Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Bernama

Pengutip Sampah Kini Usahawan Berjaya

Aqmal Ezany

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Tekad mengubah nasibnya yang pernah menjadi pengutip sampah dan bergelumang dengan bau busuk sisa buangan, Mohamad Azlan Al Amin kini bergelar seorang usahawan berjaya.

Berkongsi kisahnya, Mohamad Azlan, 32, berkata beliau menjadi pengutip sampah di sebuah syarikat kontraktor pembersihan selama enam bulan di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Pasir Putih, Kelantan pada tahun 2005.

“Ketika itu, saya selalu membawa balik makanan kurang elok yang diasingkan untuk dibuang di kantin Kem TUDM, tetapi masih boleh dimakan seperti ayam dan ikan untuk keluarga.

“Oleh kerana kemiskinan dan keluarga kami pernah dibanci sebagai yang paling miskin di Kampung Tok Raja, Besut, saya tekad untuk mengubah nasib saya dan keluarga,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’ di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), hari ini.

Buku itu dilancarkan oleh Ketua Pengarah PNM, Maizan Ismail.

Mohamad Azlan berkata pada 2010, selepas usaha pertanian dijalankan tidak berhasil, beliau nekad keluar dari rumah untuk mencari pekerjaan di sekitar bandar Jertih dengan hanya berbekalkan wang berjumlah RM1.30.

Katanya, beliau kemudian berjumpa dengan seorang individu yang menawarkannya bekerja sebagai ejen hartanah dan daripada situ, ia menjadi titik tolak kejayaannya kini.

Disamping itu, Peneraju Syarikat Azlan A-Amin Properties Sdn Bhd berkenaan berkata amalan bersedekah, rajin beribadah serta menjaga kebajikan kedua-dua ibu bapa juga menjadi kunci kepada kejayaannya.

“Jadikan kemiskinan itu sebagai motivasi dan kekayaan itu sebagai inspirasi, apabila memperoleh rezeki kita perlu berbuat kebajikan dengan hidup berbakti kepada semua.

“Ketika kesempitan, kita jangan lupa beribadah dan bersedekah, dalam masa yang sama sentiasa bersyukur dan menghargai pengorbanan ibu bapa kerana merekalah yang turut memberkati dan merestui rezeki kita,” kata anak keenam daripada 21 adik beradik itu.

Dalam pada itu, Mohamad Azlan berharap buku terbitan Syarikat Maleq Rezki Interprise berkenaan dapat memberi inspirasi kepada anak muda yang dibelenggu kemiskinan dan kesusahan untuk membina kejayaan menerusi kisah benar perjalanan hidupnya. — BERNAMA