Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gaji rm2500 beli rumah
Gambar hiasan: Bernama

“Silap Hari Bulan Terpaksa Menyewa Sampai Tua,” Gaji RM2500 Tinggal Di Bandar, Realiti Pahit Ketua Keluarga Bila Nak Beli Rumah

Nur Adnin

Hari ini kehidupan kian mencabar. Bukan mudah nak dapatkan kerja kalau persaingan pun sangat-sangat tinggi. Disebabkan itu ada yang tekad berhijrah ke bandar, katanya, hidup kat bandar lagi senang. Itulah keputusan yang dibuat Jamal, seorang pemuda kampung yang berpindah ke ibu kota. Mohon kerja dan rezeki dia diterima, dapatlah gaji permulaan sebanyak RM2,500. Jadilah..

Tapi selepas beberapa tahun bekerja, terdetik dalam hati Jamal nak bina rumah tangga pula. Alhamdulillah rezeki jumpa jodoh awal, kebetulan tabungan untuk berkahwin pun dah ada dan akhirnya kahwin. Macam biasalah, lepas kahwin kena cari pula sebuah rumah untuk disewa nak hidup berdua. Tapi sayangnya, bila dah tinggal kat bandar ni, harga sewa boleh tahan mahal.

Jadi disebabkan nak sewa pun mahal, alang-alang dah belanja duit banyak, maka Jamal pun cubalah survey rumah baharu untuk dibeli sebagai rumah pertama. Tapi bila tengok iklan dan syarat-syarat kelayakan, hmm.., semuanya harga tinggi dan di luar kemampuan. Yelah, dengan tangga gaji setakat RM2,500, rumah apa je yang Jamal mampu beli?

“Nak beli rumah sendiri, seram pulak tengok harganya. Ini macam punya gaya, silap hari bulan memang terpaksalah aku menyewa je sampai tua!” keluh Jamal.

Jamal pernah ternampak iklan orang jual rumah subsale. Murah tu memang murah, tapi hal lain pulak – dia kena bayar deposit yang tinggi. Pening kepala dibuatnya. Keluarga nanti makin besar, nak menyewa sampai bila? Rumah baharu mahal sangat. Kalaulah dia cuba mohon pinjaman pun, lepas tolak semua komitmen, silap-silap bank nak luluskan pinjaman pun terpaksa pertimbang dua tiga kali.

Tapi Jamal tak putus asa. Hasil lepas ‘godek-godek’ maklumat di internet, barulah dia terjumpa satu cara paling tepat untuk membeli rumah pertama iaitu Skim Rumah Pertamaku.

Skim Rumah Pertamaku, realisasi impian B40 & M40

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Bernama

Skim Rumah Pertamaku atau singkatannya SRP adalah inisiatif kerajaan di bawah program i-Biaya untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama memiliki rumah. Program ini bertujuan untuk menjayakan misi Satu Keluarga Satu Rumah dalam kalangan rakyat khususnya golongan B40 dan M40.

Bagi Skim Rumah Pertamaku, permohonan pinjaman atau pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank yang terlibat berdasarkan kriteria skim dan standard pengunderaitan/penajajaminan kredit bank masing-masing.

Ada tiga kelebihan SRP iaitu pembeli boleh memiliki rumah terus tanpa perlu membayar wang pendahuluan atau deposit, mendapat pembiayaan sehingga 110 peratus daripada bank-bank terlibat dan pinjaman atau pembiayaan akan dijamin oleh Cagamas SRP Berhad.

Apa kriteria kelayakan SRP?

Pemohon yang layak – Kriteria kelayakan pemohon SRP ialah warganegara Malaysia, merupakan pembeli rumah pertama dan pekerja atau individu yang bekerja sendiri. Selain itu, permohonan juga mestilah secara individu atau bersama, berpendapatan kasar isi rumah sehingga RM10,000 bagi pemohon tunggal atau pemohon bersama.

Pemohon juga mestilah tidak mempunyai sebarang rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas atau terakhir. Pembiayaan yang diberikan pula adalah sehingga 110 peratus. Perlu diingatkan, pembiayaan antara 100 hingga 110 peratus adalah hanya untuk pemohon yang berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 dan nilai belian hartanah di bawah RM300,000.

Harta yang layak – Bagi jenis harta yang layak pula, pemohon hanya layak memiliki harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia. Nilai maksimum hartanah tersebut pula adalah sebanyak RM500,000 dan ia perlu dihuni oleh pemilik sendiri (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan).

Keperluan pembiayaan – Tempoh pembiayaan adalah tidak lebih daripada 35 tahun dan tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi usia 70 tahun di akhir tempoh pembiayaan. Pembiayaan juga hanya memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran).

Selain itu, pengaplikasian insurans atau takaful kebakaran di kediaman itu adalah diwajibkan. Pembiayaan adalah untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi daripada RM5,000.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Bernama

Pemohon juga wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan boleh diakses dalam portal AKPK Rumahku di pautan https://power.akpk.org.my. Tempoh moratorium pula adalah selama lima tahun.

Cara memohon SRP

Pertama, cari rumah idaman anda dan dapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan dan lain-lain.

Kedua, semak kelayakan anda untuk mendapatkan pembiayaan rumah di bawah SRP.

Ketiga, sediakan dokumen sokongan pendapatan anda seperti slip gaji, penyata pendapatan, penyata bank, penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain.

Terakhir, hantar permohonan pembiayaan perumahan SRP anda ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.

Kesimpulannya, hampir semua orang ada impian untuk memiliki rumah sendiri, apatah lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga macam Jamal. Namun, realiti semasa memang pahit untuk ditelan. Kalau semata-mata nak harapkan satu sumber pendapatan saja untuk membeli rumah pertama, pasti banyak cabarannya.

Tapi dengan adanya SRP, skim ini sangat dipercayai boleh bantu merealisasikan impian ramai,, terutamanya ketua keluarga yang bersusah payah nak sediakan tempat berteduh bagi ahli keluarga tercinta. Untuk maklumat lanjut, sila layari PAUTAN INI dan dapatkan rumah pertama anda sekarang!