Anak merupakan satu anugerah Tuhan yang sangat didambakan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Maka, tak hairanlah ada isteri dan suami yang mengalir air mata kegembiraan dan kesyukuran sebaik sahaja menerima khabar rumah tangga mereka bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata.
Memang wajarlah baik isteri mahupun suami mengalir air mata kegembiraan dan kesyukuran kerana anak adalah satu anugerah yang paling indah dalam kehidupan, lebih-lebih lagi jika ia merupakan anak sulung mereka. Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga dalam tempoh yang lama, kehadiran cahaya mata merupakan sesuatu hal yang sangat dinanti-nantikan.
Hal ini sama dengan kisah yang ingin dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Tiktok bernama Naa Eyna, yang memuat naik rakaman tangisan kegembiraan suaminya tatkala mereka membuat pemeriksaan ‘Ultrasound’. Imbasan tersebut biasanya digunakan bagi memeriksa saiz dan pertumbuhan bayi.
Pada awalnya, dia hanya sekadar ingin berkongsi perjalanan kehamilannya di media sosial tetapi tanpa disangka, rakaman itu menjadi tular sehingga menarik perhatian ‘netizen’ kerana tersentuh dengan gelagat si suami yang amat terharu ketika dikhabarkan bakal menimang cahaya mata yang pertama.
Semasa membuat pemeriksaan kandungannya itu, doktor telah menunjukkan muka bayi itu dengan lebih dekat sehingga menampakkan batang hidung dan mulutnya. Sebaik sahaja melihat jelas muka bayi tersebut, lantas terus berguguran air mata kegembiraan suaminya.
Naa Eyna turut terasa sebak, namun setelah melihat keadaan si suami langsung dia menahan keinginannya untuk menangis kerana terharu dengan kegembiraan suaminya itu.
Menurutnya, kini kandungannya itu sudah berusia 20 minggu semasa membuat pemeriksaan itu. Ekoran daripada itu, dia mengucapkan terima kasih atas nikmat yang diberikan serta mengharapkan agar semua mendoakan kesihatan bayi sulungnya itu.
Rakaman tersebut kini telah mendapat 61 ribu jumlah tontonan dan 5,040 tanda suka. Bukan itu sahaja, ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman lucu di ruangan komentar semasa membuat pemeriksaan itu.
@naa_eyna99 Terima kasih Atas nikmat ni ya allah 🥰 Hampa semua doakan baby sulung kami membesar dengan sihat tau .. 🤗 doakan baby tak kuat menangis mcm papa dia 🤣 #pregnancyjourney #fyp
BACA: United Kingdom Lapor Penemuan Virus Polio Dalam Kumbahan, Pertama Kali Selepas 40 Tahun
BACA: Nelayan Tangkap Ikan Pari Gergasi Sepanjang 4 Meter
BACA: Elak Bergaduh, Lelaki Belanja RM 50 Ribu Belikan Hadiah Sama Untuk Lapan Isteri
Sumber: Naa_Eyna