Ini Warna Kereta Paling Rendah Peluang Nak Kemalangan
Ramai yang berfikir bahawa fitur-fitur pada bahagian dalaman dan luaran merupakan perkara yang perlu dilihat sebelum membeli kenderaan.
Hal ini termasuklah bagaimana enjin berfungsi serta ciri-ciri keselamatan yang ditampilkan dalam kenderaan tersebut.
Selain daripada perkara-perkara berkenaan mungkin dianggap kurang penting seperti rekaan dan warna. Lagi-lagi jika anda membeli kereta terpakai yang sudah semestinya memiliki had dari segi pilihan model dan warna.
Namun begitu, tahukah anda bahawa warna kereta yang dipilih mampu mempengaruhi kebarangkalian penggunanya untuk ditimpa kemalangan?
Warna kereta paling selamat
Menurut Kelley Blue Book, perak merupakan warna kereta paling popular diikuti dengan warna putih. Antara dua warna berkenaan, putih telah melepasi warna perak dari segi penilaian keselamatan, berdasarkan kajian yang dilakukan Pusat Kajian Kemalangan di Universiti Monash.
Berdasarkan kajian tersebut, kereta berwarna putih memiliki kurang kebarangkalian untuk terlibat dalam kemalangan sebanyak 12 peratus.
Selain putih, warna cream, kuning, dan beige turut memiliki kedudukan rapat di belakang warna putih. Kadang kala, warna kuning dapat mengatasi warna putih sebagai warna kereta paling selamat dalam beberapa kajian.
Warna kereta paling berbahaya
Warna hitam telah diklasifikasikan sebagai warna kereta paling berbahaya. Selain itu, terdapat beberapa warna yang mampu meningkatkan kebarangkalian penggunanya untuk ditimpa kemalangan jalan raya seperti, kelabu (11 peratus), perak (10 peratus), biru (7 peratus) dan merah (7 peratus).
Kenapa terdapat perbezaan ini?
Perbezaan antara warna kereta cerah dan gelap amatlah ketara. Bagi kereta yang memiliki warna cerah, ia lebih mudah dilihat pengguna jalan raya yang lain.
“Antara sebab kereta berwarna cerah seperti putih dan kuning kurang terlibat dalam kes kemalangan adalah sama dengan sebab mengapa ia kurang dicuri iaitu, keterlihatan,” terang Jake McKenzie, Pengarah Kandungan di Auto Accessories Garage.
“Kereta berwarna putih lebih mudah dilihat berbanding kereta berwarna gelap”
Kenyataan ini mungkin kelihatan hanya terpakai pada konteks memandu waktu malam tetapi sebenarnya tidak. Pada cuaca cerah, kereta berwarna gelap kurang signifikan apabila menyusur di atas jalan raya.
“Semakin jelas ‘kereta anda’ dalam pandangan pengguna, semakin tinggi kebarangkalian mereka untuk menekan brek tepat pada masanya,” kata McKenzie.
Hanya perbezaan yang kecil
Walaupun perbezaan sebanyak 12 peratus tidak mendatangkan apa-apa kesan yang ketara, namun terdapat banyak lagi faktor lain yang mampu menyumbang kepada insiden tidak diingini.
Antaranya, gaya pemanduan, keterlihatan, keadaan cuaca dan keadaan kereta itu sendiri. Jika anda mulai cuak untuk mendapatkan kereta idamna anda yang berwarna hitam, jangan risau.
Warna kereta tidak menjadikan kereta anda benar-benar ‘fragile’ dan sebagainya, pastikan anda memandu sebaik mungkin untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Sumber: Reader’s Digest