Terkini

Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
wabak bubonik
Kredit: Google

Ketika Dunia Tengah ‘Berperang’ Dengan COVID-19, Wabak Bubonik Pula Dikesan Di China

Amira

Belum reda pandemik COVID-19 di seluruh dunia, satu lagi wabak muncul di China dipercayai berpunca daripada makanan eksotik, marmot.

Menurut The Guardian, sebuah hospital di Bayan Nur, Inner Mongolia melaporkan satu kes baru dipercayai wabak bubonik, wabak yang dilapor pernah membunuh sekitar 200 juta mangsa di seluruh dunia ketika Zaman Pertengahan.

Sebanyak empat kes telah dicatatkan di wilayah sama pada November lalu, termasuk dua kes wabak pneumonia yang boleh membawa kematian.

Dua kes berkenaan merupakan ahli keluarga yang telah memakan haiwan marmot, spesies rodensia yang berisiko membawa wabak itu.

Wabak bubonik dipercayai tersebar melalui pepijat yang dijangkiti bakteria Yersinia pestis manakala haiwan rodensia menjadi pembawa organisma berkenaan.

Susulan itu, seramai 146 individu dipercayai kontak rapat mangsa telah dikesan untuk pemeriksaan dan rawatan.

Amaran tahap ketiga

Susulan itu, kerajaan telah mengeluarkan amaran tahap ketiga, peringkat kedua terendah dari sistem empat peringkat pada Ahad (semalam).

Selain itu, pihak berkuasa turut menggesa orang ramai agar melaporkan sebarang kes disyaki berpunca daripada wabak, termasuk demam tanpa sebab jelas. Orang ramai turut diminta melaporkan sebarang kematian haiwan marmot kepada pihak berkuasa.

Black Death

Ilustrasi pesakit ketika wabak Black Death menyerang pada abad ke-14. (Kredit: Genetic Literacy Project)

Wabak bubonik pernah dikenali sebagai Black Death ketika Zaman Pertengahan, menjadi wabak paling membunuh dalam sejarah manusia berikutan penularan pantas dari manusia ke manusia.

Penyakit bawaan haiwan rodensia ini dilapor telah membunuh sehingga 200 juta manusia di Eropah.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak ini boleh tersebar melalui tiga cara, iaitu gigitan kutu pada rodensia yang telah dijangkiti bakteria, jangkitan melalui cecair badan pesakit atau bahan tercemar, serta titisan udara atau aerosol dari pesakit pneumonia seperti batuk atau bersin.

Wabak ini juga dikatakan tidak asing di China, namun penularan di sana semakin jarang berlaku. Sejak 2009 hingga 2018, China melaporkan 26 kes dengan 11 kematian.

Sementara itu tambah WHO, wabak ini boleh dirawat dengan mudah melalui penggunaan antibiotik pada zaman ini.

Salah seorang pesakit wabak bubonik yang sedang dirawat. Tangan lelaki ini digigit seekor kucing ketika cuba melepaskan tikus dari mulut kucing berkenaan yang sedang tercekik. Kucing itu dilaporkan telah mati. (Kredit: CBS News)

Sumber: The Guardian, The Sun UK, World Health Organisation (WHO), CBS News