Siakap Keli
rumah mewah kandang lembu
Gambar: Detik

Kaya, Sultan Madura Bina Rumah Mewah Untuk Dijadikan Kandang Lembu

Kaya, Sultan Madura Bina Rumah Mewah Untuk Dijadikan Kandang Lembu

Tular di media sosial memaparkan sebuah rumah mewah yang dijadikan sebagai kandang lembu.

Video yang memaparkan kandang lembu mewah itu dimuat naik oleh pemilik akaun @leonardyoriko di laman TikTok.

Menerusi video berdurasi 1 minit 13 saat tersebut, kelihatan sebuah rumah mewah yang dipenuhi dengan beberapa ekor lembu jantan.

Menurut laporan Detikjatim, rumah mewah yang menjadi kandang lembu itu terletak di Kampung Lantek Timur, Daerah Galis, Bangkalan, Madura, Indonesia.

“Rumahnya besar dan bagus, ternyata penuh dengan lembu,” jelas pemilik akaun @leonardyoriko dalam video itu.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Selain itu, @leonardyoriko menambah bahawa lembu yang berada di rumah mewah tersebut bukanlah sebarangan lembu.

Menurutnya, lembu-lembu tersebut adalah khusus untuk perlumbaan Piala Presiden.

“Lembu ini memenangi perlumbaan,” jelasnya sambil menunjukkan sepasang lembu hitam yang besar.

Dalam video tersebut, terdapat perkataan ‘Sonar Muda’ pada tempat letak rumput yang menjadi makanan kepada lembu itu.

Gambar: Detikjatim

Difahamkan, harga lembu itu bernilai hampir berbilion rupiah, lapor Detikjatim.

“Ini nilainya M M-an (berbilion-bilion). Jadi jangan bangga jadi orang kaya sebab di Madura rumahnya mewah tapi dalamnya lembu kerana di atas langit masih ada langit,” katanya.

Lembu-lembu yang berada di dalam rumah mewah itu didakwa milik seorang ‘sultan’ Madura yang bernama H Samsudin.

H Samsudin merupakan salah seorang peserta pertandingan lumba lembu Piala Presiden yang sering diadakan pada setiap tahun.

Pada tahun 2019, lembu yang dikenali sebagai Sonar Muda ini telah memenangi tempat kedua dalam Piala Presiden.

Perkara tersebut menjadi faktor penyebab mengapa nilai jualan lembu milik H Samsudin semakin mahal.

Memetik Detikjatim lagi, H Samsudin mengakui sengaja menjadikan rumah mewahnya sebagai kandang lembu.

Jelasnya, ia adalah suatu bentuk kasih sayangnya kepada lembu.

“Rumah ini dibuat khusus untuk perlumbaan lembu jantan (sonar muda), ini dilakukan sebagai kebanggaan keluarga untuk perlumbaan lembu jantan,” kata H Samsudin kepada Detikjatim.

Video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @leonardyoriko itu berjaya menarik perhatian ramai pengguna media sosial sehingga memperoleh lebih 1.1 juta tontonan, 29.5K tanda suka, 1302 komen dan 8632 kongsian.

@leonardyoriko

Hanya berkunjung seharinsaianke Madura, ga berhenti terheran heran.. di pelosok rumah gagah dan mewahnsekali.. eeehhh belum selesai herannya malah nemu rumah mewahndan besar yang isinya Sapi.. haiyaaaahhh

♬ Funny – Gold-Tiger

Sumber: Detikjatim

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.