Siakap Keli
budak menangis ikan keli goreng
Gambar: TikTok Nialailatu0

Ibu Goreng Ikan Keli Kesayangan Dibelanya, Budak Menangis Hiba Peluk Lauk

Baru-baru ini tular sebuah klip video yang memaparkan seorang budak lelaki menangis selepas mendapat tahu ibu telah goreng ikan keli peliharaannya, lapor Suarasumut.com.

Menerusi video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok oleh Nialailatu0, memaparkan gelagat kanak-kanak lelaki itu sewaktu menjamu selera.

@nialailatu0

♬ suara asli – Nialailatu0 – Nialailatu0

Difahamkan, ikan keli peliharaannya telahpun mati menurut suara latar di dalam video tersebut. Seakan tidak percaya dengan cerita yang disampaikan dipercayai ibunya, kanak-kanak berkenaan kemudian menangis dan meminta mahu melihat kubur ikan tersebut kepada wanita berkenaan.

@nialailatu0

♬ suara asli – Nialailatu0 – Nialailatu0

Ketika sedang asyik menangis, wanita itu sempat menyelit dengan menjelaskan bahawa ikan keli itu tidak ditanam di dalam tanah sebaliknya digoreng sambil menuding jari ke arah lauk yang terdapat dalam pinggan berkenaan.

Ekoran penjelasan tersebut, budak lelaki itu meraung semula setelah mendapat khabar yang tidak disangka-sangka itu. Apatah lagi, sebelum itu dia sudahpun menjamah ikan keli berkenaan.

Dia kemudiannya terus memegang lauk tersebut sambil menyatakan sudah tidak mahu makan lagi.

Gelagat kanak-kanak itu ternyata berjaya mencuit hati ramai pengguna TikTok dan ada sebahagiannya meluahkan rasa simpati dengan kanak-kanak tersebut di atas kehilangan haiwan peliharaan kesayangannya.

Video pertama yang dimuat naik itu telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan dan 36,200 ribu tanda ‘Suka’ manakala video kedua juga meraih lebih 590,000 tontonan dengan 23,400 tanda ‘Suka’.

“Kasihannya. Tak sampai hati dia makan ikan kelinya,” tulis tiadesky.

“Ibu yang bijak (emoji ketawa),” komen Siti Janiyah795.

“Ya Allah sayunya hati dia,” kata Jasnita Jasnita435.

Sumber: Tiktok Nialailatu0

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.