Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Ronaldo Hantar Satu Muatan Kapal Terbang
Kredit: Al Jazeera

Ronaldo Hantar Sumbangan Satu Muatan Kapal Terbang Ke Turkiye-Syria

Florence Nuar

Ronaldo Hantar Sumbangan Satu Muatan Kapal Terbang Ke Turkiye-Syria

Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dipercayai menghantar satu muatan kapal terbang dengan pelbagai barangan kepada mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye, baru-baru ini.

Memetik Daily Mail, bekas penyerang Manchester United itu terkesan dengan kejadian tragis sehingga meragut sejumlah besar nyawa di negara itu.

Difahamkan, Ronaldo ‘menghantar’ pesawat yang penuh dengan barangan bantuan ke kawasan yang musnah untuk membantu mangsa-mangsa terjejas.

Difahamkan antara bantuan disumbang pemain antarabangsa Portugal itu adalah khemah perlindungan, bungkusan makanan, bantal, selimut, katil, makanan bayi, susu serta bekalan perubatan.

Justeru, barangan tersebut akan dihantar ke Turkiye dan Syria yang merupakan dua negara terjejas teruk akibat gempa bumi yang melanda sekitar sebulan lalu.

Dalam kesempatan yang sama, Ronaldo juga dipercayai menyapa seorang budak lelaki warga Syria yang mengatakan bahawa dia mempunyai impian untuk bertemu dengan bekas penyerang Real Madrid itu.

“Apabila saya melihat Ronaldo, saya fikir ia adalah mimpi. Saya sendiri tidak percaya. Saya berdoa agar ia tidak menjadi mimpi.

“Saya harap semua orang dapat melihat Ronaldo. Dia seorang yang sangat baik,” tambahnya.

Memetik Daily Mail, ini bukan kali pertama Ronaldo membuat sumbangan sebesar itu. Sebelum ini Ronaldo pernah membayar RM370,000 ($83,000) untuk pembedahan otak seorang kanak-kanak.

Tidak hanya itu, Ronaldo juga menderma RM740,000 ($165,000) untuk membantu membiayai pusat kanser di negara asalnya, Portugal.

Di sisi lain, penyerang itu dikatakan memegang peranan sebagai duta untuk kempen kemanusiaan Save the Children UNICEF dan World Vision.

Malah, Ronaldo juga pernah menyumbang sebanyak RM4.4 juta (£1 juta) kepada hospital di Portugal semasa wabak Covid-19 melanda dunia.

Ronaldo Hantar Satu Muatan Kapal Terbang
Kredit: AFP

Ronaldo dan Leonardo menghulurkan derma kepada mangsa gempa

Dalam perkongsian Siakap Keli sebelum ini, bekas pemain Jerman, Mesut Ozil juga dilapor menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.

Selain Ozil, turut sama menyumbang bersama Ronaldo ialah Leonardo Bonucci yang dikatakan bersama-sama membantu mangsa gempa bumi berkenaan.

Malah, Ronaldo juga dikatakan bertindak melelong salah satu daripada jersi kelab yang disertai dengan tandatangannya untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi (hasil lelongan).

Sumber: Daily Mail