Penampang, Sabah – Seekor ibu anjing didakwa dikelar di kepala menggunakan objek tajam pada atas mata kirinya sehari selepas melahirkan lima ekor anak di Vista Minintod, di sini, Jumaat lalu.
Menurut Borneo Animal Welfare Society, Sabah, mereka menerima laporan mengenai keadaan anjing tersebut sebelum membawa haiwan itu ke tempat perlindungan anjing Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk mendapatkan rawatan.
Kata wakil persatuan tersebut, kejadian dipercayai berlaku antara pukul 6 pagi sehingga 4 petang 29 November lalu di apartment berkenaan.
“Kami memohon orang awam menjadi saksi terhadap kejadian ini. Insiden di Vista Minintod dipercayai berlaku pada Jumaat, 29 November antara jam 6 pagi sehingga 4 petang. Jika anda menyaksikan kejadian, mohon hubungi kami di talian 019-535 5558,” katanya.
Ibu malang yang dinamakan Vista itu kini berada dalam pemantauan pusat kurungan haiwan terbiar bersama anak-anaknya dan bakal ditawarkan kepada mana-mana individu yang ingin mengambilnya sebagai haiwan peliharaan apabila sembuh kelak.




Kepada pelaku, saya doakan moga dapat balasan secepatnya
Tak nak tolong tak apa, tapi jangan aniaya mereka untuk kemarahan dan kepuasan hati anda
Kasihan, ada anak lagi
Bagaimana kau seksa binatang, begitu jugalah kau akan diseksa
Tak suka tak apa, tapi tolong jangan sakiti makhluk bernyawa seperti kita
Kes yang serupa turut berlaku kepada seekor ibu anjing bernama Noobu yang dipotong hidung dan mulutnya oleh individu tidak bertanggungjawab beberapa bulan lalu.
Lantaran itu, badan sukarelawan kebajikan haiwan menawarkan skuter kepada individu yang menyalurkan maklumat terhadap kekejaman berkenaan.