Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Pindaan PPKB gas lpg
Gambar: Bernama

Peniaga Boleh Terus Guna Gas LPG Subsidi Sehingga Pindaan PPKB Dimuktamadkan – Armizan

Iqbal Yasir

Peniaga Boleh Terus Guna Gas LPG Subsidi Sehingga Pindaan PPKB Dimuktamadkan – Armizan

PUTRAJAYA, 5 Jun (Bernama) — Peniaga mikro dan kecil dalam sektor makanan serta minuman dibenarkan terus menggunakan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi tanpa perlu memiliki permit khas sehingga pindaan baharu Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2021 dimuktamadkan Oktober ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata dalam tempoh peralihan itu,tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap golongan peniaga berkenaan.

“Malah, mereka dibenarkan memperoleh bekalan LPG bersubsidi seperti biasa walaupun tanpa permit, selagi pindaan belum dimuktamadkan,” katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini bersetuju dengan syor KPDN untuk meminda peraturan tersebut, yang mula dikuatkuasakan pada 15 Okt 2021 di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.

Katanya pindaan itu antara lain mengambil kira keperluan peniaga makanan dan minuman berskala kecil dan mikro secara bersasar, selain memastikan kejelasan undang-undang dalam aspek pematuhan serta penguatkuasaan.

Mengulas lanjut, Armizan berkata pindaan berkenaan dijangka dimuktamadkan sebaik sahaja Ops Gasak yang sedang dilaksanakan tamat pada 31 Okt ini.

BACA: Subsidi Tong Gas LPG: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan itu tetap diteruskan bagi membanteras ketirisan LPG seperti kegiatan ‘decanting’ haram dan penyalahgunaan oleh pihak industri.

“Laporan Ops Gasak ini akan dijadikan asas penting dalam penyediaan undang-undang lebih jelas, bersesuaian dan inklusif, khususnya melibatkan peniaga kecil yang menyediakan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata proses pindaan akan diselaraskan menerusi sebuah Jawatankuasa Teknikal yang ditubuhkan 1 Mei lalu dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDN serta melibatkan kementerian dan agensi berkaitan.

“Selain wakil kerajaan, kita turut libatkan pandangan pelbagai pihak berkepentingan. Malah, saya akan mengadakan sesi libat urus bersama 10 persatuan perniagaan makanan dan minuman esok.

“Kita alu-alukan sebarang cadangan agar pindaan ini benar-benar dapat diguna pakai secara menyeluruh dan memberi manfaat kepada golongan sasaran,” katanya.

Untuk rekod, peraturan PPKB (Pindaan) 2021 ketika ini menghadkan pemilikan dan penggunaan LPG bersubsidi melebihi 42 kilogram pada satu-satu masa tanpa Permit Barang Kawalan Berjadual.

Sumber: BERNAMA