Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
perkenal undang-undang baharu
Kredit: Bernama

Perkenal Undang-Undang Baharu Untuk AI Beroperasi Secara Bebas – PM Anwar

Azizah Najib

Perkenal Undang-Undang Baharu Untuk AI Beroperasi Secara Bebas – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) – Satu undang-undang baharu perlu diperkenalkan bagi membolehkan kecerdasan buatan (Al) beroperasi secara bebas tanpa tertakluk kepada undang-undang negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata walaupun undang-undang melindungi aspek kedaulatan sesebuah negara, penggubalan undang-undang baharu itu diperlukan bagi tujuan transformasi teknologi baharu.

“Jika kita mahu menggunapakai Al, maka kita tidak boleh memikirkan kedaulatan dalam bentuk pemikiran lama,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian pada sesi Forum Ekonomi ASEAN-GCC 2025 bertemakan “The Intelligent Grid: Building Bridges Through Sovereign Al Collaboration” anjuran Fortune di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun beberapa negara-negara ASEAN dan GCC baru memulakan libat urus dengan Malaysia, sudah wujud asas kukuh dari segi kesepakatan bersama membabitkan isu-isu penting

BACA JUGA: Kepengerusian ASEAN Malaysia Dipuji, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 Berakhir Dengan Gemilang

“Ini termasuk tadbir urus, hubungan antarabangsa dan penerimaan teknologi baharu seperti transformasi digital dan tenaga alternatif.

“Apabila anda mempunyai pemimpin yang berfikiran sama, menggalakkan teknologi baharu dan perubahan, sebarang pencapaian ini tidak dapat dijayakan jika kita tiada asas kepercayaan antara satu sama lain,” kata beliau.

Pendirian sedemikian penting dalam menggalakkan kerjasama sempadan yang menyaksikan penglibatan ASEAN dan GCC dapat meyakinkan China untuk turut serta dalam perkara tertentu.

Asas sedemikian juga, kata Anwar, disokong oleh hakikat ASEAN yang secara relatifnya merupakan antara rantau paling aman di dunia selain statusnya sebagai ekonomi paling pesat berkembang manakala GCC pula terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan dalam bidang tenaga boleh baharu, transformasi digital dan Al.

“Tiada gunanya semua ini seperti menganjurkan persidangan antarabangsa jika kita tidak dapat meyakinkan pasukan untuk mengemukakan perjanjian yang amat bermakna.

“Oleh itu, izinkan saya berkongsi rasa puas hati terhadap hasil kerjasama yang membuktikan kejayaan mampu dicapai dengan berlandaskan kerjasama antara kerajaan, industri serta komuniti perniagaan,” kata beliau.

Pada masa sama, Perdana Menteri turut mengingatkan dalam senario landskap global yang berubah, kebimbangan yang ada asasnya tidak boleh diketepikan kerana turut menyentuh aspek nilai, kepercayaan, keperibadian, pemahaman sejarah dan identiti kebangsaan.

Beliau juga menyifatkan sistem politik global semasa sebagai mengalami “defisit nilai” dan menggesa agar sebarang teknologi baharu tidak diterima secara melulu tanpa mengutamakan asas etikanya.

“Dalam soal Al misalnya, kita tidak boleh mengelaknya tetapi pada masa sama perlu memastikannya tidak melenyapkan maruah kemanusiaan dan keadilan,” kata Anwar.

Perdana Menteri turut menekankan kepentingan pendidikan dan pemikiran kritikal sebagai teras dalam usaha memperkasa pelbagai perspektif.

Merujuk sejarah perjuangan ketika Revolusi Perindustrian, beliau mengingatkan mengenai kesan bahaya mengulangi kesilapan lampau yang hanya menjejaskan nilai kemanusiaan.

“Kita perlu menyokong teknologi baharu dan Al sambil bertindak menangani kesilapan asas yang boleh memburukkan keadaan,” kata beliau.

Anwar mengakhiri perkongsian beliau dengan menyifatkan krisis kemanusiaan di Gaza sebagai bukti jelas kegagalan kecanggihan teknologi dalam mempertahankan nilai dan maruah kemanusiaan.

“Di sebalik semua teknologi baharu dan Al, kita masih gagal merungkai persoalan asas: Apakah erti sebenar menjadi seorang manusia,” kata Perdana Menteri.

Sumber: Bernama