Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Orang Ramai Diminta Berjaga-Jaga, Amaran Ribut Petir Di Kebanyakkan Kawasan Sehingga 6 Petang Ini

Aqmal Ezany
Gambar hiasan

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan notis amaran ribut petir yang dijangka bakal melanda semua negeri di Malaysia pada hari ini.

Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan, sebanyak 10 negeri akan dilanda ribut petir sehingga jam 4 petang. Negeri-negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.

Manakala Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, Sarawak serta Sabah pula dijangka akan dilanda ribut petir yang berlarutan sehingga pukul 6 petang.

Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti luar pada hari ini dinasihatkan supaya berhati-hati dan sediakan payung sebelum keluar dari rumah.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia