Siakap Keli

Pak Cik Ni Ajar Cara Mudah Tanam Kangkung, Gerenti Tumbuh Subur Merimbun

Bagi mereka yang ingin mencuba menanam sayur sendiri di rumah, kangkung adalah tanaman yang tepat untuk beginner. Berbanding sayur-sayuran lain, kangkung lebih cepat tumbuh dan mudah untuk dijaga. Tempoh penuaian kangkung ni juga lebih singkat kerana tanaman kangkung mudah untuk bercambah.

Walaupun cepat tumbuh, terdapat cara menanam kangkung yang perlu diikuti supaya benih kangkung yang ditanam tidak hanyut dan kangkung yang tumbuh tidak tumbang. Hasil tanaman menggunakan kadedah yang betul juga penting untuk memastikan hasil kangkung yang ditanam subur merimbun.

Menerusi Group Facebook Berkebun D Rumah, Encik Hamdan Ahmad Sapli berkongsi cara mudah untuk menanam kangkung. Nak tahu apa tips yang dikongsikan, ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Cara-cara mudah tanam kangkung:

1. Korek satu barisan longkang kecil.

Gambar: Hamdan Ahmad Sapli

2. Tabur benih kangkung dan kambus semula.

Gambar: Hamdan Ahmad Sapli

3. Ulang langkah pertama di barisan seterusnya, pastikan jarak dari satu baris longkang ke longkang yang lain adalah empat inci.

Gambar: Hamdan Ahmad Sapli

4. Ulang langkah kedua.

Gambar: Hamdan Ahmad Sapli

Mudah je kan? Selamat mencuba!

Sumber: Hamdan Ahmad Sapli

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.