Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ASEAN Malaysia Dipuji
Gambar: BERNAMA

Kepengerusian ASEAN Malaysia Dipuji, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 Berakhir Dengan Gemilang

Hannah

Kepengerusian ASEAN Malaysia Dipuji, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 Berakhir Dengan Gemilang

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan telah sampai ke penghujungnya malam ini, dengan pemimpin pelbagai negara yang hadir terlibat dalam perbincangan strategik bagi memajukan integrasi serantau dan meneruskan diplomasi peringkat tinggi untuk menangani masalah yang dihadapi di rantau ini termasuk krisis di Myanmar.

Dalam perbincangan yang merangkumi pelbagai isu, pemimpin-pemimpin ASEAN memuji Perdana Menteri Datuk seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan bijak beliau sebagai Pengerusi ASEAN untuk 2025.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dipuji bukan sahaja oleh rakan pemimpin ASEAN, tetapi rakan sejawatannya dari Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China, kerana mengetuai rundingan sidang kemuncak ketika mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2, dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat julung kalinya.

Sidang kemuncak itu juga menjadi platform bagi ASEAN untuk melanjutkan penglibatannya melangkaui perkara dalaman. Para pemimpin mengambil kesempatan untuk membincangkan kesan buruk daripada pengenaan tarif Amerika Syarikat ke atas 168 negara, termasuk ke atas anggota ASEAN.

Bagi mengatasi kesan buruk levi import oleh Amerika Syarikat, mereka bersetuju untuk meningkatkan daya tahan serantau dengan memanfaatkan kekuatan satu sama lain, dan memperkukuhkan ekonomi mereka melalui perdagangan dan pelaburan yang lebih besar dan membentuk hubungan komersial dengan kumpulan lain.

BACA: Semangat Kepusatan, Persaudaraan Bantu ASEAN Hadapi Cabaran Secara Bersama – PM Anwar

“Pada 2023 GCC merupakan rakan dagangan ketujuh terbesar ASEAN dengan jumlah perdagangan mencecah USD130.7 bilion manakala pelaburan juga berkembang, mencerminkan keyakinan terhadap prospek jangka panjang kita,” kata Anwar dalam ucapan pembukaannya semasa sidang kemuncak ASEAN-GCC.

Satu lagi pencapaian hebat pada sidang kemuncak ASEAN ini ialah penerimaan “Deklarasi Kuala Lumpur mengenai ASEAN 2045: Masa Depan Bersama” yang menggariskan visi jangka panjang blok itu untuk ASEAN yang berdaya tahan, inklusif dan berpaksikan rakyat.

“Pengisytiharan ini adalah titik permulaan yang penting dalam perjalanan ASEAN. Integrasi serantau mestilah berpaksikan rakyat yang tulen – ini bermakna merapatkan jurang pembangunan, meningkatkan taraf hidup, dan melabur dalam potensi manusia, seluruh rakyat kita,” kata Perdana Menteri dalam ucaptamanya.

Bagi menyokong wawasan itu, Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026–2030 turut diterima pakai. Ia menggariskan enam matlamat strategik, 44 objektif dan 192 langkah, direka untuk memacu integrasi dan membina daya tahan terhadap kejutan luaran.

Di luar geopolitik dan strategi ekonomi, pemimpin ASEAN turut menangani krisis kemanusiaan di Gaza.

BACA: Timor-Leste Dijangka Menjadi Anggota Penuh ASEAN Menjelang Oktober – Anwar

Presiden Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) Tan Sri Dr Johari Abdul dilaporkan berkata blok itu tidak berdiam diri dalam isu penderitaan penduduk Palestin di Gaza.

“Kami menggesa agar keganasan di Gaza dihentikan, wujudkan gencatan senjata, bantuan kemanusiaan tanpa halangan, dan penamatan genosid. Ini adalah konsensus dalam kalangan semua pemimpin ASEAN,” katanya sebagai menjawab kritikan yang mendakwa tidak banyak tindakan dilaksanakan.

Sidang kemuncak itu juga mengesahkan sokongan ASEAN untuk keahlian penuh Timor-Leste, mungkin menjelang Oktober ini, mengiktiraf kemajuan berterusan negara itu dalam melaksanakan pelan hala tujunya.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto turut menyatakan sokongan terhadap aspirasi Papua New Guinea untuk menyertai blok itu pada masa hadapan.

Sementara itu Menteri-menteri Ekonomi ASEAN memuktamadkan rundingan bagi peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) yang disemak semula, yang kedua-duanya dijangka ditandatangani pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur Oktober ini.

“Pencapaian ini akan berfungsi sebagai pelaksana penting bagi pertumbuhan mampan dan daya saing ASEAN,” kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz selepas pakatan ditandatangani.

BACA: Ekonomi ASEAN Dijangka Berkembang Pada 4.7 Peratus Pada 2025 – Tengku Zafrul

Sementara itu Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. menekankan peranan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dalam merapatkan jurang pembangunan, khususnya dalam perhubungan, perdagangan, keselamatan tenaga dan pembangunan hijau.

Menteri-menteri Luar ASEAN juga menerima pakai draf Adendum kepada Perjanjian mengenai Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ), menandakan satu lagi langkah ke hadapan dalam proses penyertaan Timor-Leste.

Mereka juga menerima pakai Garis Panduan untuk Memudahkan Penyertaan Timor-Leste kepada Instrumen dan Perjanjian Perundangan ASEAN, menggariskan komitmen ASEAN untuk menyokong keahlian penuh negara itu.

Dalam langkah penting untuk kerjasama tenaga serantau, syarikat tenaga dari Malaysia, Singapura dan Vietnam menandatangani perjanjian pembangunan bersama untuk meneroka eksport elektrik boleh diperbaharui dari Vietnam ke Malaysia dan Singapura.

Perjanjian itu menandakan komitmen yang semakin meningkat kepada penyepaduan kuasa serantau dan penyahkarbonan melalui penyelesaian yang berdaya maju secara komersial.

BACA: Sidang Kemuncak ASEAN Bincang Isu Tarif AS Di Peringkat Bilateral – Amir Hamzah

Selain itu Malaysia, Indonesia dan Thailand menandatangani Rangka Kerja Kerjasama (FoC) dalam Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di bawah Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Ditandatangani di luar Sidang Kemuncak, FoC bertujuan untuk menyelaraskan pergerakan rentas sempadan barangan dan orang ramai dengan mempromosikan prosedur yang cekap dan mesra perniagaan.

Bagi krisis di Myanmar, perlu diingatkan bahawa kerja-kerja asas lebih awal telah pun dibuat oleh Anwar, yang mengadakan perbincangan dengan ketua tentera Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dan perbincangan maya dengan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Mahn Winn Khaing Thann di Bangkok bulan lepas.

Pada akhir sidang kemuncak ASEAN-GCC dan ASEAN-GCC-China, Anwar mengumumkan bahawa ASEAN merancang untuk melancarkan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan negara-negara GCC yang kaya dengan minyak.

“(Kami adakan) pertemuan pertama dua tahun lepas di Riyadh, Arab Saudi, yang lebih kepada formaliti untuk memperkenalkan program itu, dan kami melalui beberapa bidang kerjasama tertentu,” kata Anwar pada sidang media bersama.

Secara keseluruhannya, ia merupakan satu siri sidang kemuncak sangat berjaya yang membincangkan isu-isu serantau dan menjadikan Asia Tenggara destinasi menarik untuk perdagangan dan pelaburan.

Sidang kemuncak ke-47 akan diadakan pada Oktober di Kuala Lumpur sekali lagi, dipengerusikan oleh Malaysia.

BACA: Sekretariat ASEAN Iltizam Laksana Sidang Kemuncak Lebih Bermutu Oktober Ini

Sumber: BERNAMA