekadar isu serantau, ia adalah krisis tenaga berskala global. Sekiranya Iran menutup selat ini:

1. Harga minyak mentah dunia dijangka melonjak mendadak, dengan anggaran pakar menyatakan kenaikan antara 30% hingga 50% serta-merta.

Harga minyak mentah Brent contohnya telah meningkat daripada USD69 ke USD80 setong hanya dalam masa dua hari selepas ketegangan meningkat.

2. Harga runcit petrol di AS dan negara lain boleh mencecah antara USD5 hingga USD7 segelen, bergantung kepada berapa lama penutupan berlangsung.

3. Negara pengguna minyak akan berebut bekalan, menyebabkan pembelian panik dan penimbunan stok oleh negara-negara lain.

4. Rantaian bekalan global terganggu, terutama yang bergantung kepada penghantaran tenaga dan bahan kimia melalui laluan ini.

Apa kata pakar dan pemerhati?

Menurut Greg Kennedy dari King’s College London, penutupan Selat Hormuz “tidak akan terhad di rantau Teluk sahaja, tetapi akan memberi kesan strategik yang besar ke seluruh dunia”.

Jorge León, penganalisis geopolitik dari Rystad Energy, berkata bahawa jika Iran bukan sahaja menutup selat tetapi menyerang infrastruktur minyak rantau, harga minyak akan melonjak lebih tinggi dalam masa singkat.

Marko Papic pula menjangkakan harga minyak boleh mencecah lebih USD100 setong, dan ini boleh memberi kesan besar kepada pelaburan korporat dan pasaran buruh.

Siapa paling terjejas?

Walaupun minyak yang melalui Selat Hormuz kebanyakannya menuju ke pasaran Asia, termasuk China, Jepun dan India, AS juga mengimport sekitar 2 juta tong sehari melalui laluan ini.

Namun begitu, AS tidak lagi menjadi pengimport terbesar minyak dunia selepas berjaya menggandakan pengeluaran tenaga mereka sendiri dalam dua dekad kebelakangan ini.

Sebaliknya, negara-negara Asia yang sangat bergantung pada minyak OPEC akan menjadi mangsa utama kepada gangguan bekalan.

Apa berlaku seterusnya?

Setakat ini, keputusan muktamad sama ada Selat Hormuz akan ditutup terletak di tangan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei. Parlimen Iran hanya menyuarakan sokongan mereka sebagai isyarat politik.

Namun, jika Khamenei bersetuju, dunia mungkin menyaksikan salah satu krisis tenaga paling dahsyat dalam sejarah moden.

Penutupan Selat Hormuz bukan sekadar isu Timur Tengah. Ia adalah bom jangka ekonomi global.

Kesan langsungnya bukan sahaja terhadap harga minyak, tetapi juga kestabilan pasaran saham, pelaburan korporat, dan kos hidup harian rakyat biasa di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

BACA: Parlimen Iran Lulus Langkah Tutup Selat Hormuz Susulan Serangan AS Ke Atas Tapak Nuklear

BACA: AS Keluarkan Amaran ‘Waspada Seluruh Dunia’ Kepada Rakyatnya

BACA: PBB Beri Amaran Tentang Kitaran Tindakan Balas Selepas AS Bom Iran

Sumber: SBS Australia, Newsweek