Siakap Keli
Kredit Metro UK

Viral ‘Kampung Youtube’, 1,000 Penduduknya Jadi Youtuber, Ligat Cari “Content” Setiap Hari

Viral ‘Kampung Youtube’, 1,000 Penduduknya Jadi Youtuber, Ligat Cari “Content” Setiap Hari

Sebuah perkampungan di bandar Raipur di India telah menjadi popular selepas hampir 1,000 penduduknya menjadi Youtuber. Dengan jumlah penduduk seramai 3,000 orang, kampung berkenaan mempunyai sekurang-kurang 40 saluran Youtube tersendiri.

Ekoran itu, kampung berkenaan, Tulsi, telah mendapat gelaran ‘kampung YouTube India’ kerana penduduknya yang aktif memuat naik video ke platform berkenaan.

Dalam rakaman video yang menjadi tular pada Selasa lepas, penduduk kampung berkenaan dilihat sibuk merakam aktiviti warga lain yang sedang mengendalikan ‘traktor’ serta kanak-kanak berlumba lari di jalan-jalan kampung.

Sebilangan daripada mereka menggunakan dron untuk mendapatkan rakaman yang lebih baik dan ada juga sebilangan penduduk yang tampil sebagai talent atau terlibat dalam membantu aspek teknikal.

“Seperti yang anda boleh lihat, penduduk kampung kami di semua peringkat umur adalah artis dan membuat video untuk YouTube. Jadi semua orang memanggil kampung kami sebagai ‘kampung YouTube’,” kata seorang penduduk tempatan yang bernama Chetan Nayak.

“Ramai daripada penduduk kampung mempunyai saluran YouTube mereka sendiri. Di YouTube kami membuat video komedi, program berasaskan lagu dan video perlumbaan. Hampir semua jenis artis ada di kampung ini,” jelas seorang lagi YouTuber yang bernama Aditya Vaghil.

Sebahagian besar penduduk kampung tersebut melakukan aktiviti itu secara sepenuh masa, manakala sebilangan yang lain mendakwa mampu memperoleh pendapatan dua atau tiga kali ganda lebih tinggi daripada pekerjaan sebelumnya.

Penghasil kandungan paling muda berumur 15 tahun, manakala yang paling tua ialah seorang nenek yang berusia 85 tahun.

BACA: Argentina Naikkan Kadar Faedah 550 Mata Asas Kepada 75%, Antara Tertinggi Di Dunia

Sumber: Metro UK

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.