Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Sumber: Bloomberg

Boleh Ke Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari, Apa Hukumnya? Ini Jawapan Mufti WP

Nurul Nazihah

Menjelang ibadah korban ini sudah pasti timbulnya pelbagai soalan yang muncul di akal fikiran. Lebih-lebih lagi isu mengenai daging korban yang akan diagihkan buat golongan fakir miskin, penduduk setempat dan bagi diri sendiri. Salah satunya, boleh ke simpan daging korban lebih 3 hari, apa hukumnya?

Sudah semestinya daging yang dibahagikan itu akan melimpah ruah sehingga masih ada lagi baki daging itu meskipun sudah dihidangkan berkali-kali. Namun begitu, jika hendak dimasak dengan kuantiti yang banyak pastinya akan membazir.

Lantaran itu, disebabkan daging tersebut masih lagi mempunyai bakinya, individu akan mengambil langkah untuk menyimpan daging tersebut sehingga berhari-hari. Hal ini telah menimbulkan pertanyaan yang besar kepada sesetengah pihak kerana gusar jika daging tersebut disimpan dengan sebegitu lama.

Bahkan, ada segelintir masyarakat yang menjelaskan daging tersebut tidak boleh disimpan melebihi daripada tiga hari.

Untuk menjawab persoalan itu, mari kita ikuti perkongsian yang penuh bermanfaat dibawakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

HUKUM MENYIMPAN DAGING KORBAN LEBIH DARI 3 HARI

Soalan:

Terdapat hadith daripada Nabi SAW bahawa Baginda SAW melarang untuk menyimpan daging korban lebih dari 3 hari. Bagaimana untuk memahami hadith tersebut?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Menjawab persoalan di atas, kami katakan bahawa para ulama telah berbeza pendapat terhadap hukum menyimpan daging korban melebihi 3 hari 3 malam kepada dua pendapat yang masyhur iaitu:

  • Pertama: Haram menyimpan daging korban melebihi 3 hari. Ini adalah pendapat Ali RA dan juga pendapat Ibn Umar R.Anhuma. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Muslim iaitu daripada Abu Ubaid bahawa beliau berkata:

شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ فَبَدَأَ بِالصَّلاَةِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ وَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَانَا أَنْ نَأْكُلَ مِنْ لُحُومِ نُسُكِنَا بَعْدَ ثَلاَثٍ

Maksudnya: Aku telah bersama’Ali bin Abi Talib ketika hari raya (korban) maka beliau memulakannya dengan solat sebelum berkhutbah dan berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menegah kita daripada memakan daging korban melebihi 3 hari”.

Riwayat Muslim (1969)

Seterusnya, Ibn Umar R.Anhuma juga ada menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

لاَ يَأْكُلْ أَحَدٌ مِنْ لَحْمِ أُضْحِيَّتِهِ فَوْقَ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ

Maksudnya: Janganlah salah seorang dari kamu memakan daripada daging korban melebihi 3 hari.

Riwayat Muslim (1970)

Di dalam sebuah athar juga ada menyebutkan bahawa Ibn Umar R.Anhuma tidak memakan daging korban melebihi 3 hari dan ini diriwayatkan sendiri oleh anaknya Salim.

  • Kedua: Dibolehkan untuk menyimpan daging korban melebihi 3 hari dan hadith mengenai larangannya itu telah dimansukhkan. Ini adalah pendapat jumhur para ulama’.

Terdapat banyak hadith yang menunjukkan kepada keharusan menyimpan daging korban melebihi 3 hari, antaranya riwayat daripada Abdul Rahman bin ‘Abis daripada bapanya telah bertanyakan kepada ‘Aisyah R.Anha adakah Rasulullah SAW telah melarang dari memakan daging korban melebihi 3 hari dan jawab ‘Aisyah R.Anha:

مَا فَعَلَهُ إِلاَّ فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ

Maksudnya: Tidaklah Rasulullah SAW melakukannya (iaitu melarangnya) pada tahun di mana manusia berasa lapar dan demikian itu Rasulullah SAW mahukan akan yang kaya dapat memberi makan kepada yang miskin. Namun kemudiannya kami juga menyimpan bahagian kaki kambing dan memakannya 15 hari kemudiannya.

