Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Mufti Jawab Hukum Ibu Sengaja Tidak Susukan Anaknya Tanpa Sebab Yang Munasabah

Edayu

Menjadi seorang ibu adalah impian setiap wanita yang telah berkahwin. Kuatnya seorang wanita yang mengandung selama 9 bulan, sehingga berjaya menggendong si buah hati dan menyusuinya.

Seperti mana yang kita tahu, seorang ibu perlu menyusu anaknya sehingga usia 2 tahun. Bukan itu sahaja, orang ramai turut memberi semangat dan sokongan kepada mereka yang menyusu anak.

Namun, ada segelintir masyarakat yang enggan memberi susu ibu kepada anak mereka sehinggakan mengundang kekeliruan dalam hukum Islam.

Justeru, itu bagi menjawab dan menjelaskan isu hukum ibu sengaja tidak mahu menyusu anaknya (susu badan) ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertanggungjawab untuk meredakan kekeliruan hal ini dalam kalangan masyarakat.

SOALAN:

Assalamualaikum wbt Ustaz. Apakah hukum seorang ibu yang sengaja tidak mahu menyusukan anak tanpa alasan munasabah seperti ingin menjaga badan dan sebagainya?

RINGKASAN JAWAPAN:

Penyusuan bayi adalah suatu pilihan kepada ibu dan bukanlah kewajipannya secara mutlak melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti si anak tidak boleh menerima susu daripada perempuan lain atau minum susu formula. Namun, seorang ibu sangat digalakkan untuk memberikan susu ibu kepada anaknya kepada susu ibu adalah susu yang terbaik dan paling sesuai untuk bayi.

HURAIAN JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Menurut Islam, penyusuan anak merupakan suatu perkara yang dianjurkan oleh agama kerana ia menjadi teras kepada kelangsungan hidup seseorang bayi. Namun dalam beberapa keadaan seorang ibu tidak mampu menyusukan bayi kerana menghidap penyakit berbahaya seperti aids atau susunya kering atau mengalami masalah-masalah yang lain. Namun timbul persoalan, adakah wajib si ibu menyusukan anaknya sekiranya tiada masalah-masalah yang telah disebutkan.

Menurut syarak, penyusuan adalah hak bagi seorang ibu untuk menentukan sama ada ingin menyusukan anaknya atau tidak. Perkara tersebut bukanlah kewajipan ke atasnya secara mutlak melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti si anak tidak boleh menerima susu daripada perempuan lain atau susu formula yang lain. Hal yang demikian berdasarkan firman Allah SWT:

وَإِن تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ

Maksudnya: “Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya (anak).”

Surah al-Thalaq (6)

Berdasarkan ayat di atas, penyusuan bayi adalah pilihan bagi si ibu dan bukanlah kewajipannya secara mutlak. Namun adalah menjadi kelaziman si ibu akan menyusukan anak disebabkan seusai lepas bersalin kebiasaannya seorang ibu akan mempunyai susu hasil daripada proses mengandung dan melahirkan bayi tersebut.

Di samping itu, para ulama menjelaskan bahawa hukum menyusukan anak bagi seorang ibu adalah sunat dan merupakan perkara yang dituntut dalam agama. Hal ini adalah kerana susu ibu adalah yang paling terbaik untuk anaknya dan kasih sayang ibu terhadap anaknya adalah lebih tulus. Meskipun demikian, proses penyusuan tersebut ialah pilihan ke atas ibu dan tiada siapa pun yang boleh memaksanya sekiranya dia enggan menyusukan anaknya (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, 4/203-206).

Walau bagaimanapun, dalam masalah ini para ulama menyatakan terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan seorang ibu wajib menyusukan anaknya iaitu seperti berikut:

Bayi tersebut tidak ingin menyusu daripada mana-mana perempuan yang lain. Dalam keadaan ini wajib ke atas ibu tersebut untuk menyusukan anaknya demi menjaga kelangsungan hidup anak tersebut.

Tidak menemui mana-mana ibu susuan yang sesuai untuk menyusukan anaknya.

Si bapa tidak mempunyai kemampuan kewangan yang cukup untuk mengupah ibu susuan yang lain (Rujuk: Wahbah al-Zuhaili, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 10/25).

Justeru, dalam isu ini dapat difahami bahawa wajib ke atas ibu menyusukan anaknya sekiranya dikhuari mendatangkan mudarat kepada nyawa atau kesihatan anak tersebut iaitu khususnya apabila bayi tersebut enggan meminum susu selain daripada susu ibunya.

Sementara itu, fuqaha mazhab Syafie pula berpandangan bahawa wajib bagi seorang ibu memberikan susu awal kepada anaknya (susu kolostrum) kerana seorang bayi tidak mampu hidup tanpa susu tersebut menurut kebiasaan. Perkara ini dijelaskan oleh Shaikh Zakariyya al-Ansari:

(فَصْلٌ: عَلَى الْأُمِّ إرْضَاعُ وَلَدِهَا اللِّبَأَ) ، وَإِنْ وَجَدَتْ مُرْضِعَةً أُخْرَى؛ لِأَنَّهُ لَا يَعِيشُ أَوْ لَا يَقْوَى غَالِبًا إلَّا بِهِ وَهُوَ اللَّبَنُ النَّازِلُ أَوَّلَ الْوِلَادَةِ

Fasal: Diwajibkan ke atas ibu untuk menyusukan anaknya dengan susu awal (susu kolestrum) sekalipun dia menjumpai ibu susuan yang lain (untuk anaknya). Hal demikian kerana kebiasaannya seorang bayi tidak mampu hidup dan tidak cukup khasiat tanpa susu tersebut iaitu susu yang keluar ketika awal kelahiran. (Rujuk Zakariyya al-Ansari, Asna al-Mathalib, 3/445).

Malahan kajian sains moden pada hari ini turut membuktikan bahawa susu pada fasa ini sangat baik untuk memberi antibodi yang menyokong sistem imun badan bayi dalam minggu pertama kehidupan mereka. Bahkan, susu kolostrum juga mengandungi protein yang sangat tinggi nilainya kerana ia memenuhi keperluan nutrisi pemakanan bayi seperti daya ketahanan tubuh, gula, dan juga lemak.

KESIMPULAN

Proses penyusuan ialah pilihan ke atas ibu dan tiada siapa pun yang boleh memaksanya sekiranya dia enggan menyusukan anaknya. Namun, seorang ibu sangat digalakkan menyusukan anaknya kerana susu ibu adalah yang paling terbaik dan kasih sayang ibu terhadap anaknya lebih tulus.

Demikian juga dalam beberapa keadaan seorang ibu wajib menyusukan anaknya sekiranya dikhuari mendatangkan mudarat kepada nyawa atau kesihatan anak tersebut iaitu khususnya apabila bayi tersebut enggan meminum susu selain daripada susu ibunya.

Wallahu a’lam.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan