Lima tahun cari tak jumpa, lelali ini terkejut apabila subang hidung miliknya yang dilaporkan telah hilang ditemui dalam paru-parunya.
Subang hidung dipercayai hilang ketika tidur, seorang lelaki terkejut apabila mendapati bahawa aksesori tersebut berada dalam paru-parunya sepanjang tempoh lima tahun ia hilang dan tidak berjaya dikesan.
Seperti dalam filem ‘Lord of The Rings’, ‘pengembaraan’ mencari subang hidung itu bermula sejak lima tahun yang lalu selepas anak kelahiran Cincinnati, Ohia, Amerika Syarikat (AS) ini bangun dari tidur tanpanya.
“Saya bangun dan menyedari tindikan septum saya telah hilang dan tidak dapat menemuinya di mana-mana. Subang itu telah ditindik pada hidung saya selama tiga atau empat tahun (pada ketika itu).
“Saya ada terfikir bahawa mungkin telah menelannya tanpa sengaja semasa tidur kerana telah mencari di setiap tempat tapi masih tidak menemukannya. Saya juga telah melakukan segala-galanya termasuk menterbalikkan katil, namun subang itu masih juga tidak berjaya ditemukan,” katanya.
Selepas gagal mencari, dia akhirnya menggantikan subang hidungnya yang hilang dengan subang yang baru.
Waktu terus berlalu dan dia semakin melupakan mengenai subang tersebut sehinggalah beberapa minggu yang lalu apabila dia terjaga dari tidur pada jam 2.30 pagi kerana mengalami batuk yang agak teruk.
“Saya batuk dengan sangat kuat sehingga belakang mula rasa sakit dan seperti ada sesuatu yang menghalang saluran pernafasan,” jelasnya.
Pada awalnya, dia menyangka telah menghidap radang paru-paru atau penyakit berkaitan saluran pernafasan lain dan segera ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan pakar.
Menurut New York Post, keputusan X-Ray mendedahkan bahawa subang tersebut tersepit secara tidak jelas di lobus atas paru-paru kirinya.

“Doktor masuk dan menunjukkan gambar X-ray dan bertanya adakah objek tersebut seperti biasa dilihat,” jelasnya.
Memetik Kennedy News menerusi New York Post, lelaki itu berkata, doktor tidak pernah mendengar kes seperti ini dan ia sangat jarang berlaku.
Lelaki terbabit percaya bahawa subang tersebut telah tertanggal lalu masuk ke saluran pernafasan sehingga tersangkut di paru-paru semasa dia sedang tidur. Bagaimanapun, dia masih tidak percaya hal tersebut kerana subang itu tidak memberi apa-apa kesan sehinggalah baru-baru ini.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
BACA JUGA: “Jangan Risau Kantoi,” Abang Ni Kongsi ‘Helah’ Nak Ajak Member Pergi Bangkok Secara Percuma
Sumber: New York Post