Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
repot polis langgar lari motosikal
Kredit: Twitter

Tak Perlu Buat Repot Polis Bila Kena Langgar Lari Dengan Motosikal? Anda Silap Sebenarnya

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Tak Perlu Buat Repot Polis Bila Kena Langgar Lari Dengan Motosikal? Anda Silap Sebenarnya

Kemalangan adalah perkara yang mahu dielakkan oleh semua pengguna jalan raya. Namun begitu, malang tidak berbau dan apa sahaja boleh berlaku walaupun kita semua sudah pun mematuhi undang-undang jalan raya dengan sebaiknya.

Adakalanya, kemalangan yang terjadi bukan berpunca daripada kita, misalnya ketika dilanggar dari belakang oleh kenderaan yang dipandu laju.

Contohnya, dilanggar motorsikal yang mungkin sedang berlumba di jalan raya. Bagi kes-kes yang melibatkan kenderaan kecil ini, ramai yang tidak membuat laporan polis kerana menyangka ia merupakan satu tindakan yang tidak berbaloi.

Namun sebenarnya, tindakan tersebut menyebabkan anda berdepan dengan beberapa risiko.

Menurut perkongsian Carput (@carputapp) menerusi laman Twitter, terdapat beberapa sebab mengapa orang ramai sering ‘melepaskan’ pesalah yang menunggang motosikal begitu sahaja.

Antaranya, pemilik kereta merasakan tidak dapat menuntut insurans daripada motorsikal ataupun gagal mengesan nombor pendaftaran kenderaan tersebut.

Sebab pemilik kereta tidak mahu buat repot polis selepas kenderaan kena langgar lari motosikal

1. Pemilik kereta tidak dapat menuntut insurans

Pertama sekali, Carput menjawab persoalan mengenai ‘Betul ke jika kerat dilanggar dengan motosikal, pemilik kereta langsung tidak boleh menuntut insurans motosikal penunggang terbabit’?

Carput menjelaskan bahawa tuntutan insurans dari motosikal bukanlah tidak boleh dituntut langsung.

“Tetapi, bagi membolehkan anda menuntut insurans dari pihak ketiga (motosikal), anda kena buktikan yang mereka adalah pesalah.

“Sebab pemilik motosikal akan memiliki versi cerita mereka yang tersendiri. Anda sebagai pemandu pun akan ada cerita bagi versi anda.” katanya.

Diingatkan bahawa, tidak semua pemilik kereta memiliki kamera papan pemuka (dashcam), apatah lagi dashcam pada bahagian belakang.

Ketiadaan peranti ini menyebabkan proses untuk menentukan siapa yang salah atau sebaliknya menjadi rumit dan kompleks.

Maka, pihak yang akan menentukan siapa yang bersalah atau sebaliknya adalah pihak polis. Pihak berkenaan akan mendengar kenyataan dari kedua-dua pihak dan membuat kata putus melaluinya.

Kebiasaannya, pemilik kereta akan dipersalahkan. Lebih mendukacitakan, sudahlah dikatakan bersalah, pemilik kenderaan akan dikenakan saman trafik sebanyak RM300.

Oleh sebab itu, ramai pemilik kenderaan tidak membuat laporan polis dan ‘membiarkan’ kes dan kereta remuk begitu sahaja.

Jika pemilik kenderaan ingin melawan kerana yakin berada di pihak yang benar, kes berkenaan perlu dibawa ke mahkamah.

Ini yang menjadikan proses semakin lama dan memakan kos yang agak tinggi, jadi ramai yang tidak mahu membuang masa.

2. Tidak berjaya memperoleh nombor pendaftaran motosikal

“Report pun bukan boleh buat apa. Buang masa saja lah,” begitulah kata-kata yang sering diungkapkan oleh pemilik kenderaan yang gagal mendapatkan nombor pendaftaran motosikal berkenaan.

Mereka menganggap, tanpa nombor pendaftaran motosikal yang melanggar kenderaannya, laporan polis yang dibuat tidak dapat mendatangkan apa-apa makna yang signifikan.

Sebenarnya, anda silap. Orang yang melanggar lari kereta anda boleh ‘mengambil kesempatan’ dan memanipulasi keadaan anda

Bagi kedua-dua kes, adalah lebih balik bagi pemilik kereta untuk pergi membuat laporan polis bagi melaporkan kes berkenaan.

Hal ini bukanlah untuk menuntut insurans dari pesalah, tatapi adalah untuk melindungi insurans kereta anda sendiri.

Tahukah anda bahawa pihak yang melanggar kereta anda boleh membuat laporan polis dan menceritakan versi ceritanya untuk menuntut insurans kenderaan anda?

Jika salah satu pihak datang membuat laporan, manakala salah satu pihak lagi ‘menghilang’, pihak polis akan cenderung mempercayai pihak yang mana?

Tahu-tahu bila tahun depan, anda hendak memperbaharui insurans kenderaan anda, tiba-tiba NCD (No Claim Discount) kembali ke paras 0 peratus.

Sudahlah kereta kena langgar, keluar duit sendiri nak baiki. Tak pasal-pasal, NCD kembali ke paras 0 peratus pula. Nasib anda sebagai pemilik kereta boleh diibaratkan sebagai bagai jatuh ditimpa tangga.

Inilah sebab penting mengapa anda perlu membuat laporan polis dalam masa 24 jam selepas insiden tersebut berlaku.

Bagi laporan polis ini, anda tidak perlu mengemukakan keterangan pesalah secara terperinci. Selepas membuat laporan polis, anda boleh terus memaklumkan syarikat insurans anda mengenai insiden terbabit.

Tidak kisahlah apa-apapun cara, sama ada telefon atau e-mel asalkan pihak insurans anda maklum berkenaan insiden terbabit.

Jadi, jika tiba-tiba pesalah tersebut ingin menuntut insurans kereta anda (sudah semestinya tanpa rasa bersalah dan segan silu), syarikat insurans anda boleh flag dan dispute permohonan tersebut.

Maka, anda tidak akan kehilangan nilai NCD secara mengejut. Namun, jika anda masih ingin menuntut insurans motosikal, ia merupakan satu tindakan yang agak kurang berbaloi.

Hal ini disebabkan, insurans motosikal tidak dapat memberikan bayaran setimpal dengan jumlah kerosakan yang dialami kereta tersebut.

Namun, jika pesalah dapat menuntut insurans kereta, pemilik kenderaan tersebut terpaksa menanggung keperitan untuk mengembalikan NCD ke paras 55 peratus.

Ini boleh menyebabkan, pemilik kereta rugi dalam beribu-ribu ringgit. Oleh sebab itu, anda perlu bergegas ke balai polis dalam masa 24 jam selepas insiden terbabit.

Proses membuat laporan polis ini tidak memakan masa yang lama pun, kira-kira 15 minit sahaja. Ini lebih berbaloi daripada menanggung kerugian akibat seseorang yang tidak bertanggungjawab menuntut insurans kenderaan anda.

BACA: Tak Payah Bawa Kunci, Peranti Canggih Untuk Pasang Kat Pintu Rumah, Siap 7 Cara Nak Buka Pintu

Sumber: carputapp via Twitter