Terkini

Trivia
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Gambar: Bernama

Malaysia Dipilih Buat Penyelidikan Penggunaan Ubat Remdesivir Untuk Pesakit Covid-19

Aqmal Ezany

Malaysia antara negara yang dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjalankan penyelidikan penggunaan ubat Remdesivir untuk pesakit COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata antara kriteria yang menyebabkan Malaysia dipilih untuk melaksanakan penyelidikan itu adalah kerana keupayaan dan kemampuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan kajian.

“Antara sebab yang kita dipilih ialah kita dah dikenal pasti sebagai negara yang mempunyai sistem kesihatan penyelidikan yang baik dan mungkin sebab itu WHO memilih KKM untuk melaksanakan penyelidikan ini secara bersama.

“Penyelidikan ini akan tertumpu di Hospital Sungai Buloh dan hospital-hospital yang mengendalikan pesakit COVID-19, yang KKM akan memberi rawatan kepada pesakit menggunakan ubat yang terbaru (Remdesivir).

“KKM juga akan turut memantau kesan sampingan, kemujaraban ubat ini dan sebagainya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata butiran lanjut seperti tempoh kajian dan sebagainya mengenai penyelidikan keberkesanan ubat Remdesivir ini akan dibincangkan dengan pihak WHO malam ini.

“Malam ini kami akan buat perbincangan secepat mungkin dan kalau dapat ubat itu, kita akan terus laksanakan penyelidikan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata KKM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menggunakan teknologi dan kaedah terkini bagi mengesan kumpulan sasar yang berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 dan menjalankan ujian saringan terhadap mereka.

“Selepas ujian kalau didapati positif, kami akan mengeluarkan mereka daripada komuniti dan merawat mereka di hospital. Kalau negatif kami akan syorkan duduk dalam rumah untuk kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Kalau kami dapat kesan positif daripada peringkat pertama iaitu tiada gejala dan peringkat kedua ada gejala tetapi ringan maka keupayaan mereka untuk sembuh adalah tinggi berbanding yang datang mendapatkan rawatan apabila sesak nafas sehingga kami perlu beri bantuan pernafasan sehingga peringkat keempat dan kelima,” katanya.

Sumber: BERNAMA