Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Konsert Justin Bieber Ditunda
Gambar via Kosmo

Konsert Justin Bieber Ditunda Lagi, Peminat Diberi Pilihan Tebus Tiket Semula

Faiz Mustafa

Konsert Justin Bieber Ditunda Lagi, Peminat Diberi Pilihan Tebus Tiket Semula

Konsert Justin Bieber Live in Malaysia 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober ini kekal ditunda hingga tahun depan, lapor Kosmo.

Walau bagaimanapun, penganjur masih lagi belum menentukan penjadualan semula konsert tersebut, sebaliknya memaklumkan ia tertakluk kepada kekosongan slot serta tarikh yang masih ada.

Susulan dari perkhabaran itu, pihak AEG Presents dan PR Worldwide selaku penganjur berkata bahawa pembeli tiket boleh mendapatkan semula wang mereka.

“Konsert Justice World Tour Kuala Lumpur kekal ditunda, begitu juga dengan lokasi lain hingga ke 25 Mac 2023.

“Tarikh baru akan diumumkan sebaik saja semua jadual disusun dan ditetapkan.

“Tempoh 14 hari antara 7 hingga 20 Oktober dibuka kepada pemegang tiket untuk menghantar permohonan sama ada mahu terus memegangnya atau ingin wang dikembalikan.

“Tiket juga masih sah digunakan pada tarikh baharu dengan tiada kos tambahan. Tiket baharu akan diberikan kepada mereka sebaik konsert dijadualkan semula,” jelas mereka, lapor Kosmo.

Difahamkan, penundaan Konsert Justice World Tour di Asia termasuk Malaysia telah diumumkan apda Jun lalu disebabkan oleh faktor kesihatan iaitu Justin Bieber mengalami kelumpuhan pada bahagian wajahnya atau disebut juga sebagai Sindrom Ramsay Hunt yang membuatkan ramai kecewa.

Dalam pada itu, para peminat masih berasa lega selepas penyanyi kesayangan mereka itu telah beraksi di Festival Musim Panas di Itali pada awal Julai lalu selepas hampir dua bulan berehat.

Sungguhpun begitu, kegembiraan itu tidak kekal lama apabila Justin sekali lagi telah membatalkan 12 persembahannya dua minggu selepas beraksi di Rio de Janeiro sekitar pertengahan bulan lalu.

“Selepas berehat dan berunding dengan doktor, keluarga dan pasukan saya ke Eropah sebagai usaha untuk teruskan siri jelajah itu.

“Saya beraksi dalam enam persembahan secara langsung tetapi benar-benar memberi kesan besar kepada saya.

“Pada hujung minggu lalu, saya beraksi di Rock and Rio dan memberi sepenuh hati kepada peminat di Brazil.

“Selepas turun pentas, saya merasa kepenatan melampau dan sedar kena jadikan kesihatan sebagai keutamaan sekarang,” katanya.

Di Malaysia pula, pelantun lagu ‘Love Yourself” itu sepatutnya akan mengadakan konsert gah tersebut pada Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, namun telah ditunda kepada tarikh yang masih menjadi tanda tanya.

Disamping itu, GoLive yang merupakan ejen kepada penjualan tiket itu berkata, pembayaran balik pembelian tiket tersebut perlu menggunakan kad sama ketika transaksi pembelian dilakukan tempoh hari.

Dalam pada itu, pembayaran itu mungkin akan mengambil masa selama 30 hari bergantung kepada pihak bank.

“Pihak GoLive juga akan menghubungi anda sekiranya terdapat sebarang masalah melibatkan kad tersebut.

“Jika anda tidak menerima sebarang amaun pembayaran balik sehingga 21 November 2022, sila hantarkan e-mel kepada refund_exchange@mindful-tech.com,” tulis kenyataan berkenaan.

BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China

Sumber: Kosmo

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup