Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tahap Keselamatan MySejahtera KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) disaran supaya menjalankan penilaian tahap keselamatan aplikasi MySejahtera dan MyVAS secara keseluruhan serta mempertingkatkan tahap keselamatan bagi menjamin keselamatan sistem dan data.
Kredit: Bernama

KKM Disaran Tingkat Tahap Keselamatan Data MySejahtera, MyVAS

Nur Syahirah Zainoor Hisham

KKM Disaran Tingkat Tahap Keselamatan Data MySejahtera, MyVAS

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) disaran supaya menjalankan penilaian tahap keselamatan aplikasi MySejahtera dan MyVAS secara keseluruhan serta mempertingkatkan tahap keselamatan bagi menjamin keselamatan sistem dan data.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 yang dikeluarkan hari ini, langkah itu bagi mengatasi kelemahan pengurusan akaun pengguna bagi urusan pentadbiran dan data serta keselamatan data yang boleh mendatangkan risiko penyalahgunaan akaun dan kebolehpercayaan data diragui.

Laporan itu antaranya mendedahkan satu akaun Super Admin telah memuat turun tiga juta maklumat penerima vaksin daripada aplikasi MySejahtera dengan menggunakan pelbagai alamat protokol Internet (IP).

“KKM hendaklah memastikan pengurusan akaun bagi aplikasi MySejahtera dan MyVAS dilaksanakan mengikut Dasar Keselamatan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) kementerian yang berkuat kuasa.

“KKM hendaklah melaksanakan housekeeping data bagi memastikan data sentiasa tersedia, lengkap dan boleh dipercayai,” menurut laporan itu.

Antara kelemahan lain disenaraikan dalam laporan itu adalah sebanyak 3.89 juta rekod dimuat naik melebihi satu hari selepas tarikh individu divaksin, 1.12 juta kali serangan untuk memecah masuk aplikasi MySejahtera mulai 27 Okt 2021 dan 28,735 rekod vaksinasi menunjukkan individu menerima vaksin selepas PPV ditutup.

Laporan itu juga mendedahkan 1,657 individu mempunyai lebih daripada satu MySJ ID, 1,543 individu mempunyai antara dua hingga tujuh akaun melibatkan 3,108 MySJ ID berstatus aktif dan disahkan identitinya serta telah menerima vaksin.

“Agensi perlu merujuk kepada pihak Kementerian Kewangan bagi perolehan atau pembayaran yang mendesak dan bersifat segera bagi mengelakkan sebarang perlanggaran peraturan yang berkuat kuasa,” menurut laporan itu.

BACA: Lelaki Gigih Cari ‘Roadblock’, Nak Cuba Aplikasi MyJPJ

Sumber: Bernama