Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

“Walau Mak Ayah Tak Ambil Tahu, Jangan Risau Saya Jaga Kakak,” Diagnos Buah Pinggang Rosak, Pengorbanan Adiknya Buat Netizen Sebak

Nur Farra

“Kakak, jangan nangis lagi. Ibu bapa kita mungkin tak kisahkan kita lagi. Tapi saya akan jaga kakak. Kakak tak akan apa-apa. Kalau kakak kuat, saya akan belikan kakak gula-gula,” kata Zhao Wenjing kepada kakaknya Zhao Wenhui yang mengalami kecederaan di kepala selepas jatuh daripada katil.

Wenhui, 11 tahun sedang bermain bersama adiknya dan tiba-tiba jatuh daripada katil dan terhantuk kepalanya di lantai. Kecederaan itu walau bagaimanapun telah membawa kemudaratan teruk buat Wenhui dan Wenjing dengan segera membawa kakaknya yang sudah tidak boleh bergerak ke hospital.

Kecederaan yang dialami membuatkan Wenhui terpaksa ditahan di hospital dan berada dalam keadaan yang kritikal. Kesakitan itu terlalu sakit untuk ditanggung bagi seorang anak kecil.

Melihat penderitaan kakaknya, Wenjing sambil melutut dan menyapu air mata kakaknya sambil berbisik, “Mak dengan ayah dah tak ambil tahu pasal kita. Saya akan jaga kakak. Kakak akan sihat. Kakak kuat, saya belikan gula-gula ya.”

Dengan hati yang sebak, Wenjing mencium pipi kakaknya.

Hati siapa yang tak sedih melihat betapa bertanggungjawabnya kanak-kanak ini menjaga satu sama lain. Berkejar ke sana ke mari hanya untuk memastikan kakaknya tidak apa-apa.

Mereka dikatakan telah lama hidup berdikari sejak ibunya keluar dan tidak kembali lagi, bapa mereka pula dipercayai bekerja di bahagian selatan China juga tidak pernah pulang ke rumah.

Mereka hanya menumpan di rumah saudara-mara yang pastinya tidak dapat menampung perbelanjaan semua orang serta tidak pernah merasai keseronokkan seperti kanak-kanak lain.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kakaknya didiagnos buah pinggang rosak dan perlu dibedah serta-merta. Kuasa viral media sosial sekali lagi membawa 1000 makna buat mereka yang memerlukan apabila dana bantuan membantu Wenhui menjalani pembedahan tercapai dan selamat dibedah.

Kisah Wenhui dan Wenjing mendapat perhatian media tempatan, malah seluruh dunia yang rata-rata bersimpati di atas apa yang telah terjadi kepada kedua-dua anak kecil itu. Semoga mereka sentiasa dilindungi.

Sumber: Readph