Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Pernah masak nasi, tapi hasilnya tak sama setiap kali masak? Ada yang lembik, ada yang keras, kadang tak wangi langsung, kadang jadi sungguh macam chef masak. Tapi pelik kan, padahal cara masak dan ukuran sama je setiap kali masak.
Nak salahkan diri sendiri, tapi kadang-kadang nasi jadi elok je. Ha jangan korang tak tahu, nasi yang korang masak tu kadang lembik atau tak jadi tu ada beberapa faktor yang mendokongnya. Jadi, menerusi penulisan artikel ini, min nak share apakah punca yang menyebabkan nasi tak jadi dan lembik.
Nisbah air dan beras tidak konsisten
Biasanya kalau masak, ada orang yang hanya gunakan konsep ‘agak-agak’ air yang diisi bersesuaian dengan kuantiti beras. Padahnya jika air terlebih, nasi pasti menjadi lembik dan tidak menjadi.
Cara basuh beras
Mungkin risau tidak bersih, tapi kalau basuh beras dengan kuat dan terlalu lama juga boleh menyebabkan beras tersebut hilang lapisan kanji, dan seterusnya menyebabkan nasi jadi lembik.

Kaedah memasak
Nak masak nasi pun kena ikut periuk yang digunakan. Jangan samakan teknik masak nasi jika gunakan periuk yang tak sama. Ada periuk biasa dan periuk premium lain yang mempunyai tahap wap dan kepanasan yang berbeza.
Jenis beras berbeza, hasil pun akan berbeza
Setiap beras ada tekstur & kadar serapan air yang tersendiri. Sama ada beras wangi, beras biasa, beras basmati ataupun beras pulut, semuanya berbeza & cara masak pun ada beza.
Kualiti beras itu sendiri
Beras yang disimpan dalam keadaan tidak betul, boleh menyebabkan ia menyerap kelembapan, yang boleh mengakibatkan hasil nasi tidak cantik.
Disebabkan faktor-faktor ini jugalah yang menyebabkan ramai orang memilih beras tempatan kerana rasanya lebih enak dan ada jaminan kualiti. Mana tidaknya, jika beras tempatan, tidak perlu jangka masa yang panjang untuk sampai ke pengguna. Bak kata orang dulu-dulu, ‘beras baru’. Bila makan pun akan rasa ada perbezaan jika nak dibandingkan beras yang sudah lama.
Kalau melihat situasi di Malaysia, petani dan pesawah sangatlah konsisten mengeluarkan beras yang berkualiti supaya dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna. Mereka membanting tulang, guna segala kudrat keupayaan serta aset yang ada untuk memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi.

Tapi berbaloikah usaha mereka? Adakah pendapatan mereka setimpal dengan usaha?
Cakap pasal setimpal atau tak ni, mestilah kita akan kaitkan dengan harga beras kan. Mana tidaknya, harga beras jugalah yang menentukan pendapatan petani & pesawah. Tahukah korang, yang harga beras tempatan terakhir sekali disemak sejak tahun 2008 lagi, di mana sudah 17 tahun harga yang sama ditetapkan.
Sekarang pula, kos dah naik, tapi pesawah pula kena jual ikut harga lama. Hasilnya, ada yang hanya menikmati sedikit untung, ada juga yang sekadar cukup, malah paling merisaukan jika ada yang alami kerugian.
Disebabkan itu jugalah ada suara-suara yang dikatakan di peringkat petani dan pesawah yang mahu pihak Kerajaan untuk pertimbangkan semula harga beras tempatan. Perkara ini bukan dalam kalangan pesawah sahaja, tapi turut melibatkan Ahli Parlimen di bahagian utara Malaysia, yang menyuarakan perkara sama dengan mengaitkan tentang punca lambakan beras import – beras putih import di antaranya kerana tiada kawalan harga beras import, iaitu tiada harga siling yang ditetapkan berbanding dengan harga beras putih tempatan. Beliau juga menyuarakan pertanyaan pihak petani adakah ada jaminan kerajaan bahawa ada bajet tambahan dari segi subsidi sekiranya terlibat dengan pelaksanaan penanaman padi lima kali dua tahun.
Menurut golongan petani dan pesawah pula, mereka turut mengharapkan ada perubahan bagi harga beras tempatan supaya boleh mempengaruhi pendapatan mereka. Sekiranya harga meningkat, di samping menikmati subsidi dan bantuan kerajaan, hasil atau pendapatan para petani akan berbeza yakni meningkat ke aras yang lebih tinggi.
Perkara ini turut bersesuaian dengan desakan yang dibuat atas dasar nak memastikan nasib dan usaha para petani dan pesawah agar keringat mereka lebih berbaloi selepas ini.
Begitulah situasi beras dan nasi di negara kita, dari mulanya hanya padi yang diusahakan oleh petani, sehinggalah kepada pengguna yang masak nasi pun jadi lembik, semuanya ada kisah yang perlukan perubahan tindakan sama ada dari diri sendiri mahupun pihak berwajib.
Jadi, kalau lepas ni korang masak nasi jadi lembik, jangan salahkan petani kerana mereka sentiasa memastikan beras tempatan sentiasa dalam kualiti yang terbaik. Kalau nasi jadi lembik, mungkin korang kena rujuk semula artikel ini.
Walau bagaimanapun, kita turut berharap sekiranya harga beras di Malaysia dapat diteliti semula, supaya nasib petani dan pesawah terbelah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai perkara ini, korang boleh saja menjengah ke platform sosial media Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.