Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
laporan akhir nahas elmina
Gambar: BERNAMA

Nahas Udara Elmina Berpunca Akibat Peluasan “Lift Dump Spoiler” – Laporan Akhir

Azizah Najib

Nahas Udara Elmina Berpunca Akibat Peluasan “Lift Dump Spoiler” – Laporan Akhir

PUTRAJAYA, 16 Ogos (Bernama) — Peluasan lift dump spoiler yang tidak disengajakan ketika pemeriksaan sebelum mendarat dikenal pasti sebagai punca utama nahas udara pesawat Beechcraft yang terhempas di Bandar Elmina Shah Alam, tahun lepas, menurut laporan akhir kemalangan itu.

Tindakan itu menyebabkan kehilangan daya angkat secara tiba-tiba, mengakibatkan kehilangan kawalan katastrofik dan seterusnya terhempas.

Perkara ini didedahkan dalam Laporan Akhir Kemalangan Pesawat yang dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan (MOT), hari ini.

“Punca utama kemalangan ialah peluasan lift dump spoiler secara tidak sengaja, kemungkinan besar oleh pembantu juruterbang, semasa pemeriksaan sebelum mendarat,” menurut laporan itu, yang siarkan di laman sesawang rasmi MOT.

Pada 17 Ogos tahun lepas, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) milik persendirian dengan nombor pendaftaran N28JV terhempas di Elmina, mengorbankan kesemua lapan individu dalam pesawat (enam penumpang dan dua kru penerbangan), seorang pemandu e-panggilan dan seorang penunggang motosikal p-panggilan.

Laporan dengan 148 halaman itu menyatakan bahawa latihan dan kesedaran kru yang tidak mencukupi mengenai pengendalian sistem lift dump adalah faktor penyumbang kepada nahas itu.

“Ketidakbiasaan pembantu juruterbang dengan risiko khusus yang dikaitkan dengan sistem lift dump menyebabkan peluasan ‘spoilers’ yang tidak disengajakan,” menurut laporan itu.

Menurut laporan itu, faktor penyumbang kepada nahas itu termasuklah penyimpangan daripada prosedur operasi standard, latihan kru yang tidak mencukupi, kawal selia tidak jelas, dan kekurangan dalam komunikasi dan membuat keputusan.

BACA: Dua Pesawat TUDM Bawa Rakyat Palestin Yang Cedera Selamat Tiba Di Pengkalan TUDM Subang

“Susunan tempat duduk anak kapal menyimpang daripada protokol ditetapkan, dengan juruterbang utama duduk sebelah kanan dan pembantu juruterbang di tempat duduk sebelah kiri, bertentangan dengan Manual Penerbangan Pesawat.

“Penyimpangan ini mungkin menyumbang kepada komunikasi yang tidak berkesan dan pengurusan sumber kru yang lemah,” menurut laporan itu.

Penemuan lain menunjukkan bahawa pengendali pesawat gagal untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk perkhidmatan udara tidak berjadual dan mematuhi peraturan penerbangan di Malaysia menyerlahkan jurang dalam pengawasan operasi.

“Proses komunikasi dan membuat keputusan yang tidak berkesan terbukti semasa fasa kritikal penerbangan. Ketiadaan taklimat atau amaran khusus mengenai operasi sistem lift dump dan keputusan untuk menyimpang daripada protokol tempat duduk standard menggariskan kekurangan dalam komunikasi dan membuat keputusan,” menurut laporan itu.

Menurut laporan itu siasatan mendedahkan contoh ketidakpatuhan dan kesilapan, namun menekankan hasil siasatan tidak bertujuan menuding kesalahan atau liabiliti.

“Sebaliknya, ia (laporan itu) semata-mata untuk tujuan mencegah kemalangan pada masa hadapan dan meningkatkan keselamatan penerbangan secara keseluruhan.

BACA: Pilu, Suami Meninggal Dunia Selepas Dua Minggu Isteri Dijemput Ilahi

BACA JUGA: Isteri Baru Tanya Tarikh “Anniversary”, Suami Terus Ajak Pergi KLCC, Rupanya Sebab Ini

Sumber: BERNAMA