Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Kredit: ImageFX

Mufti WP Jelaskan Hukum Membeli Kepingan Emas Secara Dalam Talian

Azzwin

Mufti WP Jelaskan Hukum Membeli Kepingan Emas Secara Dalam Talian

Dalam era moden ini, pelbagai urusan jual beli dapat dilakukan dengan mudah hanya melalui hujung jari.

Barang kemas, aksesori dan juga kepingan emas juga boleh ditempah terus secara dalam talian melalui pelbagai platform e-dagang seperti Shopee, TikTok dan lain-lain.

Namun begitu, kemudahan ini turut menimbulkan persoalan dalam kalangan umat Islam berkaitan hukum syarak khusunya apabila melibatkan urus niaga barangan ribawi seperti emas dan perak.

Ramai mungkin tidak menyedari bahawa cara pembelian yang kelihatan mudah ini sebenarnya mempunyai implikasi hukum yang perlu diberi perhatian.

Bagi menjelaskan persoalan ini, Mufti Wilayah Persekutuan tampil untuk menjawab hukum membeli kepingan emas secara dalam talian.

Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya. Saya ada terjumpa sebahagian kedai emas yang menjual kepingan emas (gold bar) di Shopee dan TikTok Shop. Adakah ia diharuskan memandangkan berlaku penangguhan serahan emas tersebut?

Ringkasan Jawapan

Jual beli kepingan emas di platform Shopee dan TikTok Shop pada asasnya adalah haram dan tidak sah. Hal ini kerana berlaku penangguhan serahan kepingan emas kepada pembeli di mana pembeli hanya akan menerima kepingan emas tersebut selepas beberapa hari.

Namun, bagi menyelesaikan isu ini kami mencadangkan beberapa perkara seperti berikut:

  • Pembeli membuat pembelian di platform yang disediakan dengan memastikan jenis dan berat emas yang ingin dibeli.

  • Pembeli kemudian akan membuat pembayaran penuh dan penjual pula akan mengeluarkan bukti transaksi. Menerusi bukti tersebut menandakan bahawa emas yang berada pada penjual telah menjadi hak milik pembeli (qabd hukmi).

  • Kemudian penjualan ini boleh dilakukan melalui wakalah untuk penghantaran kepada pembeli. Pembeli sendiri akan mewakilkan kepada penjual dengan diberikan upah (wakalah bi al-ujrah) untuk menghantar secara pos dan lafaz wakalah itu mestilah disediakan oleh penjual di mana-mana yang bersesuaian di dalam sistem tersebut.

  • Pembeli tidak boleh untuk membatalkan pembelian dan meminta bayaran balik (refund) selepas menerima emas tersebut dan penjual tidak boleh menerima permintaan pemulangan dan bayaran balik jika diminta oleh pembeli kerana khiyar syarat tidak dibenarkan dalam jual beli item ribawi.

Huraian Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Seperti yang kita maklum, Shopee Pte. Ltd. (nama dagang: Shopee) ialah syarikat teknologi multinasional Singapura yang khusus dalam e-dagang.

TikTok Shop pula merupakan sebuah perkhidmatan yang disediakan oleh aplikasi media sosial TikTok yang membolehkan pembeli dan penjual melakukan transaksi jual beli mereka secara langsung melalui aplikasi tersebut dengan menghubungkan terus aplikasi TikTok dengan platform e-dagang yang digunakan oleh penjual.

Kedua-dua platform ini mempunyai persamaan dari segi tabiat mereka yang menyediakan perkhidmatan jual beli secara atas talian. Secara asasnya, jual beli secara atas talian seperti ini adalah harus berdasarkan kaedah fiqh yang mengatakan hukum asal dalam kontrak adalah harus dan sah.

Tambahan pula, perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada penjual dan pembeli untuk melakukan transaksi jual beli dengan lebih cepat serta menjimatkan masa dan tenaga.

Walau bagaimanapun, timbul isu apabila sebahagian kedai-kedai emas juga menjual kepingan emas mereka di platform tersebut. Hal ini kerana emas merupakan barang ribawi dan pembelian emas dengan wang mempunyai syarat yang khusus iaitu kedua-dua duit dan emas itu wajib diserahkan secara terus semasa majlis akad. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW:

الذَّهَبُ بالذَّهَبِ، والْفِضَّةُ بالفِضَّةِ، والْبُرُّ بالبُرِّ، والشَّعِيرُ بالشَّعِيرِ، والتَّمْرُ بالتَّمْرِ، والْمِلْحُ بالمِلْحِ، مِثْلًا بمِثْلٍ، سَواءً بسَواءٍ، يَدًا بيَدٍ، فإذا اخْتَلَفَتْ هذِه الأصْنافُ، فَبِيعُوا كيفَ شِئْتُمْ، إذا كانَ يَدًا بيَدٍ.

Maksudnya: “(Pertukaran) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, mestilah dengan timbangan dan berat yang sama dan berlaku (penyerahan) secara serta-merta (tidak bertangguh). Adapun sekiranya jenis barang berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot).”

(Riwayat Muslim)

Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menjelaskan bahawa hadis ini menjadi hujah bagi semua ulama bahawa wajib untuk berlaku serahan secara serta-merta (al-taqabudh) bagi transaksi pertukaran barang ribawi yang berbeza jenis.

Berdasarkan hadis ini, dapat difahami bahawa dalam pertukaran wang dengan emas, serahan mestilah berlaku secara serta-merta semasa majlis akad. Hal ini kerana wang fiat yang digunakan sekarang merupakan harta ribawi yang sama ‘illah (penyebab hukum syarak) dengan emas iaitu kedua-duanya merupakan medium pertukaran (thaman) walaupun berbeza jenis.

Perkara ini berdasarkan kepada keputusan Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (Majma’ Fiqh al-Islami al-Duwali) pada tahun 1986 bahawa wang kertas juga termasuk dalam item ribawi meskipun bukan dibuat daripada emas atau perak.

Oleh itu, jika berlaku penangguhan serahan salah satu barang pertukaran sama ada duit atau kepingan emas, maka akad tersebut terbatal dan berlakulah riba (riba’ al-nasi’ah) yang diharamkan.

Selain itu, antara isu lain yang timbul dalam pembelian emas melalui platform Shopee dan TikTok Shop ialah pemberian khiyar syarat oleh platform tersebut kepada pembeli.

Khiyar syarat bermaksud pembeli dan penjual meletakkan syarat dalam jual beli bahawa salah satu daripada mereka atau keduanya diberi pilihan untuk meneruskan atau membatalkan kontrak.

Khiyar syarat dalam konteks isu ini berlaku apabila platform tersebut membenarkan pembeli untuk memulangkan semula barang dan meminta bayaran balik selepas beberapa hari menerima barang sedangkan khiyar syarat tidak dibenarkan dalam jual beli item ribawi seperti beli emas dengan wang. Hal ini disebut oleh Syeikh al-Baijuri, kata beliau:

وهو يثبت في كل ما يثبت فيه خيار المجلس إلا ما شرط فيه القبض في المجلس كالربوي والسلم

Maksudnya: “(Khiyar syarat) itu dibolehkan dalam semua (akad) akad yang ada khiyar majlis kecuali akad yang disyaratkan penyerahan (qabd) semasa majlis akad seperti pertukaran item ribawi dan jual beli salam.”

Penyerahan Secara Hukmi (Qabd Hukmi) dalam Pembelian Emas

Para ulama mendefinisikan qabd sebagai setiap tindakan yang membawa kepada pemilikan dan kebenaran untuk menggunakan sama ada ia sesuatu benda yang boleh dipegang dengan tangan atau tidak.

Akademi Fiqh Islam (Majma’ al-Fiqh al-Islami) kali ke-11 yang bersidang di Makkah pada tahun 19-26 Februari 1989H memutuskan bahawa pemindahan wang ke dalam akaun atau secara cek telah dianggap sebagai serahan secara hukmi (qabd hukmi / beneficial ownership).

Pemindahan tersebut membuktikan bahawa telah berlaku pemindahan hak milik dan risikonya akan ditanggung oleh pembeli. Walaupun emas tersebut tidak berada pada pembeli, namun ia sudah memadai untuk menunjukkan bahawa pembeli telah memiliki barang tersebut dengan pemilikan penuh.

Berkenaan dengan penyerahan secara hukmi ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 juga telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas, dan membuat keputusan:

“Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

  • Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.

  • Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.”

Kesimpulan

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa jual beli kepingan emas di platform Shopee dan TikTok Shop pada asasnya adalah haram dan tidak sah.

Hal ini kerana berlaku penangguhan serahan kepingan emas kepada pembeli di mana pembeli hanya akan menerima kepingan emas tersebut selepas beberapa hari.

Namun, bagi menyelesaikan isu ini kami mencadangkan beberapa perkara seperti berikut:

  • Pembeli membuat pembelian di platform yang disediakan dengan memastikan jenis dan berat emas yang ingin dibeli.

  • Pembeli kemudian akan membuat pembayaran penuh dan penjual pula akan mengeluarkan bukti transaksi. Menerusi bukti tersebut menandakan bahawa emas yang berada pada penjual telah menjadi hak milik pembeli (qabd hukmi).

  • Kemudian penjualan ini boleh dilakukan melalui wakalah untuk penghantaran kepada pembeli. Pembeli sendiri akan mewakilkan kepada penjual dengan diberikan upah (wakalah bi al-ujrah) untuk menghantar secara pos dan lafaz wakalah itu mestilah disediakan oleh penjual di mana-mana yang bersesuaian di dalam sistem tersebut.

  • Pembeli tidak boleh untuk membatalkan pembelian dan meminta bayaran balik (refund) selepas menerima emas tersebut dan penjual tidak boleh menerima permintaan pemulangan dan bayaran balik jika diminta oleh pembeli kerana khiyar syarat tidak dibenarkan dalam jual beli item ribawi.

BACA: Mufti WP Beri Penjelasan Isu Pengaruh Permainan Video Yang Menyebabkan Keganasan

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan