Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
kgb ditahan

Guna Identiti Palsu Sejak 80-an, Suami Isteri Warga Amerika Ditahan, Foto Beruniform KGB Ditemui

Faiz Mustafa

Guna Identiti Palsu Sejak 80-an, Suami Isteri Warga Amerika Ditahan, Foto Beruniform KGB Ditemui

Sepasang suami isteri dipercayai pengintip yang menetap di Amerika Syarikat (AS) selama berdekad-dekad dengan menggunakan identiti palsu berjaya ditahan dan didakwa kerana mencuri dan berkomplot menentang kerajaan.

Suspek, Walter Primrose bersama-sama isterinya, Gwynn Morrison yang lahir pada tahun yang sama, 1955 telah ditahan di Hawaii semalam.

Menurut laporan, berdasarkan serbuan dikediaman suspek, pihak berkuasa juga menemukan gambar-gambar mereka dengan pakaian uniform KGB.

KGB atau Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti merupakan sebuah organisasi perisikan domestik dan asing milik kerajaan era Soviet Union.

Difahamkan, hakim persekutuan berkata, suspek melawan semasa serbuan dan cuba untuk melarikan diri dan memerintahkan dia terus ditahan. Manakala isterinya pula akan dihadapkan ke muka pengadilan pada minggu hadapan.

Menurut AFP, berdasarkan kertas pendakwaan, mereka berdua merupakan pelajar di Texas pada tahun 1970-an dan berkahwin pada tahun 1980.

Selepas itu, mereka mula menggunakan identiti lain, Bobby Fort dan Julie Montague iaitu bayi yang dilaporkan meninggal dunia pada tahun sebelumnya dengan sebab yang belum diketahui.

Kemudian, pasangan itu berkahwin semula pada tahun 1988 dengan menggunakan identiti yang baru. Primrose dikatakan menyertai pasukan Pengawal Pantai pada tahun 1994 dan berkhidmat selama 20 tahun sebelum bertukar kerjaya sebagai kontraktor Jabatan Pertahanan.

Dalam pada itu, mereka juga telah berjaya mendapatkan beberapa dokumen rasmi seperti lesen memandu dan passport dengan menggunakan identiti palsu tersebut.

Memetik AFP, walaupun kertas siasatan tidak mempunyai pertuduhan berkaitan pengintipan, namun kertas bantahan terhadap kedua-dua mereka mengatakan sebaliknya.

“Ejen-ejen persekutuan merampas sebilangan surat yang dialamatkan kepada pasangan itu dan merujuk kepada mereka dengan menggunakan nama selain daripada Bobby, Julie, Walter, atau Gwynn,” kata pendakwa raya persekutuan, Clare Connors, lapor AFP.

Primore juga diarahkan untuk menyerahkan rekod perjalanan ke luar negaranya oleh Pendakwa Raya, namun setakat ini dia gagal berbuat demikian berkenaan perjalanannya ke Kanada.

Selain itu, salah seorang ahli keluarga Morrison melaporkan bahawa mereka pernah tinggal di Romania semasa negara tersebut sebahagian masih daripada negara berfahaman komunis.

Pasangan itu setakat ini menafikan bahawa mereka adalah pengintip.

BACA: Didakwa Rakam & Sebar Video Lucah Anaknya, Remaja Maut Dibelasah Bapa Teman Wanita & Rakan

BACA JUGA: Eropah Catat Kematian Pertama Akibat Cacar Monyet

Sumber: AFP