Arab Saudi secara rasmi telah mengumumkan akan memberikan bantuan kemanusian bernilai RM 1.8 bilion kepada Ukraine selepas panggilan telefon antara Putera Mahkota Mohammed bin Salman kepada Volodymyr Zelensky pada Sabtu, 15 Oktober 2022.
“Kerajaan sentiasa berada di kedudukan untuk menyokong setiap perkara yang akan menyumbang ke arah de-eskalasi negara dan bersedia meneruskan usaha pengantaraan antara dua buah negara,” jelasnya.
Memetik AFP, Arab Saudi telah memainkan peranan yang tidak dijangkan apabila mereka memudahkan urusan pertukaran tawanan perang antara Moscow dan Kyiv pada bulan lalu.
Walau bagaimanapun, perang di Ukraine telah mencetuskan ketegangan antara Arab Saudi dan Amerika Syarikat yang sebahagian besarnya menentang tekanan untuk meningkatkan pengeluaran minyak dalam usaha mengurangkan krisis konflik tersebut.
Dalam pada itu, kerajaan Arab Saudi juga mendapat kritikan dari Washington berikutan OPEC yang diketuai Saudi bersetuju mengurangkan pengeluaran minyak secara drastik bersama Russia dan sekutu lain menyebabkan harga minyak melonjak tinggi.
Washington juga menuduh OPEC+ bekerjasama dengan Moscow dan Presiden Joe Biden telah memberi amaran kepada Arab Saudi bahawa tindakan itu akan mengundang padah, pada Rabu, 12 Oktober 2022.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber: AFP