Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Siapa sangka, minat membina model kapal terbang sejak kecil seperti menyusun blok LEGO atau membongkar alat elektronik, sebenarnya boleh berkembang menjadi kerjaya sebenar dalam bidang aeroengineering.
Demikian kisah seorang pemuda bernama Akmal (bukan nama sebenar), yang tidak menyangka minat kecilnya boleh menjadi titik tolak kerjayanya pada masa akan datang.
Waktu kecil, Akmal bukan seperti budak lain yang gemar bermain bola. Sebaliknya, dia lebih suka duduk bersila di lantai ruang tamu, tekun menyusun blok LEGO menjadi bentuk kapal terbang.
Bila meningkat remaja, dia mula geledah stor rumah untuk cari barang elektronik lama pula. Bukan untuk main, tapi untuk dilerai dan dipelajari. Pernah juga dimarahi sebab cuba leraikan oven si ibu yang masih berfungsi.
“Aku ingat lagi dulu, masa darjah tiga, aku selalu tunggu abah balik kerja. Sebab abah selalu bawa balik kotak untuk aku buat mainan. Kotak tu lah yang aku guna buat sayap kapal terbang. Gunting, gam, lekat.
Lepastu aku beralih guna LEGO. Tiap minggu aku cuba buat kapal terbang baru, berangan jadi engineer. Kadang bentuk pelik, kadang tak boleh berdiri pun..
Bila dah besar, aku ada hobi baru leraikan komponen elektrik. Curious punya pasal nak tengok macam mana barang tu berfungsi. Sekali tu, kena kejar satu rumah sebab try lerai microwave mak. Ingatkan dah taknak guna sebab mak buat simpan barang je dalam tu.. haha.. Ampun mak.”
Masa form 5, cikgu ada sebut pasal TVET dalam bidang aeroangkasa. Terus aku teringat hobi lama. Lepas cari kat Internet, baru tahu ada program Teknologi Pembuatan Aeroangkasa dekat UniKL MIAT. Aku mohon, dan alhamdulillah diterima.
“Saya belajar benda yang saya memang minat. Dan saya tahu, kalau saya teruskan, saya akan jadi sebahagian daripada industri besar negara.”
Kini di tahun dua diploma, Akmal menyifatkan minatnya suatu ketika dahulu adalah langkah kecil menuju impian besar sebagai jurutera aeroangkasa.
Dengan pelaksanaan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 (MAIB 2030), Malaysia komited melahirkan lebih ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang aeroengineering. Hal ini termasuklah jurutera pesawat, juruteknik avionik serta pakar dalam penyelenggaraan dan pengeluaran komponen pesawat.
Antara matlamat utama MAIB 2030 ialah:
Menjadikan Malaysia hab utama industri aeroangkasa Asia Tenggara menjelang 2030
Mewujudkan 32,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi
Meningkatkan nilai pasaran industri kepada lebih RM55 bilion setahun
Namun, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia hanya menghasilkan kira-kira 6,000 jurutera setahun, jauh lebih rendah daripada keperluan sebenar.
Menyedari hakikat ini, kerajaan kini memperkukuh laluan pendidikan teknikal melalui TVET, Politeknik, Kolej Vokasional dan institusi seperti UniKL MIAT, yang menawarkan kursus khusus dalam bidang:
Penyelenggaraan pesawat (MRO)
Teknologi Pembuatan Aeroangkasa
Avionik & Elektronik Penerbangan
Struktur & Komposit
Malah, lima MoA strategik telah dimeterai antara UniKL MIAT dan syarikat utama seperti Galaxy Aerospace, Aerostar Technologies, Global Turbine Asia dan Pen Aviation, membolehkan pelajar menjalani latihan industri secara langsung dalam persekitaran sebenar.

Bagi mencapai visi itu, Malaysia Aerospace Centre of Excellence (MyAERO Centre), yang diterajui oleh NAICO Malaysia telah ditubuhkan untuk memperkukuh ekosistem aeroangkasa negara.
Tumpuan utama MyAERO Centre meliputi tiga bidang utama, iaitu pembangunan ekosistem industri, penyelidikan dan teknologi (R&T), serta pembangunan bakat. Antara inisiatif strategik yang sedang dijalankan termasuklah Program Iltizam Usaha Insan yang dibiayai melalui Belanjawan MADANI 2025, yang menjadi bukti komitmen pusat ini dalam melahirkan tenaga mahir untuk masa depan industri aeroangkasa negara.
Kalau anak korang minat membina, mencipta, atau gemar teknologi, jangan abaikan potensi itu.
Dalam dunia hari ini, minat kecil seperti bermain LEGO atau membongkar barang elektronik boleh menjadi pintu masuk kepada kerjaya hebat dalam bidang aeroangkasa.
Dengan peluang yang terbuka luas dan sokongan daripada kerajaan melalui MAIB 2030, anak muda Malaysia kini mampu terbang lebih tinggi.
Malaysia sedang membuka peluang, ibu bapa dan anak muda hanya perlu berani menyambutnya.