Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Thailand Catat Hampir 375,000 Kes COVID-19 Tahun Ini

Iqbal Yasir
thailand kes covid-19 tahun ini
Gambar: Bangkok Post

Thailand Catat Hampir 375,000 Kes COVID-19 Tahun Ini

BANGKOK — Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) Thailand melaporkan hampir 375,000 kes jangkitan COVID-19 di seluruh negara setakat tahun ini, dengan 84 kematian disahkan.

Menurut Biro Epidemiologi DDC, sebanyak 23,352 kes baharu direkodkan setakat Khamis. Daripada jumlah itu, 22,399 pesakit menerima rawatan sebagai pesakit luar manakala 953 lagi dimasukkan ke hospital.

Bangkok mencatatkan jumlah jangkitan baharu tertinggi dengan 9,193 kes, diikuti Rayong (1,088), Nonthaburi (729), Sa Kaeo (665), dan Chon Buri (611).

Kumpulan umur paling banyak direkodkan ialah 30 hingga 39 tahun dengan 4,836 kes, diikuti oleh mereka yang berumur 20 hingga 29 tahun (4,514 kes), dan warga emas berumur 60 tahun ke atas (4,043 kes).

Biro itu turut memaklumkan berlaku peningkatan ketara dalam jangkitan antara minggu ke-16 hingga minggu ke-22 tahun 2025, dengan lebih 80,000 kes baharu dilaporkan dalam tempoh tersebut.

Sementara itu, Dr Thira Woratanarat dari Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn menyuarakan kebimbangan di Facebook mengenai keadaan COVID-19 yang semakin memburuk di Thailand.

Beliau menjelaskan bahawa bilangan kes, kemasukan ke hospital dan kematian akibat COVID-19 ketika ini telah melebihi angka penyakit selesema bermusim.

Setakat pagi Khamis, Thailand mencatatkan 353,258 kes selesema bermusim dengan 33 kematian, berbanding 374,505 kes COVID-19 dan 84 kematian.

BACA: Calon Presiden Colombia Ditembak Ketika Berkempen

Dr Thira menyeru orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga susulan penularan wabak ini.

Sebelum ini, negara itu merekodkan peningkatan kepada 33,030 dalam satu minggu pada bulan Mei lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok.

DDC memaklumkan bahawa kes dicatat antara 11 hingga 17 Mei adalah lebih dua kali ganda berbanding 16,000 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Daripada jumlah itu, seramai 1,918 individu dimasukkan ke hospital, manakala dua kematian direkodkan masing-masing di wilayah Sukhothai dan Kanchanaburi, menurut media tempatan.

Bangkok mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 6,290, diikuti Chon Buri (2,573), Rayong (1,680), Nonthaburi (1,482), dan Samut Prakan (1,442).

Kebanyakan jangkitan melibatkan individu berumur antara 30 hingga 39 tahun.

Orang ramai dinasihatkan supaya memakai pelitup muka dan menjalani ujian kendiri (kit ATK) sekiranya mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak atau keletihan

Sumber: Bangkok Post

BACA: Kenyataan KPN Berhubung Dakwaan Sekatan Pergerakan Ke Atas Fahmi Reza