Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama

Mufti WP Perjelas Hukum Bapa Buat Syarat Sebelum Kahwin

Amira

Perkahwinan merupakan salah satu keputusan paling besar dalam hidup. Bagi seorang gadis, pastinya seorang ayah adalah penting sebagai seorang wali yang berperanan untuk mengakadkan nikah antara dua jiwa. Bagaimanapun, sejauh manakah kuasa seorang wali dalam pernikahan seorang wanita?

Adakah seorang ayah boleh meletakkan syarat-syarat tertentu sebelum mengizinkan anak perempuannya berkahwin? Untuk mengetahui jawapannya, mari kita baca penjelasan oleh Mufti Wilayah Persekutuan di bawah.

Soalan

Assalamualaikum, saya nak tanya dan minta pendapat, anak perempuan nak kahwin,bapanya sebagai walinya telah meletakkan syarat, kalau nak nikah perlu jumpa dia dan bawa kakak iaitu bakal pengantin sekali, baru dia izinkan. Masalahnya anak saya tak nak jumpa ayahnya. Saya dengan bekas suami dah bercerai. Perlu ke saya ikut syaratnya atau saya boleh cari wali Hakim? Kakak, bakal pengantin itu anak dia juga. Sebab mereka dari kecil tak berjumpa ayahnya.

Ringkasan jawapan

Kami simpulkan jawapan dengan beberapa perkara yang utama seperti yang berikut:

1. Hukumnya ialah layak untuk menggunakan khidmat wali hakim jika wali nasab enggan menikahkan pengantin apabila syarat-syarat telah dipenuhi.

2. Kewajipan anak untuk berbuat baik kepada ibubapa. Islam melarang seseorang menderhakai kepada ibubapa walaupun mereka seorang yang zalim.

3. Perlu merujuk kepada Jabatan Agama Islam yang berdekatan, untuk mendapatkan khidmat nasihat dan cadangan.

Huraian jawapan

Waalaikumussalam wbkth.

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Wali dari segi bahasa bermaksud kasih sayang dan pertolongan. Dari segi istilah, wali adalah merupakan pihak yang mempunyai hak atau autoriti untuk membuat keputusan dan mengawal selia urusan orang lain. (Lihat: Fiqh al-Manhaji, Mustafa al-Khin & Mustafa al-Bugha 1992, Dar al-Qalam, 4/60)

Dalam konteks perkahwinan berkata Dr Wahbah al-Zuhaili:

القدرة على مباشرة التصرف من غير توقف على إجازة أحد

Ialah merujuk kepada individu yang mempunyai kuasa untuk melakukan akad perkahwinan terhadap orang yang di bawah jagaannya tanpa bergantung kepada keizinan. Wali dalam konteks ini perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan syarak. (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Damsyiq, Dar al-Fikri 9/6690)

Kewujudan wali adalah wajib semasa akad nikah dan ia merupakan salah satu daripada rukun akad nikah. Perkahwinan seorang perempuan sama ada dewasa atau masih kecil, janda ataupun dara, hendaklah diakadkan oleh walinya.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

لَا تُزَوِّجُ الْمَرْأَةُ الْمَرْأَةَ، وَلَا تُزَوِّجُ الْمَرْأَةُ نَفْسَهَا

Maksudnya: “Seorang perempuan tidak harus mengkahwinkan perempuan lain dan tidak harus mengkahwinkan dirinya sendiri.” (Lihat: Sunan Ibn Majah (1882), Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah 1/606)

Berkata Imam al-Nawawi RH dalam kitabnya:

Tidak harus seseorang perempuan mengkahwinkan dirinya sendiri walaupun dengan izin wali ataupun tanpa keizinan wali dan tidak harus juga dia menjadi wali kepada orang lain. Bukan sahaja itu malah, dia tidak harus mewakilkan anak perempuan untuk menjadi wali kepadanya. (Lihat: Raudah al-Talibin wa Umdah al-Muftin, al-Maktab al-Aslami Birut, 7/50, Ianah al-Tolibin, Dar al-Fikri Birut 2005, 3/353)

Walau bagaimanapun, Islam memberi penyelesaian sekiranya berlaku masalah yang berkaitan dengan wali. Ini berdasarkan hadis daripada Aisyah R.anha, Rasulullah SAW bersabda:

لَا نِكَاحَ إِلَّا بِوَلِيٍّ وَشَاهِدَيْ عَدْلٍ، وَمَا كَانَ مِنْ نِكَاحٍ عَلَى غَيْرِ ذَلِكَ، فَهُوَ بَاطِلٌ، فَإِنْ تَشَاجَرُوا فَالسُّلْطَانُ وَلِيُّ مَنْ لَا وَلِيَّ لَهُ

Maksudnya: “Tidak ada pernikahan melainkan dengan adanya wali dan dua orang saksi yang adil. Jika pernikahan berlaku tanpa kehadiran mereka, pernikahan itu adalah batil. Jika berlaku perbalahan tentang wali, maka sultan ialah wali kepada mereka yang tiada wali.” (Lihat: Sahih Ibn Hibban, Muassasah al-Risalah Birut 1993M, 9/386)

Apabila wali nasab tiada, maka hak perwalian berpindah kepada qadhi, kerana dia dilantik untuk melaksanakan kepentingan orang Islam.

Selain itu, disini kami sertakan susunan atau tertib wali perempuan yang sah mengikut hukum syarak, namun pertukaran antara seorang wali kepada wali yang lain adalah kerana Ketika ketiadaan mereka dari sudut hissan ataupun Syar’an.

Hissan ialah dengan maksud wali itu telahpun meninggal dunia. Manakala dari sudut syar’an iaitu perkara-perkara yang menjadi terhalang untuk dia menjadi wali antaranya ialah kerana dia seorang hamba, gila dan riddah keluar dari Islam. (Lihat: Ianah al-Tolibin, Dar al-Fikri Birut 2005, 3/353-357)

Susunan tertib itu adalah seperti berikut:

  1. Bapa kandung (sekiranya telah meninggal atau terdapat penghalang)

  2. Datuk sebelah bapa ke atas

  3. Adik beradik lelaki seibu sebapa

  4. Adik beradik lelaki sebapa

  5. Anak saudara lelaki seibu sebapa

  6. Anak saudara lelaki sebapa

  7. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki seibu sebapa

  8. Anak lelaki kepada anak saudara lelaki sebapa

  9. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa

  10. Bapa saudara sebelah bapa sebapa

  11. Datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan datuknya

  12. Datuk saudara sebelah bapa sebapa dengan datuknya

  13. Moyang saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan moyangnya

  14. Moyang saudara sebelah bapasebapa dengan moyangnya

  15. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa(sepupu lelaki)

  16. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa(sepupu lelaki)

  17. Cucu lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa

  18. Anak datuk saudara sebelah bapa seibu sebapa dengan datuknya

  19. Anak datuk saudara sebelah bapa sebapa dengan datuknya

  20. Wali hakim

Namun begitu sekiranya wali nasab enggan mengkahwinkannya tanpa apa-apa sebab yang munasabah mengikut hukum syarak., maka disini syarak menetapkan 3 syarat untuk memilih wali hakim sebagai wali pernikahan iaitu:

  • Bakal suami itu sekufu dengan pasangannya.

  • Pengantin perempuan yang akil dan baligh.

  • Wali hakim itu merupakan lantikan dari wilayahnya. (Lihat: Ianah al-Tolibin, Dar al-Fikri Birut 2005 3/360)

Sehubungan dengan itu, kami sertakan disini Akta Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Bahagian II seksyen 7 orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan:

(1) Sesuatu perkahwinan di Wilayah Persekutuan hendaklah mengikut peruntukan Akta ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh –

(a) wali di hadapan Pendaftar;

(b) wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar; atau

(c) Pendaftar sebagai wakil wali.

