Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ibu simpan mayat anak seminggu
Gambar via Mothership

Berat Hati Nak Berpisah, Ibu Sanggup Simpan Mayat Anak Seminggu Hingga Busuk & Reput

Faiz Mustafa

Mayat seorang lelaki yang telah meninggal dunia di sebuah rumah flat dipercayai disimpan oleh ibu selama lebih dari seminggu kerana berat hati untuk berpisah dan melepaskan anak kesayangannya itu.

Insiden tersebut difahamkan berlaku di sebuah unit pangsapuri di negara republik tersebut, lapor Shin Min Daily News, memetik Mothership.

Salah seorang wartawan yang berada di tempat kejadian mendakwa terdapat bau tengik dapat dikesan menerusi koridor rumah tersebut pada 21 Jun yang lalu.

Menurut salah seorang jiran yang tinggal di blok rumah yang sama lebih 10 tahun lalu berkata bahawa kedua-dua ibu dan anak itu menghuni bangunan itu lebih awal dan lama daripada mereka.

“Lelaki itu kurus dan biasanya akan keluar dari rumah sekitar jam 8 atau 9 pagi untuk menjemur pakaian dan menyiram pokok bunga.

“Walaupun tidak berjumpa dengannya selama seminggu, mereka tidak menyangka bahawa dia telah meninggal dunia,” lapor Mothership.

Salah seorang lagi jiran berkata bahawa mereka menyedari adanya bau busuk sejak seminggu yang lalu, namun tidak menghiraukannya. Pihak polis kemudian telah dihubungi setelah bau tersebut semakin kuat dan bimbang jika berlaku kejadian yang tidak diingini kepada penghuni rumah berkenaan.

Sebaik sahaja polis tiba, mereka terpaksa menunggu lebih kurang satu jam kerana tidak ada sahutan dari rumah tersebut. Setelah lama menunggu, rumah itu berjaya dibuka dengan bantuan seorang tukang kunci.

Pihak polis kemudia menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertunduk di ruang tamu dengan keadaan jasadnya sudahpun reput.

“Sebaik sahaja pegawai polis masuk, saya mendengar wanita tua itu menangis, mungkin kerana dia keberatan untuk membawa anaknya itu pergi.

“Saya turut merasa sedih mendengarnya, lagi pula itu adalah momen di mana seorang ibu yang menghantar anaknya untuk perjalanan terakhir, agak sukar untuk dia terima,” jelas salah seorang jiran, lapor Mothership.

Difahamkan juga, ketika ditemui mayat berkenaan turut dihurungi lalat.

Wanita yang berusia lingkungan 80-an itu mempunyai dua orang anak, lelaki dan juga perempuan, menurut jiran lain. Difahamkan, polis telah mengeluarkan mayat itu kira-kira jam 6:45 petang.

Menurut Mothership, pihak polis telah menerima laporan berkaitan kematian tersebut pada jam 12.38 tengah hari, 21 Jun 2022. Polis menolak dakwaan bahawa kematian itu berpunca dari pembunuhan dan kes tersebut masih lagi dalam siasatan.

BACA: Billie Eilish Bakal Adakan Konsert Di Kuala Lumpur, Tiket Dijual Mulai Esok

Sumber: Mothership