Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Menurut laporan, mengikut undang-undang Jepun, setiap pasangan mesti bersetuju menggunakan satu nama keluarga selepas mereka berkahwin.
Namun masalah berlaku apabila pasangan tersebut tidak dapat memutuskan bahawa nama keluarga yang mana satu mahu digunakan mereka.
Difahamkan, selepas bertunang, wanita itu menyatakan dengan jelas bahawa dia berhasrat untuk mengekalkan namanya, namun ia amat ditentang oleh lelaki tersebut.
Disebabkan masing-masing tidak bersetuju, maka mereka berdua dilapor kerap bergaduh antara satu sama lain mengenai isu tersebut.
“Suami saya (yang masih teman lelaki pada ketika itu) berpendapat bahawa wanita perlu mengambil nama keluarga suami mereka.
“Saya tidak bersetuju dengan itu. Jadi kami bertengkar,” katanya kepada akhbar Jepun Mainichi, memetik Oddity Central.
Perselisihan faham antara mereka membawa kepada hal lain seperti mengadu kepada orang lain akan hal itu.
Namun demikian, pasangan itu baru tahu bahawa mereka bukanlah satu-satunya pasangan yang mengalami masalah tersebut.
Difahamkan, rupanya ada ramai lagi pasangan lain di Jepun yang menghadapi masalah serupa menggunakan kaedah unik; cerai dan kahwin semula.
Apa yang dilakukan mereka adalah bercerai secara berkala – secara suka rela – kemudian berkahwin semula menggunakan nama keluarga pasangan masing-masing.
Justeru, pada 2016, mereka berkahwin buat kali pertama dengan menggunakan nama keluarga pihak lelaki selama tiga tahun.
Kemudian selepas tiga tahun, pada 2019 pula, mereka tekad bercerai dan berkahwin semula dengan menggunakan nama keluarga pihak wanita pula.
Bagaimanapun, tempoh tiga tahun perkahwinan kali kedua mereka bakal tamat pada Julai ini, justeru mereka akan bercerai dan berkahwin semula buat kali ketiga menggunakan nama keluarga lelaki.
Walaupun solusi tersebut boleh menyelesaikan masalah mereka, namun pasangan Jepun itu berasakan bahawa mereka mahu kekal (hidup) tanpa nama keluarga.
Menurut Oddity Central, kedua-duanya mengakui bahawa menukar nama keluarga secara berkala setiap tiga tahun agak menyusahkan dan memberi masalah.
Dakwa mereka, pihak suami masih menggunakan nama keluarganya di tempat kerja, sedangkan ketika itu adalah tempoh penggunaan nama keluarga pihak isteri.
Jelas mereka, perkara itu sangat memberi masalah dan mengelirukan prosedur pengurusan, dokumen kerja dan sebagainya.

“Saya sentiasa perlu mengingatan diri saya bahawa saya membawa nama keluarga isteri saya,” kata lelaki itu.
Walaupun ia kelihatan rumit bagi orang lain, pasangan itu menyatakan bahawa itu adalah satu-satunya penyelesaian yang boleh diterima untuk mereka.
Namun terdapat satu alternatif lain yang diketahui mereka iaitu dengan keluar ke luar negara dan berkahwin dengan nama keluarga masing-masing.
Kemudian, sebelum pulang ke tanah air, mereka akan meminta mahkamah Jepun untuk mengiktiraf status perkahwinan mereka walaupun nama mereka berbeza.
Pasangan itu beranggapan bahawa cara itu adalah lebih mudah buat mereka.
Sumber: Oddity Central