(2) Jika suatu perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syarak, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Raja.

Sementara itu, berkenaan syarat yang telah ditetapkan oleh bapa pengantin bukanlah satu syarat sahnya perkahwinan, Islam tidak meletakkan syarat bertemu bapa sebagai syarat sah perkahwinan.

Namun perlulah ingat bahawa Berbakti kepada ibubapa hukumnya wajib ke atas semua yang bergelar anak. Allah SWT mewajibkannya sebagaimana Allah mewajibkan solat dan puasa walaupun kedua ibu bapa itu kafir. Ini sebagaimana firman Allah SWT:

وَإِن جَٰهَدَاكَ عَلَىٰٓ أَن تُشۡرِكَ بِي مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٞ فَلَا تُطِعۡهُمَاۖ وَصَاحِبۡهُمَا فِي ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفٗاۖ

Maksudnya: “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.”

Surah Luqman (15)

Ibn Kathir berkata: “Jika kedua orang tuamu memaksa kepada agamanya, maka janganlah kamu mengikutnya dan dalam saat yang sama ia tidaklah menjadi penghalang bagimu untuk berbakti kepada keduanya di dunia secara ma’ruf (baik). Ambillah iktibar dari kisah Sa’ad bin Abi Waqqas yang berbakti kepada ibunya dan bagaimana cara penyelesaian yang dilakukan oleh Sa’ad yang penuh hikmah sehingga akhirnya menjadikan ibunya boleh menerimanya.” (Lihat Tafsir al-Quran al-Azim, Dar Tayyibah 1999M, 6/337)

Sayyid Qutb berkata: “Sampai di sini gugurlah kewajipan ta’at kepada dua ibu bapa, dan di sinilah meningkatnya hubungan akidah mengatasi segala hubungan yang lain. Walaubagaimana hebat usaha, perjuangan, desakan dan penerangan yang dikemukakan oleh ibu bapa dengan tujuan memujuk si anak supaya mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak diketahui ketuhanannya, maka dia diperintah supaya jangan taat kepada kehendak dua ibu bapa itu. Itulah perintah dari Allah selaku tuan punya hati yang pertama yang pasti ditaati.

Terdapat sebuah kisah menarik berkenaan keutamaan serta besarnya ganjaran pahala bagi mereka yang menjaga kedua ibu bapa. Ia dicatatkan di dalam hadis sepertimana berikut:

وأَقْبَلَ رَجُلٌ إِلَى نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: أُبَايِعُكَ عَلَى الْهِجْرَةِ وَالْجِهَادِ أَبْتَغِي الْأَجْرَ مِنْ اللَّهِ. قَالَ: فَهَلْ مِنْ وَالِدَيْكَ أَحَدٌ حَيٌّ؟ قَالَ: نَعَمْ بَلْ كِلَاهُمَا. قَالَ: فَتَبْتَغِي الْأَجْرَ مِنْ اللَّهِ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: فَارْجِعْ إِلَى وَالِدَيْكَ فَأَحْسِنْ صُحْبَتَهُمَا

Maksudnya: “Seorang lelaki datang menemui Nabi SAW seraya berkata: Aku berbai’ah kepada kamu untuk berhijrah dan jihad bagi mencari pahala daripada Allah. Sabda Baginda SAW: “Adakah salah seorang ibu bapa kamu masih hidup? Jawab beliau: “Ya, bahkan kedua-duanya.” Sabda Baginda: “Adakah kamu ingin mencari pahala daripada Allah? Jawabnya: “Ya.” Lantas sabda Baginda SAW: “Pulanglah kepada ibu bapa kamu dan layani mereka dengan sebaik-baiknya.” (Lihat: Sahih Muslim (2549), Dar Ihya’ al-Turas al-Arabi Birut, 4/1975)

Di dalam sebuah hadis yang lain, diceritakan berkenaan Asma’ binti Abu Bakar R.Anhuma yang bertanya kepada Rasulullah SAW, adakah dia boleh berhubung dengan ibunya yang masih seorang musyrik. Kisahnya adalah sebagaimana berikut:

قَدِمَتْ عَلَىَّ أُمِّي وَهْىَ مُشْرِكَةٌ فِي عَهْدِ قُرَيْشٍ، إِذْ عَاهَدُوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَمُدَّتِهِمْ، مَعَ أَبِيهَا، فَاسْتَفْتَتْ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ أُمِّي قَدِمَتْ عَلَىَّ، وَهْىَ رَاغِبَةٌ، أَفَأَصِلُهَا قَالَ ‏ “‏ نَعَمْ، صِلِيهَا ‏”‏‏

‏Maksudnya: “Ibuku menemuiku saat itu dia masih Musyrik ketika Quraisy orang-orang muslimin mengikat perjanjian dengan Rasulullah SAW dalam satu tempoh yang tertentu bagi perjanjian kebaikan antara orang quraisy dan Baginda serta ayahnya, lalu aku meminta pendapat kepada Rasulullah SAW. Aku katakan; “Wahai Rasulullah, Ibuku (yang musyrik) datang kepadaku dan dia sangat ingin (mengambil daripadaku sebahagian harta), apakah aku harus tetap menjalin hubungan dengan ibuku?”. Baginda menjawab: “Ya, sambunglah silaturrahim dengannya”. (Lihat: Sahih al-Bukhari (3183), Dar Tuq al-Najah 1422H, 4/103, al-Kawakib al-Darari fi Syarah Sahih al-Bukhari (2976), Dar Ihya’ al-Turas al-Arabi Birut 1981M t.2, 13/145)

Berdasarkan hadis-hadis di atas, sekiranya ibubapa mereka yang bukan Islam, wajib berbuat baik kepada keduanya, justeru membuat kebaikan kepada ibu bapa yang telah Islam adalah lebih penting dan utama walaupun mereka berlaku zalim. Sebagai penutup dalam huraian ini, kami datangkan satu hadis yang dinyatakan oleh Ibn Abbas R.anhu bahawa katanya:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ لَهُ وَالِدَانِ مُسْلِمَانِ يُصْبِحُ إِلَيْهِمَا مُحْتَسِبًا، إِلَّا فَتْحَ لَهُ اللَّهُ بَابَيْنِ – يَعْنِي: مِنَ الْجَنَّةِ – وَإِنْ كَانَ وَاحِدًا فَوَاحِدٌ، وَإِنْ أَغْضَبَ أَحَدَهُمَا لَمْ يَرْضَ اللَّهُ عَنْهُ حَتَّى يَرْضَى عَنْهُ “، قِيلَ: وَإِنْ ظَلَمَاهُ؟ قَالَ: وَإِنْ ظَلَمَاهُ

Maksudnya: “Tidaklah seorang muslim yang memiliki kedua orang tua yang muslim, berjalan menuju keduanya dengan penuh kegembiraan dengan niat mencari pahala dari Allah melainkan Allah akan bukakan baginya dua pintu syurga. Jika orang tuanya tinggal satu orang maka baginya akan dibukakan satu pintu surga. Jika salah satu dari kedua orang tuanya marah maka Allah tidak akan redha kepadanya hingga orang tuanya redha kepadanya”. Lalu ada yang bertanya, ‘Walaupun keduanya berbuat zalim kepadanya?’ Beliau menjawab, “Walaupun keduanya menzalimimu.” (Lihat: al-Adab al-Mufrad, Dar al-Basyair al-Islamiyyah Birut 1989M, 16)

Penutup

Kesimpulannya, tidak wajib si anak untuk berjumpa dengan bapanya sebelum berkahwin namun wajib meminta bapa anak tadi untuk menjadi wali perkahwinannya walaupun dia tidak suka.

Dinasihatkan juga, pihak keluarga merujuk dengan Jabatan Agama, Unit Keluarga Islam untuk dapatkan khidmat nasihat dan cadangan.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan