Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Power Ranger Hijau Meninggal Dunia
Gambar: Jason David Frank | Facebook

‘Power Ranger Hijau’ Meninggal Dunia Pada Usia 49 Tahun

Florence Nuar

Pembawa watak adiwira terkenal Power Ranger berwarna hijau, Tommy Oliver iaitu Jason David Frank dalam rancangan ‘Mighty Morpin Power Ranger’ telah meninggal dunia di Texas semalam pada usia 49 tahun, lapor TMZ.

Menurut pengurusnya, Justine Hunt seperti yang dilaporkan media, punca kematian Frank bagaimanapun tidak dinyatakan secara umum atas faktor privasi keluarga.

“Tolong hormat privasi keluarga dan rakan-rakannya sekarang kerana kami baru sahaja menerima kehilangan insan yang begitu hebat.

“Dia sangat menyayangi keluarganya, rakan dan peminatnya. Dia benar-benar akan dirindui,” katanya memetik TMZ.

Sementara itu, rakan ‘sepasukannya’ Walter Emmanuel Jones yang pernah membawa watak Power Ranger hitam berkata, dia sukar untuk menerima berita pilu tersebut.

“Hati saya sangat sedih, saya kehilangan seorang lagi sahabat dalam keluarga (Power Ranger) kami,” katanya dalam satu kenyataan di laman Instagram miliknya.

Difahamkan, kematian Frank menambah dukanya selepas sahabat sepasukan mereka, Thuy Trang yang membawa watak Power Ranger kuning maut dalam kemalangan ketika usia 27 tahun pada 2001 dahulu.

Malah menurut Walter Jones, Frank adalah watak ‘penting’ dalam rancangan adiwira itu dan dia memberi inspirasi kepada orang ramai serta kehadirannya amat dirindui.

“Dia mempunyai perwatakan yang luar biasa. Kami juga turut berkongsi jatuh bangun kehidupan tetapi saya tetap kekal untuk berada bersamanya ketika dia memerlukan.

“Doa saya ditujukan kepada keluarganya dan semua akan merinduinya,” katanya.

Power Ranger Hijau Meninggal Dunia
Kredit: TMZ

Imbas kembali, Power Ranger mula ditayangkan di kaca televisyen pada tahun 1993 dahulu dengan menampilkan watak-watak adiwira yang dicipta untuk menentang raksasa atau penjenayah.

Frank mula ‘bertugas’ sebagai Ranger hijau pada musim pertama, ‘Mighty Morphin Power Ranger’ yang merupakan seorang ‘pencabar’ kepada ahli Power Ranger lain.

Selain Mighty Morphin, Frank juga turut membintangi beberapa siri Power Ranger lain seperti Wild Force, Turbo, Zeo, Dino Thunder, Megaforce, Ninja Steel dan HyperForce.

Malah Frank juga pernah memegang watak sebagai Ranger merah, hitam dan putih.

Untuk rekod, Frank juga merupakan ahli bela diri campuran (MMA) yang terlatih secara profesional, selain turut mahir dalam beberapa seni bela diri lain seperti Taekwondo, Muay Thai, Judo, Brazilian Jiu-Jitsu dan lain-lain.

Dia juga pernah aktif terlibat secara langsung dalam beberapa pertarungan bela diri sepanjang 2008 hingga 2010.

Sumber: TMZ