Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Bernama/Phison

Pencipta Cip USB Pulang Ke Malaysia, Buka Syarikat Tawar Gaji Permulaan RM6K

Iqbal Yasir

Pencipta Cip USB Pulang Ke Malaysia, Buka Syarikat Tawar Gaji Permulaan RM6K

Niat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab utama reka bentuk mikrocip di dunia pernah ditolak, kini pencipta cip USB flash pertama dunia, Pua Khien Seng kembali menabur bakti di tanah air dengan melancarkan syarikat gergasi teknologi dunia.

Menerusi perkongsian Penasihat Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC), Nurul Izzah Anwar di laman Facebook rasminya, beliau berkongsi memujuk kembali anak jati dari Sekinchan itu pulang ke Malaysia.

“Dua puluh tahun lepas, seorang anak muda dari Sekinchan, Pua Khien Seng telah mencipta sejarah dunia. Beliau mencipta cip USB flash pertama di dunia yang telah mengubah landskap penyimpanan data global. Kini syarikat beliau, Phison menguasai lebih 45 peratus pasaran USB flash di dunia.

“Namun ramai yang tidak tahu, pada tahun 1999, Pua pernah cuba membawa visinya untuk menjadikan Malaysia sebagai hab utama reka bentuk mikrocip di dunia.

“Tetapi impiannya terhalang oleh birokrasi, dasar yang terbatas, dan ekosistem yang belum matang dan bersedia. Jadi beliau memilih untuk ke Taiwan, di mana ideanya diberi peluang untuk berkembang.

“Dua tahun lepas, saya berpeluang makan tengah hari bersama Pua. Walaupun beliau seorang usahawan berjaya yang sudah membina nama di persada dunia, hatinya tetap terpaut pada Malaysia.

“Pua beritahu saya, dia boleh sahaja memilih untuk melabur ke mana-mana negara lain. Tetapi, dia tetap nak kembali menabur bakti buat tanah air tercinta,” kongsi Nurul Izzah.

Gambar: Nurul Izzah Anwar

Berkongsi lebih lanjut, beliau memberitahu bahawa Pua mahu Malaysia muncul sebagai harimau digital di rantau ASEAN.

“Beliau berhasrat membawa pelaburan berjumlah RM100 juta serta pemindahan teknologi bernilai RM1 bilion bagi membolehkan Malaysia menerajui bidang reka cipta mikrocip.

BACA: RMK13: Kerajaan Akan Teroka Mekanisme Pencen Bulanan Melalui KWSP

“Namun, Pua meluahkan sesuatu yang sangat menyentuh hati saya.’Saya mampu merungkai dunia mikrocip yang kompleks, tetapi saya masih gagal memahami mentaliti dan lanskap politik di Malaysia’.

“Jadi, saya perlu bantu dia untuk memacu kemajuan teknologi Malaysia ke hadapan,” maklum kenyataan itu.

Tambah Nurul Izzah, beliau menyokong usaha Pua dengan menghubungkan kepada ekosistem dasar dan agensi dan kementerian yang relevan.

Susulan itu, beliau membawa Pua bertemu dengan individu dan pihak yang tepat, termasuk Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC), selari dengan hasrat untuk menjadikan Selangor sebagai Lembah Silikon Malaysia.

“Ia bukan perjalanan yang mudah, tetapi akhirnya membuahkan hasil. Dua bulan lalu, Pua melancarkan MaiStorage di Malaysia, sebuah syarikat reka cipta mikrocip dan teknologi storan data canggih.

“Kami berjaya membawa pulang sebuah syarikat gergasi teknologi dunia dan seorang anak jati tempatan yang sudi melatih jurutera kita demi masa depan negara,” katanya.

Tawar Gaji Permulaan RM6,000

Gambar: Nurul Izzah Anwar

Difahamkan, Pua menawarkan gaji permulaan RM6,000 untuk graduan baharu, manakala gaji bagi jurutera berpengalaman pula mencecah lima angka.

Ia sebagai usaha mengelakkan lebih ramai bakat-bakat Malaysia berhijrah ke luar negara.

Kata Nurul Izzah, sasaran Pua adalah mahu membawa syarikat ini ke penyenaraian IPO menjelang tahun 2028.

“Inilah kisah seorang anak bangsa yang pulang membawa harapan. Harapan untuk menjadikan Malaysia bukan sekadar pengguna teknologi, tetapi pencipta masa depan.

“Sebuah impian yang bermula di Sekinchan dan kini sedang membina sejarah untuk negara,” kongsinya di platform berkenaan.

Sumber: Facebook Nurul Izzah Anwar