Riwayat Al-Bukhari (5423)

Begitu juga dengan beberapa hadith yang menunjukkan bahawa larangan tersebut telah dimansukhkan, antaranya:

  1. Daripada Salamah bin al-Akwa’, telah berkata Rasulullah SAW:

‏ مَنْ ضَحَّى مِنْكُمْ فَلاَ يُصْبِحَنَّ بَعْدَ ثَالِثَةٍ وَفِي بَيْتِهِ مِنْهُ شَىْءٌ‏‏.‏ فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ نَفْعَلُ كَمَا فَعَلْنَا عَامَ الْمَاضِي قَالَ :‏‏ كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَادَّخِرُوا فَإِنَّ ذَلِكَ الْعَامَ كَانَ بِالنَّاسِ جَهْدٌ فَأَرَدْتُ أَنْ تُعِينُوا فِيهَا

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan korban janganlah kamu menyimpan sesuatu pun daripada daging tersebut di rumah. Ketika mana tibanya tahun hadapan, para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, adakah perlu kami melakukan sepertimana tahun lepas. Jawab Baginda SAW: “Makanlah kalian, berikanlah makan kepada orang lain dan simpanlah kerana pada waktu itu (tahun yang lepas) manusia berada di dalam kesusahan (iaitu kelaparan) dan aku menginginkan agar kamu membantu yang lain”.

Riwayat Al-Bukhari (5569) & Muslim (1974)

  1. Daripada Abu Said al-Khudri RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

يَا أَهْلَ الْمَدِينَةِ لاَ تَأْكُلُوا لُحُومَ الأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلاَثٍ‏.‏ وَقَالَ ابْنُ الْمُثَنَّى ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ ‏.‏ فَشَكَوْا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنَّ لَهُمْ عِيَالاً وَحَشَمًا وَخَدَمًا فَقَالَ ‏كُلُوا وَأَطْعِمُوا وَاحْبِسُوا أَوِ ادَّخِرُوا ‏‏.‏

Maksudnya: Wahai ahli Madinah. Janganlah kalian makan daging korban melebihi tiga (hari). Maka para sahabat mengadu kepada Rasulullah SAW sesungguhnya mereka mempunyai anak-anak dan juga hamba yang perlu diberi makan maka Rasulullah SAW berkata: “Makanlah, dan berikan makan kepada orang lain dan simpanlah (daging tersebut)”.

Riwayat Muslim (1973)

Kesimpulan

Melihat kepada perbahasan ini, kami katakan bahawa pendapat kedua lebih tepat dan ianya telah memansukhkan pendapat yang pertama sepertimana yang telah dinukilkan riwayat-riwayat yang berkaitan dengannya sebelum ini.

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan: “Dibolehkan untuk menyimpan sebahagian daripada daging korban. Adapun larangan menyimpan daging korban melebihi tiga hari dilarang oleh Nabi SAW kemudian Baginda SAW telah mengizinkannya dan ianya thabit di dalam hadith yang sahih lahi masyhur.”

Ianya juga melihat kepada ‘illah (sebab) mengapa Rasulullah SAW melarangnya kerana pada waktu itu telah berlakunya musim kelaparan dan tujuan larangan tersebut adalah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan. Sekiranya daging korban di simpan melebihi tiga hari, maka tujuan memberi makan mereka yang memerlukan tidak tercapai. Ini juga disebutkan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’. Wallahu a’lam.

BACA: Abang Viva Tiba Di Kedah, Jalankan Misi Banjir Di Baling

BACA: Mampu Tingkatkan Prestasi Akademik, Ini 5 Manfaat Urutan Untuk Kanak-Kanak

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan