Utama

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Wanita Kongsi Detik Terakhir Sebelum Abah ‘Pergi’, Buat Ramai Sayu Hati
Insan bergelar “ibu” dan “ayah” ibarat hadiah terindah daripada Maha Pencipta, harta yang takkan ada galang ganti.
Ibu, dengan kasih sayangnya yang tak pernah habis, sentiasa ada untuk menjaga dan melindungi.
Ayah pula, dengan tegas dan kasih, mendidik kita dengan nasihat yang jadi bekalan hidup sampai ke hujung usia.
Buat seorang anak perempuan, ayah lebih daripada sekadar pelindung, malah ‘hero’ pertama dalam hidupnya.
Ayah adalah sahabat, tempat mengadu, bahu untuk bersandar saat dunia terasa menghimpit.
Walau tidak banyak berbicara tentang sayang, cintanya terasa dalam setiap tindakan.
Tapi, bayangkan jika semua itu tiba-tiba hilang. Sakit, kan?
Itulah yang dirasai oleh seorang wanita yang berkongsi detik terakhir bersama arwah ayahnya dalam sebuah video yang cukup menyentuh hati.
Dalam video berdurasi 20 saat itu, kelihatan si ayah sedang berbaring di atas katil hospital, ditemani anak-anaknya.
Walau dalam keadaan lemah, si ayah masih mampu mengucapkan kata-kata terakhir yang membuatkan ramai sayu hati.
Menerusi ruangan kapsyen, wanita berkenaan berkongsi bagaimana malam itu menjadi detik paling perit dalam hidupnya.
Malam itu, sebelum Abah dibawa masuk ke bilik pembedahan sekitar jam 9 malam, saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjaganya dan berada di sisi buat kali terakhir.
Dari jam 2 petang hingga ke 11 malam, saya bersama Abah. Saya juga meminta adik lelaki, Udin, datang lebih awal sebagai tanda sokongan kepada Abah, sekitar jam 8 lebih dia tiba.
Saya bersyukur sangat kerana berpeluang menjaga Abah buat kali terakhir. Saya lap badannya, tukarkan lampin pakai buang, sapukan vicks di dada dan belakang, serta mengurut seluruh badan termasuk kaki apabila Abah sendiri yang memintanya.
Badan Abah panas waktu itu, tetapi doktor memaklumkan tiada demam. Saya basahkan kain dan letakkan di kepala serta badannya. Waktu itu, saya nampak dia selesa, sebab dia tertidur. Ketika itu juga saya sendiri sedang demam, sejak 10 haribulan lagi, badan saya panas dan belum kebah.
Saya tiba di rumah sekitar jam 12 tengah malam. Niat di hati ingin tunggu Abah keluar dari bilik pembedahan, tetapi beliau masih belum keluar dan saya tidak larat, jadi saya pulang dalam jam 11 lebih. Sesampai di rumah, walaupun semuanya telah diselesaikan, saya masih tidak dapat tidur, hati rasa sangat tidak sedap. Sakit yang Abah alami kali ini lain daripada biasa. Saya terus-menerus menghantar mesej kepada adik bertanyakan keadaan Abah. Biasanya, waktu itu Abah sudah pun keluar dari bilik OT.
Sekitar jam 2 pagi, Abah akhirnya keluar. Menurut adik, keadaannya masih baik. Namun menjelang Subuh, Abah mula kelihatan sangat sakit, mungkin kesan ubat bius sudah habis. Abah mula menahan sakit dan menggunakan oksigen. Dalam jam 7 lebih, beliau sudah dipasangkan tiub dan adik memaklumkan bahawa Abah akan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Saya dan adik bongsu terus bersiap dan pergi ke hospital. Kami tiba sekitar jam 9:15 pagi dan ketika itu Abah masih belum dipindahkan ke ICU. Sekitar jam 9:24 pagi, saya duduk di sisi Abah, dan saya bisikkan di telinganya:
“Bah, kami datang. Bah, adik-beradik semua ada di sini. Bah kena kuat ya, Kakak ada sama-sama dengan Bah…”
Saya bacakan surah dan kalimah syahadah di telinga Abah, dan sempat juga memohon maaf buat kali terakhir:
“Abah, Kakak minta maaf, lillahi ta’ala…”
Air mata Abah mengalir, dan bibirnya bergerak seolah-olah membalas. Saya tahu Abah mendengar. Saya ulang:
“Abah, dengar ya suara Kakak. Tak apa Bah, jangan banyak fikir. Bah ingat Allah, ingat Allah, yaa…”
Dan ketika itu, mesin yang memantau Abah mula berbunyi, bunyi yang amat menghentak jiwa. Tubuh saya mula menggigil, serangan panik datang tanpa dapat dikawal. Saya melangkah ke belakang untuk menenangkan diri. Air mata tidak berhenti mengalir. Saya terus membaca doa dan surah Yaasin sambil berharap akan ada keajaiban.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu dipenuhi ucapan takziah daripada warga maya.
Selain itu, ramai juga berkongsi rasa sakit kehilangan orang tersayang, dan mengakui rindu setengah mati.
BACA: Terhibur Tengok Haziq Nadzli Explain Pasal “Offside” Dekat Isteri
Sumber: @meraforshort via TikTok