Utama

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar: Inisiatif Bantu B40
Isu kemiskinan bandar bukanlah perkara baharu malah ia terus menjadi cabaran utama negara dalam usaha memastikan kesejahteraan rakyat di kawasan berpenduduk padat.
Menyedari hal ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkenalkan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).
Program ini merupakan satu inisiatif berfokus untuk membantu keluarga B40 meningkatkan taraf hidup serta mengurangkan beban kewangan yang ditanggung.
Program ini bukan sekadar menyediakan tempat tinggal lebih selesa malah turut membuka peluang latihan kemahiran yang membolehkan peserta menjana pendapatan sendiri.
Ia juga selari dengan matlamat Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), Dasar Kemakmuran Bersama 2030 serta Agenda Pembangunan Mampan (SDG 2030).
Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan matlamat utama untuk meningkatkan kualiti hidup golongan B40 di kawasan bandar.
Program ini diwujudkan sebagai langkah menyeluruh bagi mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin bandar serta meningkatkan keupayaan mereka melalui bantuan perumahan dan peluang latihan kemahiran.
Dalam masa yang sama, PPKB turut menyokong sasaran nasional seperti Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), Dasar Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda Pembangunan Mampan (SDG 2030).
Apa yang menjadikan program ini lebih signifikan ialah ia bukan sekadar menyediakan rumah yang lebih selesa untuk komuniti B40 malah memberi tumpuan kepada usaha membina daya tahan ekonomi agar keluarga miskin bandar mampu keluar daripada kitaran kemiskinan secara berperingkat.
Tiga inisiatif utama dalam PPKB
PPKB bukan sekadar program bantuan kewangan semata-mata. Sebaliknya ia merangkumi pendekatan yang menyeluruh untuk memperbaiki kehidupan masyarakat bandar berpendapatan rendah.
Melalui tiga inisiatif utamanya, program ini memberi fokus kepada aspek tempat tinggal dan juga peluang ekonomi. Berikut adalah perincian bagi setiap inisiatif:
Ramai keluarga B40 di bandar masih tinggal di rumah lama yang serba kekurangan. Walaupun masih selamat untuk dihuni, keadaan rumah yang usang dan serba kekurangan menjejaskan keselesaan serta keselamatan penghuninya.
Menyedari hal ini, PPKB menyediakan bantuan khusus untuk membaik pulih rumah daif agar ia kekal layak diduduki dan lebih selesa untuk seisi keluarga.
Tujuan utama:
Memastikan kediaman sedia ada lebih selesa, selamat dan sesuai untuk diduduki.
Mengurangkan risiko bahaya akibat struktur rumah yang uzur.
Jumlah bantuan:
RM20,000 bagi pemohon di Semenanjung Malaysia.
RM15,000 bagi pemohon di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Syarat penting:
Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
Ketua Isi Rumah (KIR) perlu berdaftar dalam eKasih atau disahkan melalui fokus grup.
Rumah yang ingin dibaik pulih mestilah masih selamat untuk diduduki dan bukan dalam keadaan yang perlu dirobohkan sepenuhnya.
Dengan adanya bantuan ini, keluarga miskin bandar dapat menikmati kehidupan yang lebih bermaruah tanpa perlu berpindah keluar dari kawasan tempat tinggal mereka.
Bagi mereka yang rumahnya tidak lagi sesuai didiami kerana terlalu daif, PPKB menyediakan alternatif yang lebih menyeluruh iaitu pembinaan rumah baharu melalui Program Rumah Sejahtera.
Inisiatif ini membantu keluarga miskin bandar untuk memiliki kediaman yang lebih kukuh dan selesa di atas tanah sendiri.
Tujuan utama:
Memberikan peluang kepada golongan miskin bandar membina semula rumah baharu yang lebih selamat dan terjamin.
Menjamin kelestarian kediaman supaya keluarga tidak lagi hidup dalam keadaan tidak selesa atau berisiko.
