Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit; Bernama

Pengeluaran MyKid Ditangguh Enam Bulan- JPN

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Pengeluaran MyKid Ditangguh Enam Bulan- JPN

MELAKA, 14 Jan (Bernama) — Pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak MyKid bagi bayi baharu lahir di negara ini ditangguhkan selama enam bulan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh berkata bagaimanapun, proses permohonan baharu masih diteruskan dan ibu bapa perlu menunggu untuk tempoh masa lebih lama kerana JPN akan menyelesaikan permohonan secara berperingkat.

“Ibu bapa boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) kerana ia merupakan dokumen pengenalan diri yang sah dikeluarkan kerajaan negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau meminta semua agensi kerajaan dan swasta supaya menerima sijil kelahiran untuk sebarang urusan kanak-kanak kerana dokumen itu satu-satunya dokumen diiktiraf bagi urusan penting seperti permohonan sekolah dan sebagainya.

Terdahulu, beliau hadir pada majlis penyerahan kad pengenalan (MyKad) pada program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) kepada kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU), Nur Aleeya Ammar,12, di Bukit Godek, Semabok Dalam yang turut dihadiri Pengarah JPN Melaka Norazle Sulaiman.

Ruslin berkata menerusi MEKAR JPN iaitu program turun padang bagi urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri seperti MyKad dan sijil kelahiran kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar dan penduduk di pendalaman memberi impak positif sejak diperkenalkan pada 2013.

“Sehingga kini sebanyak 292,999 permohonan di seluruh negara telah dilaksanakan melalui program MEKAR melibatkan 14,340 program diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang merupakan pendekatan produktif JPN dalam memastikan setiap penduduk di negara ini layak menikmati kemudahan ditawarkan kerajaan.

“Bagi negeri Melaka sebanyak 78 program seumpama ini telah dijalankan dan berjaya membantu 212 pemohon dan pada tahun ini sebanyak 100 program dengan 300 hingga 400 pemohonan disasarkan dapat diproses sekali gus membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Rohana Ariffin, 58, nenek yang juga penjaga Nur Aleeya berkata dia bersyukur dan berpuas hati dengan program MEKAR kerana memudahkan urusan mereka sekeluarga untuk proses permohonan MyKad cucunya yang juga OKU fizikal berikutan hanya terlantar dan tidak boleh berdiri.

Katanya, proses permohonan dokumen telah dilakukan oleh pasukan Unit Mekar JPN Melaka pada 5 Jan lepas iaitu pada hari lahir cucunya dan dalam tempoh seminggu cucunya telah menerima kad pengenalan.

“Saya mengetahui program MEKAR ini daripada seorang daripada anak saudara yang juga kakitangan JPN dan dalam waktu singkat pihak mereka datang ke rumah untuk melakukan proses permohonan. Kami bersyukur kerana ia sangat mudah dan cepat,” katanya.

— BERNAMA

BACA: “Boleh Digunakan Di….” Terdiri 5 Ciri Unik Yang Penting, Ini Cara Mohon MyKID Untuk Anak Anda

Sumber: Bernama