Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
matahari kini sudah berusia hampir separuh dari jangka hayatnya
Gambar: Daily Mail/ NBC News
Matahari Diramal Bakal ‘Mati’ 5 Bilion Tahun Lagi – Agensi Angkasa Eropah

Sofea

Matahari Diramal Bakal ‘Mati’ 5 Bilion Tahun Lagi – Agensi Angkasa Eropah

Kapal angkasa Gaia milik Agensi Angkasa Eropah (ESA) dilaporkan telah membuat ramalan bahawa matahari kini sudah ‘berusia’ hampir separuh daripada jangka hayatnya.

Memetik laporan Daily Mail, apabila jangka hayatnya berakhir, ia didakwa akan ‘mengembang’ dan melenyapkan bumi.

Bagaimanapun, ia dikatakan tidak akan berlaku selama sekurang-kurangnya lima bilion tahun lagi.

Dengan mengenal pasti jisim dan komposisinya, Gaia telah menganggarkan bagaimana matahari yang berusia sekitar 4.57 bilion tahun akan berkembang pada masa hadapan.

Ia juga didakwa akan menuju ke arah ‘kehancuran’ bermula sekitar 10 hingga 11 bilion tahun apabila bertukar menjadi gergasi merah dan saiznya meningkat dengan pesat.

Kemudian, matahari akan ‘berkhidmat’ hingga mati dan berakhir sebagai planet kerdil berwarna putih malap yang ‘sejuk’.

Ketika ini, matahari dianggap berada di ‘pertengahan umur’ dan stabil kerana ia mempunyai gabungan hidrogen yang menjadi helium.

matahari kini sudah berusia hampir separuh dari jangka hayat
Gambar: Daily Mail

Ahli astronomi di Perancis yang berkerja dengan Gaia, Orlagh Creevey berkata bahawa adalah penting untuk mencari bintang yang sama dengan matahari supaya kita dapat memahami bagaimana ia sesuai dengan alam semesta.

Dalam pada itu, kapal angkasa Gaia terletak kira-kira 930,000 batu dari bumi dan membawa dua teleskop untuk mendokumentasikan galaksi dan dalam masa yang sama mengkaji bintang untuk ‘meramalkan’ masa depan.

“Jika kita tidak memahami matahari, bagaimana kita boleh berharap untuk memahami semua bintang lain yang membentuk galaksi kita yang indah?,” katanya.

Matahari mempunyai sejumlah besar besi yang menjadikannya ‘menyala’ dengan lebih terang daripada bintang lain.

“Dengan mengenal pasti bintang yang sama dengan matahari, kita boleh merapatkan jurang pemerhatian ini,” katanya lagi.

Matahari telah menjadi topik hangat sejak akhir-akhir ini kerana aktiviti letupannya.

Terbaru, satu letupan ‘kanibal’ didakwa telah berlaku yang memperlihatkan ia menghantar laras gas panas terlampau bertenaga dan sangat bermagnet ke arah bumi.

BACA: Pengembara Masa Dakwa Manusia Akan Miliki “Super Power”, Selepas Letupan Tenaga Di Matahari November Ini

Sumber: Daily Mail