Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Pelukis OKU
Kredit: Siakap Keli
Tiada Kategori

Pernah Disuruh Minta Sedekah, Pelukis OKU Buktikan Mampu Berdikari Cari Rezeki 

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pernah Disuruh Minta Sedekah, Pelukis OKU Buktikan Mampu Berdikari Cari Rezeki

Setiap apa yang diciptakan olehNya mempunyai kelebihan tersendiri, walaupun nampak serba kekurangan di mata manusia.

Sama apabila kita melihat Orang Kurang Upaya (OKU) yang berbeza dari orang normal. Namun, setiap dari mereka juga mempunyai keistimewaan dan kekuatan yang luar biasa sehingga mampu meletakkan diri sama tinggi dengan orang normal.

Walau bagaimanapun, ada segelintir individu yang masih memandang rendah terhadap golongan ini.

Mereka beranggapan bahawa golongan OKU tidak boleh berdikari dan memerlukan bantuan ataupun sokongan untuk melakukan suatu pekerjaan.

Dalam segmen ‘Ini Kisah Aku’ kali ini, Siakap Keli telah menemubual seorang pelukis istimewa yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan dan mengalami masalah tulang belakang, namun berjaya mengatasi kekurangan diri.

Berhijrah ke Kuala Lumpur ketika berumur 18 tahun

Mohd Khairuddin Bin Che Rani, 34 tahun, berasal dari Kelantan mempunyai kelebihan melukis dengan hanya menggunakan kaki dan mulut.

Beliau telah menetap di Kuala Lumpur selama 14 tahun dan berpindah ke negeri Kedah selepas mendirikan rumah tangga. Difahamkan, beliau mula berhijrah ke bandar raya ini selepas berumur 18 tahun dan mendapat latihan secara formal di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi.

Mohd Khairudin yang juga bapa kepada seorang anak berkata, beliau telah menyertai syarikat Mouth & Foot Painting Artist (MFPA) sehingga ke hari ini.

Kredit: Siakap Keli

“Sebelum saya jadi seorang pelukis, saya pernah berniaga, melukis lukisan seni abstrak dan pemandangan di tepi jalan, melakukan kerja-kerja di kampung dan pelbagai lagi

“Saya berminat melukis sejak di bangku sekolah rendah, namun saya tiada ilmu dalam bidang lukisan. Jadi, saya sambung belajar di PLPP Bangi dan saya belajar untuk menceburi bidang ini dengan lebih jauh,” ujarnya.

MFPA beri peluang untuk mengembangkan bakat dalam seni lukisan

Sesungguhnya, Allah SWT sebaik-baiknya perancang kerana Dia mengaturkan sesuatu sesuai dengan kemampuan diri seseorang.

Mohd Khairudin berkata, ada seorang guru yang mempercayai bakatnya dan ingin mendaftarkan beliau di syarikat Mouth & Foot Painting Artist Sdn Bhd. Selepas dua tahun hadiri temuduga, beliau akhirnya lulus dan menyertai syarikat berkenaan secara rasmi pada tahun 2011.

Kredit: Siakap Keli

Untuk pengetahuan anda, syarikat MFPA merupakan organisasi antarabangsa yang menguruskan hasil karya pelukis dan ditubuhkan di setiap negara.

Selain itu, MFPA turut memberi peluang kepada Mohd Khairudin untuk menonjolkan bakatnya dalam seni lukisan dan membantu menjana kehidupan harian.

Mohd Khairudin pernah menyertai pameran di luar negara

“Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk menjadi seorang pelukis kerana ianya hanya minat sahaja. Alhamdullilah, ini merupakan rezeki yang bergolek.

“Saya banyak terlibat dalam pameran besar di universiti dan sekolah di Malaysia. Kemudian menyertai pameran di luar negara seperti Singapura dan Myanmar sejak beberapa tahun lalu.