Jumlah bantuan:
RM40,000 bagi pemohon di Semenanjung Malaysia.
RM50,000 bagi pemohon di Sabah, Sarawak & WP Labuan.
Skim terkini 2025: Jumlah bantuan dinaikkan dengan signifikan kepada RM85,000 – RM90,000, membolehkan pembinaan rumah baharu yang lebih berkualiti.
Syarat penting:
Pemohon mesti memiliki tanah sendiri atau mendapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik tapak.
Status miskin perlu disahkan melalui eKasih atau fokus grup.
Kenaikan jumlah bantuan pada tahun 2025 ini memberi peluang kepada penerima untuk memiliki rumah yang lebih selesa, lebih luas dan mampu bertahan lama setanding dengan standard kediaman semasa.
Bantuan perumahan sahaja tidak mencukupi untuk memastikan keluarga keluar daripada kitaran kemiskinan. Atas sebab itu, PPKB turut melaksanakan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran, minda dan keusahawanan.
Tujuan utama:
Membantu peserta menjana pendapatan tambahan atau memulakan perniagaan kecil.
Memberikan kemahiran baru supaya penerima bantuan tidak hanya bergantung kepada subsidi kerajaan sebaliknya mampu berdikari.
Bidang latihan:
Kemahiran teknikal dan vokasional seperti kimpalan, jahitan, bakeri, dandanan rambut, salon dan lain-lain.
Pembangunan minda dan bina upaya yang bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan daya saing.
Celik kewangan dan pemasaran bagi membolehkan peserta tahu cara untuk mengurus pendapatan, menabung dan mengembangkan perniagaan.
Syarat penting:
Terbuka kepada Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) berumur 18 hingga 60 tahun.
Mestilah warganegara Malaysia dengan status miskin disahkan dalam eKasih.
Pelajar IPT tidak layak untuk menyertai program ini.
PEKB menjadi satu platform penting untuk membina daya tahan ekonomi komuniti bandar. Peserta yang mengikuti latihan ini berpeluang untuk menambah pendapatan keluarga sekaligus keluar daripada kitaran kemiskinan.
BACA : Trik Nak Buat Pencahayaan Rumah Nampak Lebih Mewah & “Cozy”
Syarat Kelayakan PPKB
Warganegara Malaysia
Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) berstatus miskin dalam sistem eKasih atau disahkan melalui fokus group
Rumah masih boleh dibaik pulih (untuk Program Baik Pulih Rumah)
Mempunyai tanah milik sendiri atau mendapat kebenaran bertulis daripada pemilik tapak (untuk Rumah Sejahtera)
Umur antara 18–60 tahun (untuk program latihan PEKB)
Pelajar IPT tidak layak memohon
Cara Memohon Program PPKB
Bagi yang berminat, proses permohonan cukup mudah. Berikut langkah ringkas yang boleh diikuti:
Daftar dan sahkan status dalam eKasih
Pastikan nama anda atau isi rumah berdaftar dalam sistem eKasih sebagai penerima layak.
Rujuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Dapatkan borang permohonan dan semak syarat terkini melalui PBT berdekatan.
Contohnya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuka permohonan untuk baik pulih dan bina rumah baharu bagi tahun 2025.
Lengkapkan borang dan sediakan dokumen sokongan
Salinan kad pengenalan, bukti pemilikan tanah (jika bina rumah baharu) dan pengesahan status eKasih diperlukan.
Hantar permohonan dan tunggu semakan
Pihak PBT atau agensi pelaksana akan melakukan lawatan tapak serta semakan kelayakan sebelum kelulusan diberi.
Secara keseluruhannya, Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) merupakan usaha penting kerajaan dalam menangani isu kemiskinan bandar secara holistik.
Dengan gabungan bantuan perumahan dan peluang menjana pendapatan melalui latihan kemahiran, ia memberi sinar harapan baharu kepada golongan B40 untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.
Sumber : KPKT