Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Rawat Luka Lecur, Ketahui Fakta Menarik Tentang Kulit Ikan Tilapia
Siapa sangka, ikan Tilapia yang menjadi sumber makanan ini menjadi harapan baharu dalam dunia perubatan.
Difahamkan, kulit ikan ini digunakan dalam merawat luka lecur.
Bagi sesetengah orang, penggunaan kulit ikan ini mungkin kedengaran pelik, namun dalam satu penyelidikan membuktikan bahawa kulit ikan tilapia memiliki potensi besar untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
Sehubungan itu, SK hari ini akan berkongsikan bagaimana kulit ikan berfungsi untuk merawat luka lecur menurut laporan National Library Of Medicine di bawah.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kulit ikan Tilapia Nil atau nama saintifiknya Oreochromis niloticus mempunyai beberapa ciri yang menjadikannya sangat sesuai untuk rawatan luka melecur atas beberapa faktor.
Kandungan Kolagen yang Tinggi
Kulit tilapia ini kaya dengan kolagen jenis I, iaitu protein penting dalam pembentukan tisu kulit baharu. Kolagen ini membantu dalam merangsang pertumbuhan sel, mempercepatkan proses regenerasi kulit dan mengurangkan risiko parut.
Kulit Hampir Seperti Manusia
Dari segi morfologi dan ketebalan, kulit tilapia Nil sangat mirip dengan kulit manusia, menjadikannya sesuai untuk digunakan sebagai xenograft, pemindahan tisu daripada spesies lain.
Ia membantu melindungi luka, mengekalkan kelembapan dan memberi ruang kepada sel-sel kulit pesakit untuk tumbuh semula di bawahnya.
Tidak Mengandungi Bakteria Berbahaya
Kajian mendapati bahawa kulit tilapia yang telah disterilkan tidak mengandungi mikroorganisma berbahaya. Ia selamat digunakan dan tidak menyebabkan jangkitan pada luka.
Tidak Perlu Dibalut Kerap
Kulit ikan Tilapia melekat dengan baik pada permukaan luka, membolehkan ia kekal di tempatnya tanpa perlu ditukar setiap hari. Ini bukan sahaja mengurangkan kesakitan pesakit, tetapi juga mengurangkan beban kerja petugas kesihatan.
https://www.facebook.com/reel/1017390070507057
Dalam satu kajian yang dilakukan di Brazil melibatkan seorang pesakit lelaki berusia 23 tahun yang mengalami luka melecur akibat letupan serbuk senapang.
Kulit tilapia digunakan pada kedua-dua belah lengannya yang mengalami luka.
Hasilnya, luka sembuh sepenuhnya dalam masa 12 dan 17 hari tanpa sebarang kesan sampingan, dan tanpa perlu dibalut sepanjang tempoh rawatan.
Sumber: National Library Of Medicine