Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kes baharu Covid-19 di Malaysia terus meningkat dan hari ini mencatatkan 375 kes dan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 14,368 kes. Daripada 375 kes tersebut, 371 adalah kes tempatan dan 4 kes adalah kes import.
Perkara ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media yang bersiaran langsung daripada kediamannya hari ini.
Sehingga setakat hari ini, terdapat 18 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh beralih angka kepada 10, 519 kes.
Sumber: KKM