Pelukis OKU
Kredit: Siakap Keli

“Lukisan yang dihasilkan merupakan naluri dalam diri sendiri dan saya menjadikan lukisan daripada pelukis yang lebih berpengalaman sebagai satu inspirasi. Dari situlah karya saya terhasil,” jelasnya dalam temubual.

Sebanyak 90 hingga 100 keping lukisan telah terjual

Dalam pada itu, beliau menjadikan pelakon, pelawak, penyanyi, pelukis dan kartunis, Imuda sebagai inspirasi dalam bidang lukisan.

Usaha dan penat lelah Mohd Khairudin membuahkan hasil apabila karya miliknya telah terjual kira-kira 90 hingga 100 keping di dalam dan di luar negara. Ketika ditanya mengenai harga sekeping lukisan, beliau memberitahu ianya dijual dengan harga RM 1,000 hingga RM 5,000.

Di samping itu, beliau turut membuktikan keupayaan diri dalam melakukan aktiviti sukan, memandu kereta yang tidak diubah suai dan pernah menyertai sukan Paralimpik pada tahun 2013.

Cabaran yang dihadapi oleh Mohd Khairuddin

Kronologi kehidupan beliau sungguh menyentuh perasaan kerana ada yang berpendapat insan istimewa sepertinya tidak mampu menghasilkan karya yang bagus.

Bagi Mohd Khairudin, cabaran terbesar baginya adalah kecaman dari orang ramai apabila menjadi seorang pelukis yang hanya menggunakan kaki, bahkan ada yang mengatakan tiada siapa mahu membeli lukisan yang dihasilnya.

“Saya ambil semua cabaran dan kecaman sebagai satu kekuatan untuk terus menghasilkan karya dan berjaya.

“Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan ibu bapa saya dapat atasi kekurangan diri.

“Kini saya boleh membeli kenderaan sendiri, menyara isteri serta anak daripada hasil jualan lukisan. Saya juga mempunyai pendapatan sendiri yang dibayar setiap bulan,” jelasnya.

Kredit: Siakap Keli

Dalam pada itu, terdapat individu yang memandang rendah dengan fizikalnya yang lahir tanpa kedua-dua belah tangan.

“Ada sesetengah orang mempertikaikan kenapa saya masih bersekolah dan mereka berpendapat meminta sedekah lebih bagus dari belajar.

“Bagi mereka tiada guna masih bersekolah kerana saya tidak dapat menjadi seorang guru atau doktor.

“Sedangkan saya dilahir tanpa tangan bukannya tanpa akal dan saya boleh berfikir dengan waras. Saya tak akan jadikan kelemahan ini untuk meraih simpati dari orang lain,” ujarnya yang tidak pernah melupakan kata-kata pahit itu.

Beliau mengimpikan untuk buka sebuah galeri seni sendiri

Baginya, lukisan adalah medan untuk ‘meluahkan’ perasaan dan ekspresi diri. Difahamkan, setiap hasil karya miliknya mempunyai tema tersendiri yang dilukis ketika waktu sedih ataupun waktu gembira.

Sebelum ini, Mohd Khairudin tidak mempunyai impian untuk memiliki cahaya mata, namun dengan kuasaNya, beliau dikurniakan seorang anak dan isteri yang memahami.

Pelukis OKU
Kredit: Siakap Keli

Selain itu, impian beliau pastinya mempunyai galeri lukisan sendiri dan berdiri sebaris nama hebat pelukis negara.

“Kepada anda di luar sana, janganlah memandang rendah kepada golongan OKU. Di mata orang lain, mereka dilihat serba kekurangan, namun mereka mempunyai banyak lebihan yang diberikan oleh Allah SWT,” tambahnya lagi.

Nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kisah Mohd Khairudin, anda boleh tonton video di YouTube Siakap Keli di bawah ini.

BACA: Proses Pengebumian Lancar, Penggali Kubur Kongsi Kisah Jenazah Terasa Ringan Seperti Kapas